Menteri Besar Johor
Menteri Besar Johor Darul Ta'zim | |
---|---|
Menteri Besar Johor | |
Kerajaan Negeri Johor | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Lapor kepada | Dewan Negeri Johor |
Bidang kuasa | Johor |
Kediaman | Saujana, Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Pusat | Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
Dilantik oleh | Sultan Ibrahim Sultan Johor |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Penjawat sulung | Dato' Jaafar Muhammad |
Dibentuk | 1886 |
Tapak web | Profil Menteri Besar |
sunting · sunting di Wikidata |
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهر ) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Takzim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.
Zaman Temenggong Daeng Ibrahim
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1855, Temenggong Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor selepas baginda dan Sultan Ali Iskandar Shah menandatangani Perjanjian 1855. Baginda telah menubuhkan tiga pejabat di kediamannya iaitu Istana Bukit Aur untuk menguruskan pentadbiran Johor yang berpusat di Teluk Belanga, Singapura.[1]
Tiga pejabat tersebut ialah:
- Pejabat Temenggong untuk Temenggong Daeng Ibrahim
- Pejabat Waris untuk anakanda Temenggong Daeng Ibrahim iaitu Ungku Abu Bakar (kemudian Sultan Abu Bakar)
- Pejabat Menteri (mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sama seperti Menteri Besar)[2]
Abdullah bin Tok Muhammad Tahir yang berketurunan Bendahara Johor dan Bendahara Melaka telah dilantik menjadi Menteri kepada Temenggong Daeng Ibrahim dan beliau mengetuai Pejabat Menteri.[3]
Selepas Abdullah atau Encik Long Menteri meninggal dunia, dipercayai bahawa jawatan Menteri dikosongkan. Pada zaman Sultan Abu Bakar, jawatan Menteri ditukar kepada Menteri Besar. Anak saudara kepada Encik Long Menteri iaitu Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor pertama pada tahun 1886.[4]
Senarai Menteri Besar Johor
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai Menteri Besar Johor sejak 1886:[5][6][7]
Kunci warna (untuk parti-parti politik):
Bebas
UMNO
Perikatan
Barisan Nasional
Pakatan Harapan
No. | Gambar | Nama (Kelahiran–Kematian) Kawasan pilihan raya |
Tempoh jawatan | Parti politik[a] | Pilihan raya | Dewan Negeri | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dari | Hingga | Tempoh masa | ||||||||
Dilantik secara langsung oleh Sultan Johor | ||||||||||
1 | Dato' Jaafar Muhammad (1838–1919) |
1886 | 3 Julai 1919 |
Kira-kira 33 tahun | Tiada | – | – | |||
Kosong (3 Julai 1919 – 16 Julai 1920) | ||||||||||
2 | Dato' Mohamed Mahbob (1852–1923) |
16 Julai 1920 |
1 September 1922 |
2 tahun, 48 hari | Tiada | – | – | |||
Kosong (1 September 1922 – 17 September 1923) | ||||||||||
3 | Dato' Abdullah Jaafar (1875–1934) |
17 September 1923 |
16 September 1928 |
5 tahun, 0 hari | Tiada | – | – | |||
4 | Dato' Mustapha Jaafar (1862–1946) |
16 September 1928 |
23 November 1931 |
3 tahun, 69 hari | Tiada | – | – | |||
5 | Dato' Abdul Hamid Yusof (1876–1934) |
23 November 1931 |
28 Disember 1934 |
3 tahun, 36 hari | Tiada | – | – | |||
Kosong (28 Disember 1934 – 4 April 1935) | ||||||||||
6 | Dato' Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid (1887–1951) |
