Mansor Othman
Prof. Madya Dato' Dr. Mansor Othman DMPN (PP) | |
---|---|
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Tuan Ibrahim Tuan Man |
Didahului oleh | Ahmad Masrizal Muhammad |
Digantikan oleh | GPS Huang Tiong Sii |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Nibong Tebal, Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 2013–2022 | |
Didahului oleh | Tan Tee Beng |
Digantikan oleh | Fadhlina Sidek |
Majoriti | 15,817 (PRU-14) 8,598 (PRU-13) |
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Noraini Ahmad |
Didahului oleh | Teo Nie Ching |
Digantikan oleh | Ahmad Masrizal Muhammad |
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 3 Jun 2009 – 8 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Mohammad Fairus Khairuddin |
Digantikan oleh | Mohd Rashid Hasnon |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi N12 Penanti | |
Dalam jawatan 3 Jun 2009 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Mohammad Fairus Khairuddin |
Digantikan oleh | Norlela Ariffin |
Majoriti | 5,558 |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | PKR (2008-2020) PPBM (2020-kini) |
Gabungan politik lain | PH (2016-2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | Datin Aishah binti Zainul |
Anak | 3 |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Gaji | RM51,675.65 sebulan[1] |
Laman web | Laman rasmi |
Dato' Dr. Mansor Othman ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Alam Sekitar (2021-2022), mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (2020-2021) dan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (2009-2013) serta mantan Ahli Parlimen Nibong Tebal selama dua penggal (2013-2023) dan mantan ADUN Penanti selama sepenggal (2009-2013).
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan Datin Aishah binti Zainul dan dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mempunyai kelayakan akademik yang lengkap, dengan ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Yale Amerika Syarikat yang diiktiraf sebagai antara Universiti terbaik di dunia. Beliau kembali ke tanah air untuk bertugas dengan USM. Antara jawatan yang dipegang ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, selainmenjadi pensyarah dan penyelidik serta pengerusi Unit Kutipan dan Kawalan Data USM.
Pekerjaan
[sunting | sunting sumber]Beliau menjadi AJK Pemadam Pulau Pinang dari tahun 1994-1996, AJK Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri (1993 - 1998), AJK Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang(1994-1998) dan Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(1994 & 1996). Mansor juga pernah menjadi Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang dan AJK Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga dilantiksebagai AJK Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996.
Selama 16 tahun, mulai 1980, Mansor turut menjadi pensyarah mengenai politik Malaysia di Intan, Biro Tatanegara di samping mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan untuk pelbagai badan kerajaan. Sebagai penyelidik dan pensyarah, Mansor turut membantu agensi awam dalam kajian dan penyelidikan yang membabitkan program memperkasakan ekonomi golongan miskin.
Beliau bertindak sebagai ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit. Mansor juga terbabit dalam kajian keberkesanan program pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM serta membantu kerajaan Pulau Pinang untuk menambahbaik sistem pengurusan tanah di negeri itu.
Politik
[sunting | sunting sumber]Dr Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau pernah bertanding di Seberang Jaya (2004) dan Pulau Betong pada pilihanraya umum 2008 tetapi tewas.
Atas kapasiti itu, Anwar Ibrahim memilih beliau menjadi calon terbaik untuk Pilihan raya kecil Penanti 2009. Akhirnya beliau menang dengan majoriti besar dengan majoriti 5,558 undi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Nibong Tebal | Mansor Othman | PN (MUIP) | 25,895 | Fadhlina Sidek | PH (PKR) | 42,188 | 16,293 |
R.S. Thanenthiran | BN (MMSP) | 10,660 | ||||||
Goh Kheng Huat | BEBAS | 565 | ||||||
2018 | Mansor Othman | PH (PKR) | 35,395 | Shaik Hussein Mydin | BN (UMNO) | 19,578 | 15,817 | |
Mohd Helmi Harun | GS (PAS) | 6,875 | ||||||
Tan Tee Beng | BEBAS | 331 | ||||||
2013 | Mansor Othman | PR (PKR) | 30,003 | Zainal Abidin Osman | BN (UMNO) | 21,405 | 8,598 | |
Teng Kok Pheng | BEBAS | 297 |
Dewan Undangan Negeri
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pilihan raya kecil Penanti 2009 | Penanti | Mansor Othman | PKR | 6,052 | Nai Khan Ari | BEBAS (BEBAS) | 494 | 5,558 |
Kak Min | BEBAS (BEBAS) | 392 | ||||||
Paduka Ramizu | BEBAS (BEBAS) | 56 |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Pulau Pinang :
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) - Dato' (2010)[2][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Suthakar, K. (10 July 2010). "Mt Everest climbers get Datukships". Dicapai pada 23 October 2019.
- ^ "Penang Yang Di-Pertua Negri's Birthday Honours List". 12 July 2010. Dicapai pada 23 October 2019.
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- ADUN Pulau Pinang
- Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
- Bekas anggota Parti Keadilan Rakyat
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu