Rosol Wahid
Yang Berhormat Dato' Haji Rosol Haji Wahid DPMT, PJK (Ter) | |
---|---|
Ahli Parlimen bagi Hulu Terengganu, Terengganu | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Jailani Johari |
Majoriti | 15,734 (2022) 2,868 (2018) |
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Alexander Nanta Linggi |
Digantikan oleh | Fuziah Salleh |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Alexander Nanta Linggi |
Didahului oleh | Chong Chieng Jen |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Menteri Besar | Idris bin Jusoh |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Ajil | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Othman Daud |
Digantikan oleh | Ghazali Taib |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu | 10 Julai 1964
Parti politik | UMNO (sehingga 2018) BEBAS (2018-2019) PPBM (2019-kini) |
Gabungan politik lain | BN (sehingga 2018) PH (2018-2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | To' Puan Halipah binti Ahmad |
Anak | 6 orang |
Kediaman | 5065 Lorong Ara Murni, Batu 23 Kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Gaji | RM48,599.18 sebulan[1] |
YB Dato' Rosol Wahid (lahir 10 Julai 1964) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Hulu Terengganu | Rosol Wahid | PN (BERSATU) | 42,910 | Rozi Mamat | BN (UMNO) | 27,176 | 15,734 |
Alias Ismail | PH (PKR) | 1,740 | ||||||
Mohd Khadri Abdullah | GTA (PEJUANG) | 182 | ||||||
2018 | Rosol Wahid | BN (UMNO) | 30,925 | Muhyidin Abdul Rashid | PAS | 28,057 | 2,868 | |
Razali Idris | PH (BERSATU) | 3,364 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan Pilihan Raya | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Ajil | Rosol Wahid (UMNO) | 4,313 | Ismail Osman (PAS) | 4,188 | 125 | ||||||
2004 | Rosol Wahid (UMNO) | 7,386 | % | Mohd Razki (PAS) | 3,603 | % | 11,131 | 3,783 | 89% | |||
2008 | Rosol Wahid (UMNO) | 8,530 | % | Mohd Razki Alias (PAS) | 3,803 | % | 12,531 | 4,727 | 86% |
Petisyen terhadap PAS
[sunting | sunting sumber]Selepas PRU12 2008, Rosol Wahid selaku memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beliau tidak puas hati terhadap salah laku aktivis PAS menghalang pengundi membuang undi, merampas kad pengenalan pengundi dan menakutkan pengundi daripada keluar mengundi di kawasan DUN Rhu Rendang dan parlimen Marang. Petisyen itu ditujukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Marang, Rahman Che Ali ; AdunManir Datuk Harun Taib dan SPR dan pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Hulu Terengganu, Rozali Salleh.UMNO Terengganu mahu memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan semula dibuat ke atas 127 undi pos bagi kerusi DUN Ladang yang ditolak oleh SPR pada hari pengundian.[2]
Krisis Menteri Besar Terengganu
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Ogos 2009, Rosol Wahid menafikan laporan The Malaysian Insider bahawa beliau dan lapan rakan-rakannya mahu keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha menstabilkan politik negeri Terenganu.[3] [4]
Namanya pernah disebut-sebut menggantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Nama lain ialah Datuk Ahmad Said (Kijal); Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera.Dalam PRU12, BN memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) selain mengekalkan tujuh kerusi Parlimen manakala satu kerusi Parlimen jatuh kepada PAS iaitu di Marang.[5] Selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid telah menghantar surat peringatan kepada Ahmad Said jika menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar yang baru. Beliau dan 23 Adun lain menghantar memorandum menyokong Idris Jusoh kepada Sultan Terengganu di Istana Tetamu pada 24 Mac 2008.Namun rombongan Rosol tidak dibenarkan masuk ke Istana Tetamu Kuala Terengganu. [6]
Rosol Wahid menerima SMS ugutan bunuh daripada Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir. Turut menerima SMS itu ialah ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Kes itu dibicarakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .Jika kesalahan, Ahmad Ramzi boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.[7]
Nasib tulisan jawi
[sunting | sunting sumber]Pada 1 November 2007, Rosol menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil inisiatif bagi memperkasakan tulisan jawi. Jawi hendaklah dimasukkan dalam sukatan pelajaran dalam kalangan pelajar Melayu supaya tulisan jawi tidak hilang ditelan zaman.Setakat ini hanya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang masih menggunakan tulisan jawi dalam buku terbitannya iaitu Al-Fikrah. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Terengganu, beliau kecewa kerana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama di Terengganu dikenal pasti kurang mahir menulis serta membaca jawi. Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hendaklah memberi penekanan serius terhadap perkara tersebut kerana tulisan jawi merupakan skrip budaya Melayu yang wajar terus dibudayakan.[8]
Pembatalan pembalakan di Hulu Terengganu
[sunting | sunting sumber]Pada 26 April 2010, Rosol Wahid menjadi saksi kedua plaintif dalam kes pembatalan konsesi balak melalui Perjanjian Mengambil Hasil Hutan yang ditandatangani antara Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu) dengan kerajaan negeri Terengganu pada 2003.Akibatnya Riyapadu menanggung hutang RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli kayu balak . Riyapadu juga rugi bayaran premium RM25 juta dan kehilangan keuntungan hampir RM1 bilion. Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika itu, Datuk Awang Adek Hussin (kini Timbalan Menteri Kewangan) mengumumkan bahawa projek Empangan Hulu Terengganu 2 ditunda atau dibatalkan.Perbicaran itu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terengganu, Datuk Abd. Rahin Uda. Menteri Besar ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (1999-2004).[9]
Banglo terbakar
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Ogos 2012, beberapa media melaporkan rumah banglo dua tingkat milik beliau di Kampung Baru 23, Hulu Terengganu hangus terbakar. Kerugian dianggarkan RM100,000 . Kejadian pukul 10.15 malam itu berlaku ketika beliau dan keluarganya sedang sembahyang tarawih di tempat lain.[10] Isterinya , To' Puan Halipah Ahmad.
Pada 2007, beliau pernah kemalangan jalan raya apabila kereta rasminya terlanggar tiang lampu di Sungai Rengas, Jalan Kuala Berang.[11]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Terengganu :
- Dato' Paduka (DPMT) - Dato' (2005)[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ UMNO Terengganu fail tiga petisyen
- ^ Najib wants fast resolution of MCA to avoid negative impact
- ^ Sembilan ADUN UMNO Terengganu nafi sertai PKR
- ^ Isu Idris: ADUN temui MPPR Terengganu
- ^ Akan dipecat sejurus angkat sumpah
- ^ Ahmad Ramzi dakwa SMS ugutan dilakukan musuh politik
- ^ Guru agama tidak kuasai jawi
- ^ Saksi: Projek bina empangan ditangguh
- ^ Banglo ADUN Ajil hangus
- ^ Exco Terengganu rempuh tiang lampu
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1954
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- ADUN Terengganu
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15