4 April 1935 |
1 Jun 1947 |
12 tahun, 59 hari | Tiada | – | – | |||
7 | Dato' Onn Jaafar (1895–1962) |
1 Jun 1947 |
18 Mei 1950 |
2 tahun, 352 hari | UMNO | – | – | |||
Kosong (18 Mei 1950 – 18 Februari 1952) | ||||||||||
8 | Dato' Syed Abdul Kadir Mohamed (1900–1960) |
18 Februari 1952 |
5 Jun 1955 |
3 tahun, 108 hari | UMNO | – | – | |||
Perikatan (UMNO) | ||||||||||
Kosong (5 Jun 1955 – 1 Oktober 1955) | ||||||||||
9 | Dato' Wan Idris Ibrahim (1888–1973) |
1 Oktober 1955 |
16 Jun 1959 |
3 tahun, 259 hari | Perikatan (UMNO) |
– | – | |||
Kosong (16 Jun 1959 – 27 Jun 1959) | ||||||||||
Dilantik melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) | ||||||||||
10 | Tan Sri Dato' Hassan Yunus (1907–1968) Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Inland (1954-1959) Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) Bukit Serampang (1959-1968) |
27 Jun 1959 |
31 Januari 1967 |
7 tahun, 219 hari | Perikatan (UMNO) |
1959 | pertama | |||
1964 | ke-2 | |||||||||
11 | Tan Sri Dato' Othman Saat (1927–2007) ADUN Jorak (1959-1974) ADUN Kesang (1974-1982) |
4 Februari 1967 |
4 April 1982 |
15 tahun, 60 hari | Perikatan (UMNO) |
– | ||||
1969 | ke-3 | |||||||||
BN (UMNO) |
1974 | ke-4 | ||||||||
1978 | ke-5 | |||||||||
12 | Dato' Abdul Ajib Ahmad (1947–2011) ADUN Endau (1982-1986) |
29 April 1982 |
12 Ogos 1986 |
4 tahun, 106 hari | BN (UMNO) |
1982 | ke-6 | |||
13 | Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin (lahir 1947) ADUN Bukit Serampang (1986-1995) ADUN Gambir (2018-2022) |
12 Ogos 1986 |
3 Mei 1995 |
8 tahun, 265 hari | BN (UMNO) |
1986 | ke-7 | |||
1990 | ke-8 | |||||||||
14 | Dato' Abdul Ghani Othman (lahir 1946) ADUN Serom (1995-2013) |
3 Mei 1995 |
14 Mei 2013 |
18 tahun, 12 hari | BN (UMNO) |
1995 | ke-9 | |||
1999 | ke-10 | |||||||||
2004 | ke-11 | |||||||||
2008 | ke-12 | |||||||||
15 | Dato' Mohamed Khaled Nordin (lahir 1958) ADUN Permas (2013-2018) |
14 Mei 2013 |
12 Mei 2018 |
4 tahun, 364 hari | BN (UMNO) |
2013 | ke-13 | |||
16 | Dato' Osman Sapian (1951–2021) ADUN Kempas (1999-2013, 2018-2021) |
12 Mei 2018 |
14 April 2019 |
338 hari | PH (BERSATU) |
2018 | ke-14 | |||
17 | Dato' Sahruddin Jamal (lahir 1975) ADUN Bukit Kepong (2018-kini) |
14 April 2019 |
28 Februari 2020 |
321 hari | PH (BERSATU) |
– | ||||
18 | Dato' Hasni Mohammad (lahir 1959) ADUN Benut (2008-kini) |
28 Februari 2020 |
15 Mac 2022 |
2 tahun, 16 hari | BN (UMNO) |
– | ||||
19 | Dato' Onn Hafiz Ghazi (lahir 1978) ADUN Layang-Layang (2018-2022) ADUN Machap (2022-kini) |
15 Mac 2022 |
Kini | 2 tahun, 263 hari | BN (UMNO) |
2022 | ke-15 |
- ^ Kolum ini hanya menamakan parti politik Menteri Besar. Kerajaan negeri yang dipimpinnya mungkin merupakan gabungan kompleks yang terdiri daripada beberapa parti politik dan bebas; itu tidak disenaraikan di sini.
Trivia
[sunting | sunting sumber]• Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor pertama dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling lama iaitu selama kira-kira 33 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor iaitu Menteri Besar Johor ke-3 Dato’ Abdullah bin Jaafar, Menteri Besar Johor ke-4 Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Menteri Besar Johor ke-7 Dato’ Onn bin Jaafar.
