Pergi ke kandungan

Jalaluddin Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jalaluddin Alias

SMW (Wilayah Persekutuan); DPNS (Negeri Sembilan); PGDK (Sabah); DNS; JP
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
24 Ogos 2023
Portfolio
  • Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi;
  • Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup
Menteri BesarAminuddin Harun
Kawasan pilihan rayaPertang
Dalam jawatan
2013–2018
PortfolioKesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri BesarMohamad Hasan
Kawasan pilihan rayaPertang
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Pertang
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului oleh Noor Azmi Yusof
Majoriti
  • 2,790 (2023)
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Razak Mansor
Digantikan oleh Noor Azmi Yusof
Majoriti
  • 2,163 (2013)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jelebu
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Zainudin Ismail
Majoriti8,125 (2022)
2,045 (2018)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Klawang
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Shamsul Bahari @ Ramli Mat
Digantikan oleh Yunus Rahmat
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Shahidan Kassim
Didahului oleh Edmund Santhara Kumar Ramanaidu
Digantikan olehjawatan dihapuskan
Jawatan dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
22 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehMohamad Hassan
Ahli Majlis Tertinggi
Memegang jawatan
2018
Pengerusi
UDA Holdings Berhad
Dalam jawatan
2020–2021
Didahului olehHisham Hamdan
Digantikan olehNorliza Abdul Rahim
Butiran peribadi
Lahir (1963-09-15) 15 September 1963 (umur 61)
Parti politik
PasanganDatin Seri Hajah Maziah Haji Mohd Nor
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias (lahir 15 September 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia dari BN-UMNO. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Kanan Negeri Sembilan, ADUN Pertang dan Ahli Parlimen Jelebu. Di peringkat parti beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menggantikan Mohamad Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu[1].

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 (PRU-11) beliau bertanding di DUN Kelawang dan menang di DUN tersebut mengalahkan calon PAS dengan majoriti 1,308 undi.

Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 (PRU-12).

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13), beliau bertanding di DUN Pertang dan berjaya mengalahkan calon daripada PKR dengan majoriti 2,163 undi. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato' Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Portfolio yang dipegangnya ialah EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar.

Semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) beliau bertanding di parlimen Jelebu. Beliau berjaya mengekalkan kerusi itu dengan mengalahkan calon daripada parti PH-AMANAH dan calon PAS sebanyak majoriti 2,045 undi. Beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen pembangkang dari tahun 2018-2020

Semasa kerajaan Perikatan Nasional (Gabungan PN,BN,GPS,PBS,BEBAS) mengambil alih kerajaan, beliau dilantik menjadi pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA). Sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MEDAC).

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Jelebu Jalaluddin Alias BN (UMNO) 21,805 Zulkefly Mohamad Omar PH (AMANAH) 13,680 8,215
Zaharuddin Baba Samion PN (BERSATU) 9,596
Ahmad Fakhri GTA (PUTRA) 253
2018 Jalaluddin Alias BN (UMNO) 19,062 Mustafa Ab Kadir PH (AMANAH) 17,017 2,045
Norman Ipin PAS 2,878

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Pertang Jalaluddin Alias BN (UMNO) 5,634 Amirudin Hassan PN (PAS) 2,844 2,790
2013 Jalaluddin Alias BN (UMNO) 5,090 Muhamad Syamwill Mertadza PKR 2,927 2,163
2004 Klawang Jalaluddin Alias BN (UMNO) 3,555 Jaaman Abu PAS 2,247 1,308

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]