Pergi ke kandungan

Salahuddin Ayub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Datuk Seri Haji
Salahuddin Ayub
DGSM (Melaka); DSPN (Pulau Pinang)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup
Bapa Rahmah Malaysia
باڤ رحمه مليسيا
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 23 Julai 2023
(2 tahun, 3 bulan dan 18 hari)
RajaAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
TimbalanPuan Hajah Fuziah Salleh
Didahului olehDato Sri Alexander Nanta Linggi
Digantikan olehDatuk Armizan Mohd Ali
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pulai, Johor
Dalam jawatan
19 Disember 2022 – 23 Julai 2023
Digantikan oleh Suhaizan Kayat
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Nur Jazlan Mohamed
Majoriti28,924
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Simpang Jeram
Dalam jawatan
21 April 2022 – 23 Julai 2023
SultanSultan Ibrahim
Menteri BesarOnn Hafiz Ghazi
Digantikan oleh Nazri Abdul Rahman
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 22 Januari 2022
SultanSultan Ibrahim
Menteri BesarOnn Hafiz Ghazi (2022-kini)
Hasni Mohammad (2020-2022)
Sahruddin Jamal (2019-2020)
Osman Sapian (2018-2019)
Didahului oleh Dr. Sheikh Ibrahim Salleh
(Sungai Abong)
Majoriti7,687
Naib Presiden Pakatan Harapan
Dalam jawatan
2017–2022
Didahului olehJawatan baharu
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
Dalam jawatan
2015 – 23 Julai 2023
Didahului olehJawatan baharu
Pengerusi
Pakatan Harapan
Negeri Johor
Dalam jawatan
22 September 2022 – 23 Julai 2023
Timbalan
Didahului olehAminolhuda Hassan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
Yang di-Pertuan AgongSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Menteri Sim Tze Tzin
Didahului oleh Ahmad Shabery Cheek
Digantikan oleh Ronald Kiandee
Maklumat peribadi
Lahir(1961-12-01)1 Disember 1961
Pontian, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Mati23 Julai 2023(2023-07-23) (umur 61)
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Cause of deathPendarahan otak
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor
Parti politik (1983–2015)
(2015–2023)
PasanganDatin Seri Fatimah Taha
Anak6
KediamanJohor Bahru, Johor
Tempat belajarUniversiti Pertanian Malaysia
PekerjaanAhli politik
KabinetKabinet Malaysia 2018
Anugerah awamSenarai
Laman webBlog

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (1 Disember 1961 – 23 Julai 2023) DGSM, DSPN, [1] ialah ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara [2] berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. Beliau meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020. [3] Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023 akibat pendarahan otak setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. [4]

Salahuddin bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor dan berketurunan peranakan Melayu-Cina serta sekampung dengan Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik. Isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.[5]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976) dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian tingkatan 5, meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat, Pontian (1979-1980). Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977. Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.[6][7]

Kerjaya dan politik

[sunting | sunting sumber]
  • Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.[8]
  • Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
  • Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015)[9].
  • Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
  • Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).
  • Bertanding di kerusi Parlimen Pulai, Johor dan Dewan Negeri Nusajaya (kini dikenali sebagai Kota Iskandar) pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 namun tewas kedua-dua kerusi kepada calon Barisan Nasional.
  • Dilantik sebagai Naib Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 22 September 2015.

Pengalaman

[sunting | sunting sumber]
  • Menyertai Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006
  • Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003
  • Ditahan di Penjara Kajang pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan haram Ops Kriket Israel di Universiti Malaya pada 1997.[10]
  • Ketua misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).
  • Wakil Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN.
  • Anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Pulai Salahuddin Ayub PH (AMANAH) 64,900 Nur Jazlan Mohamed BN (UMNO) 31,726 33,174
Loh Kah Yong PN (GERAKAN) 20,677
2018 Salahuddin Ayub PH (AMANAH) 55,447 Nur Jazlan Mohamed BN (UMNO) 26,523 28,924
Mohd Mazri Yahya PAS 4,332
Yap Keng Tak BEBAS (TELEFON) 591
2013 Salahuddin Ayub PAS 40,525 Nur Jazlan Mohamed BN (UMNO) 43,751 3,226
2008 Kubang Kerian Salahuddin Ayub PAS 27,179 Ab Ghani Mamat BN (UMNO) 16,537 10,642
2004 Salahuddin Ayub PAS 21,430 Ahmad Rusli Iberahim BN (UMNO) 15,803 5,267

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Simpang Jeram Salahuddin Ayub PH (AMANAH) 8,749 Zarul Salleh PN (PAS) 6,350 2,399
Lokman Md Don BN (UMNO) 6,062
Mahaizal Mahmor PEJUANG 208
2018 Salahuddin Ayub PH (AMANAH) 14,640 Mohd Radzi Amin BN (UMNO) 6,953 7,687
Mohd Mazri Yahya PAS 2,136
Ahmad Hashim BEBAS 28
2013 Nusa Jaya Salahuddin Ayub PAS 20,965 Zaini Abu Bakar BN (UMNO) 23,166 2,201
1999 Benut Salahuddin Ayub PAS 4,701 Salehon Sengot BN (UMNO) 11,970 7,269

Pada 21 Julai 2023, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas beliau mengalami gejala mual serta muntah-muntah sekitar pukul 10 malam. Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, 23 Julai, 2 hari kemudian ketika beliau masih dalam rawatan. [11] Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Johor pada jam 12 tengah hari, 24 Julai 2023.

Darjah kebesaran diraja

[sunting | sunting sumber]

Pengiktirafan lain

[sunting | sunting sumber]

Pascakematian beliau, Salahuddin digelar Bapa Rahmah Malaysia oleh sebilangan rakyat Malaysia atas jasanya mencetuskan idea dan inisiatif membantu rakyat menangani isu kenaikan kos sara hidup menerusi pakej ‘Rahmah’ semasa menggalas jawatan Menteri. [14][15]

  1. ^ Panglima ATM dahului penerima anugerah
  2. ^ "Kepimpinan 2015". Parti Amanah Negara. 6 September 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
  3. ^ "Salahuddin, Dzulkefly letak jawatan menteri". Free Malaysia Today. 24 Februari 2020.
  4. ^ "salahuddin Ayub Meninggal Dunia". bharian. Text "Date 23 Julai 2023" ignored (bantuan)
  5. ^ "PAS Government stands firm". New Straits Times. 30 April 1996. Dicapai pada 22 December 2009.
  6. ^ "Rising star assured of PAS Youth post". The Star. Star Publications. 10 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 27 Mei 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Jennifer Gomez (13 Julai 2015). "'Purged' PAS leaders launch splinter movement". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2015. Dicapai pada 13 Julai 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "PAS Names Candidates Except For Gua Musang, Jeli". Berita Wilayah Eastern Region. Bernama. 22 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 27 May 2010.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2009-09-15.
  10. ^ Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap
  11. ^ "Salahuddin Ayub meninggal dunia". Freemalaysiatoday. 23/7/2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ 165 terima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka
  13. ^ Salahuddin kini bergelar Dato'
  14. ^ cue (2023-07-24). "Perginya 'bapa rahmah' Malaysia, Berita - BeritaHarian.sg". www.beritaharian.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-09.
  15. ^ "Perginya Bapa RAHMAH Malaysia, Ini Perjalanan Hidup Salahuddin Ayub | TRP". The Rakyat Post. 2023-07-24. Dicapai pada 2023-08-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]