• Dato’ Mohamed bin Mahbob ialah Menteri Besar Johor ke-2 dan ketika beliau berkhidmat dalam Jabatan Pelajaran Johor, beliau dan Mohd Khalid bin Haji Abdullah Munsyi telah menguatkuasakan enakmen pelajaran yang mewajibkan ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun ke sekolah dan mereka akan didenda sebanyak RM25.00 atau dipenjara selama tiga bulan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.
• Dato’ Abdul Hamid bin Yusof ialah Menteri Besar Johor ke-5 dan beliau merupakan anak saudara kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad dan sepupu kepada Dato’ Abdullah bin Jaafar, Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Dato’ Onn bin Jaafar.
• Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid ialah Menteri Besar Johor ke-6 dan beliau berketurunan keluarga diraja Johor di mana beliau merupakan cucu kepada Temenggong Daeng Ibrahim, anak saudara kepada Sultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng Ibrahim dan sepupu kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dan datuk saudara kepada Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7 Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz.
• Dato’ Onn bin Jaafar ialah Menteri Besar Johor ke-7 dan beliau merupakan Pengasas dan Presiden pertama UMNO.
• Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim ialah Menteri Besar Johor ke-9 dan beliau berketurunan Raja Temenggung Muar di mana beliau merupakan piut (great-great-grandson) kepada Raja Temenggung Muar ke-3 Temenggung Engku Burok bin Temenggung Engku Sa’Amar Diraja.
• Tan Sri Hassan bin Yunus ialah Menteri Besar Johor ke-10 dan Menteri Besar Johor pertama yang dilantik melalui sistem Pilihan Raya Umum. Beliau juga merupakan Mufti Johor ke-5 dan salah seorang daripada Orang Tujuh Muar yang berjaya meyakinkan Sultan Ibrahim supaya membatalkan dan menarik balik surat perjanjian dengan pihak British untuk menubuhkan Malayan Union.
• Tan Sri Othman bin Mohamed Saat ialah Menteri Besar Johor ke-11 dan beliau terlibat dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (kini dikenali sebagai Perbadanan Johor) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) serta perancangan Projek Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor yang dikenali sebagai Pelabuhan Pasir Gudang dan pembukaan penempatan-penempatan baru melalui Tanah Rancangan FELDA dan FELCRA di Johor.
• Tan Sri Muhyiddin bin Yassin ialah Menteri Besar Johor ke-13 dan beliau merupakan bekas Menteri Besar Johor pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.
• Dato’ Sahruddin bin Jamal ialah Menteri Besar Johor ke-17 dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling singkat iaitu selama 321 hari.
• Dato’ Hasni bin Mohammad ialah Menteri Besar Johor ke-18 dan beliau merupakan bekas Ketua Pembangkang Johor pertama yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.
• Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi ialah Menteri Besar Johor ke-19 dan beliau merupakan cicit kepada Dato’ Onn bin Jaafar dan piut (great-great-grandson) kepada Dato' Jaafar bin Haji Muhammad.
Senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup
[sunting | sunting sumber]Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bekas Menteri Besar Johor yang pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di dewan perundangan, iaitu kerusi Dewan Rakyat Malaysia untuk Pagoh dan kerusi Dewan Negeri Johor untuk Gambir (9 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022).
Nama | Tempoh perkhidmatan | Tarikh lahir |
---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 1986–1995 | 15 Mei 1947 (umur 77) |
Tan Sri Abdul Ghani Othman | 1995–2013 | 14 November 1946 (umur 78) |
Dato' Mohamed Khaled Nordin | 2013–2018 | 30 November 1958 (umur 66) |
Dato' Dr. Sahruddin Jamal | 2019–2020 | 26 Mei 1975 (umur 49) |
Dato' Hasni Mohammad | 2020–2022 | 27 Mac 1959 (umur 65) |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
- ^ Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
- ^ Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
- ^ Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
- ^ "Bibliografi Menteri Besar Johor". Kerajaan Negeri Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
- ^ "Johore". WorldStatesmen.org. Dicapai pada 15 April 2011.
- ^ M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251