Pergi ke kandungan

Noraini Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noraini Ahmad
DGSM (Melaka); DSAP (Pahang); DMSM (Melaka); AP; PhD
نورعيني بنت أحمد
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Menyandang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriNancy Shukri
Didahului olehAiman Athirah Sabu
Pengerusi RISDA
Dalam jawatan
22 Mac 2023 – 31 Disember 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehSalim Shariff
Digantikan olehManndzri Nasib
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Parit Sulong, Johor
Menyandang jawatan
8 Mac 2008
Didahului oleh Ruhanie Ahmad
Majoriti2,021 (PRU-15)
6,341 (PRU-14)
11,753 (PRU-13)
13,599 (PRU-12)
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Ahmad Masrizal Muhammad
Digantikan oleh Mohamed Khaled Nordin
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 6 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Mansor Othman
Didahului oleh Mahathir Mohamad sebagai Pemangku Menteri Pendidikan 4 Januari 2020 - 24 Februari 2020
Maszlee Malik Menteri Pendidikan
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Menyandang jawatan
24 Jun 2018
Didahului oleh Shahrizat Abdul Jalil
Pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Dalam jawatan
11 April 2019 – 10 Mac 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Yang di-Pertua Dewan RakyatMohamad Ariff Md Yusof
Didahului oleh Ronald Kiandee
Digantikan oleh Wong Kah Woh
Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Perdana Menteri Abdullah Badawi
Didahului oleh Abdul Rahman Bakar
Digantikan oleh Maznah Mazlan
Maklumat peribadi
Lahir (1967-11-07) 7 November 1967 (umur 57)
Kampung Bintang, Peserai Parit Sulong, Johor, Malaysia
Parti politik UMNO (1985-kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (1985-kini)
PasanganMohamed Jauzi Abdul Razak
Tempat belajarUniversiti Saskatchewan, Saskatoon, Kanada Sarjana Muda
Universiti Tun Abdul Razak Sarjana
Universiti Utara Malaysia Doktor Falsafah (Ph.D.)
Asia e University Doctor of Business Administration (DBA)
PekerjaanAhli Parlimen
GajiRM55,227.20 sebulan[1]
KabinetKabinet Malaysia 2023

Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad (lahir 7 November 1967) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Ahli Parlimen Parit Sulong. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Wanita UMNO Pusat.

Beliau merupakan ahli politik dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang kini menyertai Kerajaan Perpaduan sejak selepas Pilihanraya Umum Ke-15 2022.

Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Nancy Shukri sejak Disember 2023 selepas menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Perusahaan Kecil Getah (RISDA) sejak Mac 2023 hingga akhir Disember 2023. Beliau pernah dilantik untuk penggal kedua bermula Ogos 2021 sebagai Menteri Pengajian Tinggi dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ke-9. Sebelum ini, beliau telah dilantik ke jawatan sama oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8, dari Mac 2022 hinggalah beliau meletakkan jawatannya pada Ogos 2021[4].

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor Darul Ta'zim semenjak 2008 dan sebagai Ketua Wanita UMNO semenjak tahun 2018.

Beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bawah pentadbiran Pakatan Harapan pada April 2019 hingga meletakkan jawatan pada Mac 2020[5].

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dari Mac 2008 hingga April 2009 dibawah dua orang mantan perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Sri Najib Tun Razak serta mantan Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Dr. Subramanian Sathasivam. Pada masa yang sama, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO dari tahun 2004 hingga 2008[6].

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah turut dilantik sebagai seperti Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (2013-2018)[7] dan turut menerajui beberapa agensi kerajaan seperti Malaysia Network Information Centre Bhd (MyNIC) dan Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB).

Di pentas antarabangsa, beliau merupakan wanita Malaysia pertama yang dilantik sebagai Pengerusi kepada Commonwealth Women Parlimentarians (CWP) dari tahun 2016 hingga 2019 apabila memenangi 53 undian mengatasi Joyce Watson dari Wales (15 undian), Poto Williams dari New Zealand (10 undian) dan Linda Reid dari Kanada (9 undian)[8].

