Pergi ke kandungan

Muhammad Amin Zakaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Dr.

Muhammad Amin Zakaria

DPCM (Perak); PhD (USM)
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Batu Kurau
Dalam jawatan
2013 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Mohd Najmuddin Elias
Digantikan oleh Mohd Najmuddin Elias
Majoriti2,308 (PRU-15)
3,834 (PRU-14)
Butiran peribadi
LahirBatu Kurau, Perak
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganDatin Ainon Abu Bakar
Anak-anak3
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Dato' Dr. Muhammad Amin Zakaria ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Batu Kurau selama dua penggal (2013-2022).[1]

Bekas pengarah Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria menyandang ADUN Batu Kurau selama dua penggal.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 6,168 undian ketika menentang Mohd Shahir Mohd Hassan daripada parti Pas yang mendapat 3,860 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,308.

Kerjaya:

  • ADUN Batu Kurau (2013-kini)
  • Pengarah Kolej Profesional MARA Ayer Molek (2011-2013)
  • Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (2009-2010)
  • Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik Kolej Profesional MARA Beranang (2008)
  • Pensyarah penyelaras unit kokurikulum Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (2006-2007)
  • Pegawai pendidikan MARA (2000-2001)
  • Pensyarah matematik MRSM (1985-1997)

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Ahli Lembaga Pengarah Quest International University of Perak (2014-kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah KUISAS (2013-kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah RCMP, Ipoh (2013-kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah Asrama Amanjaya Harmoni, Taiping (2013-kini)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Anugerah Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M)(2014)
  • Anugerah Pingkat Pekerti Terpilih (PPT) (2007)
  • Anugerah Bintang Semangat Rimba 2 (2014)

Pendidikan:

  • Ijazah Doktor Falsafah (special education for the gifted dan talented) USM (2008)
  • Sarjana Pendidikan USM (2000)
  • Diploma Pendidikan UTM (1988)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains UKM (1984)