Rusnah Aluai
Profesor Madya Rusnah binti Aluai adalah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Tangga Batu dari PH-PKR. Kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau sebelum ini merupakan ahli akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Undang-Undang dengan jawatan terakhir sebagai Profesor Madya.
Puan Rusnah binti Aluai | |
---|---|
Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Ketua Wanita PKR Melaka | |
Dalam jawatan 2022–2025 | |
Ketua Wanita | Fadhlina Sidek |
Ketua PKR Cabang Tangga Batu | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Ketua PKR Melaka | Mohd Rafee Ibrahim (2024-kini) Aminuddin Harun (2022-2024) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tangga Batu, Melaka | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Abu Bakar Mohamad Diah |
Digantikan oleh | Bakri Jamaluddin |
Majoriti | 4,659 (PRU-14) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 24 April 1962 |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sarjana Muda) The London School of Economics and Political Science (LSE) (Sarjana) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Akademik Peguam Bertauliah |
Beliau menang pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) menewaskan calon dari parti BN-UMNO Datuk Zali Mat Yasin dengan undian majoriti 4,659 [1].
Peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada tahun 1962 (62 tahun). Rusnah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.M) dari London's School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.
Merupakan bekas pensyarah Undang-Undang selama 26 tahun di Universiti Teknologi MARA dan memegang jawatan sebagai Profesor Madya dari tahun 2001.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Rembia di Dewan Undangan Negeri Melaka pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) namun tewas kepada calon BN-UMNO.
Selain daripada memenangi kerusi parlimen Tangga Batu pada tahun 2018, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah serta Pengarah Undang-Undang Pakatan Harapan Melaka sehingga tahun 2018. Rusnah juga pernah memegang jawatan Ketua Wanita KEADILAN Melaka dari tahun Ogos 2013 hingga April 2014.
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Tangga Batu | Rusnah Aluai | PH (PKR) | 28,557 | Bakri Jamaluddin | PN (PAS) | 37,406 | 8,849 |
Lim Ban Hong | BN (MCA) | 25,095 | ||||||
Ghazali Abu | GTA (PUTRA) | 702 | ||||||
Shahril Mahmood | BEBAS (PEN) | 267 | ||||||
2018 | Rusnah Aluai | PH (PKR) | 32,420 | Zali Mat Yasin | BN (UMNO) | 27,761 | 4,659 | |
Zulkifli Ismail | PAS | 8,961 |
Dewan Undangan Negeri Melaka
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Rembia | Rusnah Aluai | PKR | 4,521 | Norpipah Abdol | BN (UMNO) | 6,879 | 2,358 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]