Pergi ke kandungan

Rashidah Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rashidah Ismail (lahir 23 September 1964) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan ADUN bagi Pasir Raja sejak memenangi Pilihan raya negeri Johor 2018. Beliau berasal dari UMNO dan pernah menjadi Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenggara ketika bertanding semasa 2018.

YB Puan

Rashidah Ismail

Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Pasir Raja
Memegang jawatan
21 April 2022
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului olehAdham Baba
Butiran peribadi
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik

Pada Pilihan raya negeri Johor 2022, beliau telah mempertahankan kerusi Pasir Raja dalam satu pertandingan empat penjuru.

Dalam pilihan raya negeri 2018, beliau dicalonkan bertanding di DUN Pasir Raja dan menang. Dalam pilihan raya yang seterusnya pula, beliau dicalonkan bertanding di DUN yang sama dan menang.

Di peringkat parti politik, beliau pernah menjadi Ketua Penerangan Wanita UMNOBahagian Tenggara dari 2008 hingga 2013. Selain itu, beliau menyandang jawatan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Tenggara dari 2013 hingga 2016.