Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955
Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955 merupakan jemaah menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diumumkan pada 1 Ogos 1955. Kabinet ini dibentuk semasa British masih lagi menjajah Tanah Melayu. Kabinet ini dibentuk selepas parti Perikatan menang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum 1955 di seluruh Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.
Kabinet Jemaah Menteri ini masih lagi mengandungi pegawai tinggi British. Kesemua 15 jemaah menteri ini diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivary pada 4 Ogos 1955 di King's House, Kuala Lumpur setelah Raja-raja Melayu mengesahkannya mengikut Perjanjian Persekutuan. 15 jemaah menteri ini mengangkat sumpah taat setia menjalankan tugas dan akuan rahsia pada 9 Ogos 1955 di hadapan Ketua Hakim Mr. Prethaser.
Kepimpinan kabinet ini dilanjutkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, walaupun terdapat beberapa rombakan dengan penambahan portfolio baharu selepas kemerdekaan. Kabinet ini dibubarkan dengan sebuah pilihan raya umum pertama pascakemerdekaan yang diadakan pada 19 Ogos 1959.
Senarai anggota (1955-1957)
[sunting | sunting sumber]Portfolio | Nama | Perwakilan |
---|---|---|
Ketua Menteri | Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj[2] | Sungei Muda |
Menteri | ||
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri | Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj | Sungei Muda |
Menteri Pelajaran | Abdul Razak bin Hussain[3] | Semantan |
Menteri Kesihatan (termasuk portfolio Kebajikan Masyarakat) | Leong Yew Koh[4] | Ipoh-Menglembu |
Kementerian Hasil Bumi (termasuk portfolio Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan) | Dr. Ismail Abdul Rahman | Johor Timor |
Menteri Pengangkutan | Kolonel H. S. Lee | Lantikan |
Menteri Pertanian (termasuk portfolio Perhutanan, Perikanan dan Penempatan Bekas Polis Khas) | Aziz Ishak | Selangor Barat |
Menteri Kerja Raya | Sardon Haji Jubir[5] | Segamat |
Menteri Buruh | V. T. Sambanthan[6] | Kinta Utara |
Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar | Suleiman Abdul Rahman | Johor Bahru |
Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom | Ong Yoke Lin | Kuala Lumpur Barat |
Timbalan Menteri dan Pembantu Menteri | ||
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri | Bahaman Samsuddin | Telok Anson |
Timbalan Menteri Pelajaran | Too Joon Hing | Kinta Selatan |
Pembantu Menteri Pertanian dan Kerjasama | Mohd Khir Johari | Kedah Tengah |
Pembantu Menteri Kesihatan | Abdul Rahman Talib | Pahang Timor |
Pembantu Menteri Kerja raya | Abdul Khalid Awang Osman | Kelantan Selatan |
Anggota (Pegawai British) | ||
Setiausaha Kewangan | C. J. Thomas | |
Setiausaha Ekonomi | Oscar A. Spencer | |
Setiausaha Pertahanan | A.H.P. Humphrey | |
Peguam Negara | M. J. Hogan | |
Ketua Setiausaha Negara | D. C. Watherston |
Senarai anggota selepas kemerdekaan 1957
[sunting | sunting sumber]Kabinet persekutuan selepas merdeka mengandungi anggota berikut::[7]
Portfolio | Pemegang jawatan | Party | Perwakilan | |
---|---|---|---|---|
Perdana Menteri | Tunku Abdul Rahman | UMNO | Sungei Muda | |
Timbalan Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein | UMNO | Semantan | |
Menteri | ||||
Menteri Hal Ehwal Luar | Tunku Abdul Rahman | UMNO | Sungei Muda | |
Menteri Pelajaran | Mohd Khir Johari | UMNO | Kedah Tengah | |
Menteri Pertahanan | Abdul Razak Hussein | UMNO | Semantan | |
Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman | Suleiman Abdul Rahman | UMNO | Johor Bahru | |
Menteri Kewangan | H. S. Lee | MCA | Nominated | |
Menteri Hasil Bumi | Bahaman Samsudin | UMNO | Telok Anson | |
Menteri Pengangkutan | Abdul Rahman Talib | UMNO | Pahang Timor | |
Menteri Pertanian dan Kerjasama (Koperasi) | Abdul Aziz Ishak | UMNO | Selangor Barat | |
Menteri Kesihatan | V. T. Sambanthan | MIC | Kinta Utara | |
Menteri Kerja raya, Pos dan Telekom | Sardon Jubir | UMNO | Segamat | |
Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat | Ong Yoke Lin | MCA | Kuala Lumpur Barat | |
Menteri Perdagangan dan Perusahaan | Tan Siew Sin | MCA | Malacca Central |
Mesyuarat kabinet pertama pascamerdeka
[sunting | sunting sumber]Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi. Sebelum itu dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Inilah kali pertama anak peribumi ambilalih pucuk pimpinan kerajaan.[8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
- Ahli Majlis Perundangan Negeri Tanah Melayu
- Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Malaysia, National Archives of. (n.d.). 1955 Cabinet Diarkibkan 2016-03-29 di Wayback Machine (dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ Merupakan Presiden UMNO
- ^ Merupakan Timbalan Presiden UMNO
- ^ Merupakan Setiausaha Agung MCA
- ^ Merupakan Ketua Pemuda UMNO
- ^ Merupakan Presiden MIC
- ^ Arkib Negara: Mesyuarat Kali Pertama Kabinet Merdeka (in Malay)
- ^ Arkib Negara Malaysia online[pautan mati kekal]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.