Noraini pertama kali dipilih ke Parlimen persekutuan pada pilihan raya umum 2008, menggantikan penyandang Syed Hood Syed Edros. Sejurus selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan berkhidmat di bawah jawatan itu sehingga pengganti Abdullah Najib Razak menamakan kabinet pertamanya pada April 2009.[5]

Pada pilihan raya umum 2013, Noraini memenangi pilihan raya semula ke Parlimen dan kemudiannya dilantik oleh kerajaan sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).Pada pilihan raya umum 2018, Noraini dipilih semula sekali lagi walaupun dengan majoriti berkurangan.

Noraini juga merupakan pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel dari 2016 hingga 2019. Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) ialah rangkaian Persatuan Parlimen Komanwel yang berkempen untuk kesaksamaan jantina dan perwakilan sama rata di Parlimen.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Parit Sulong Noraini Ahmad BN (UMNO) 25,470 Karim Deraman PN (PAS) 23,719 2,021
Mohd Faizal Dolah PH (AMANAH) 13,495
2018 Noraini Ahmad BN (UMNO) 24,481 Anis Afida PH (AMANAH) 18,140 6,341
Ahmad Rosdi Bahari PAS 7,148
2013 Noraini Ahmad BN (UMNO) 30,258 Khairuddin A Rahim PAS 18,505 11,753
2008 Noraini Ahmad BN (UMNO) 26,066 Faisal Ali PAS 12,467 13,599

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]
  • A Change in Narrative to Break the Bias – BERNAMA/ The Malaysia Reserve, 2022
  • Let's Call Out Gender Bias Daily - New Straits Times, 2022
  • Pushing Education for Sustainable Development to Greater Heights - New Straits Times, 2022
  • Sustainable Higher Education in Malaysia – BERNAMA, 2022
  • Appreciating Our Language, Our Cultural Heritage - The Malaysia Reserve, 2021
  • Honouring Higher Education Educators - The Star, 2021
  • Where Ideas Become Reality - New Straits Times, 2021
  • Students Rise by Lifting Others - Free Malaysia Today, 2021
  • Varsities Develop Future Leaders - New Straits Times, 2021
  • Celebrating the Success of Women in Higher Education - The Star, 2021
  • Simplifying Accommodation Search - New Straits Times, 2021
  • PENJANA KPT-CAP to Boost Graduate Employability - New Straits Times, 2020
  • Speech at the opening of the CWP Conference - The Parliamentarian, 2019
  • The Commonwealth: Adding political value to global affairs in the 21st Century - The Parliamentarian 2019, 2019
  • Women's Suffrage: A Prerequisite to the gender equality agenda - The Parliamentarian 2019
  • Cyber Harassment Against Woman on Social Media - The Parliamentarian, 2019
  • Economic Rights for Women - The Parliamentarian, 2018
  • View from the CWP Chairperson - Women and democracy in Malaysia - The Parliamentarian, 2018
  • If we want genuine positive change in the world, we need more women leaders. How can we persuade the word that the future is dependent on Gender Equality? - The Parliamentarian, 2017
  • Women and Disabilities - The Parliamentarian 2017
  • Networking between Parliaments and creating alliances - The Parliamentarian, 2017
  • Job creation and growth: solutions to Inequality - The Parliamentarian, 2017
  • Parliamentary Conference on the WTO - The Parliamentarian, 2017

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2004
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 25 October 2018.
  3. ^ "Malacca Governor's birthday honours list". The Star. 10 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-25. Dicapai pada 25 October 2018.
  4. ^ "Ismail Sabri heads list of recipients of Melaka State Awards". Bernama. 10 October 2020. Dicapai pada 10 October 2020.
  5. ^ "Ismail Sabri dahului senarai penerima darjah kebesaran Melaka" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 10 October 2020. Dicapai pada 10 October 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Sultan of Pahang's 75th birthday honours list". The Star. 26 October 2018. Dicapai pada 25 October 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]