Johari Abdul
Johari Abdul | |
---|---|
جوهري عبد | |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Dato Ramli Mohd Nor Puan Alice Lau Kiong Yieng |
Didahului oleh | Tan Sri Azhar Azizan Harun |
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 31 Oktober 2022 – 18 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Gurun | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 18 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Leong Yong Kong |
Digantikan oleh | Baddrol Bakhtiar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P15 Sungai Petani, Kedah | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mahadzir Bin Mohd Khir |
Digantikan oleh | Taufiq Johari |
Majoriti | 9,381 (2008) 9,548 (2013) 21,569 (2018) |
Pengerusi Majlis Ahli-ahli Backbencher | |
Dalam jawatan 8 Ogos 2018 – 24 Ogos 2020 | |
Timbalan | Alice Lau Kiong Yieng |
Didahului oleh | Shahrir Abdul Samad (BNBBC) |
Digantikan oleh | Shahidan Kassim (Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional) |
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah | |
Dalam jawatan 2020–2021 | |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Digantikan oleh | Mahfuz Omar |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah | |
Dalam jawatan 2013–2022 | |
Didahului oleh | Wan Salleh Wan Isa |
Digantikan oleh | Nurul Izzah Anwar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johari bin Abdul 25 Mei 1955[1] Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1990–1999) Parti Keadilan Nasional (KeADILan) (1999–2003) Parti Keadilan Rakyat (PKR) (sejak 2003) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (1990–1999) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
Pasangan | Puan Sri Datin Noraini Mohd |
Anak | 8 (termasuk Mohammed Taufiq) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Saudara | Shuaib Lazim (bapa saudara) Shuryani Shuaib (sepupu) |
Kediaman | Bukit Tunku, Kuala Lumpur[2] |
Pendidikan | SK Tikam Batu SMK Ibrahim |
Tempat belajar | Universiti Malaya (BA) Institut Tadbiran Awam Negara (DPA) Universiti Lancaster (MA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul (Jawi: جوهري بن عبد; lahir 25 Mei 1955) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-11 sejak Disember 2022. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Negeri Kedah dari Oktober 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) untuk Gurun daripada Mei 2018 hingga peletakan jawatannya pada Disember 2022, Ahli Parlimen (AP) bagi Sungai Petani dari Mac 2008 dan Pengerusi Pakatan Harapan Kelab Backbenchers (PHBBC) dari Ogos 2018 hingga November 2022 masing-masing. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH).[3]
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Johari bin Abdul dilahirkan pada 25 Mei 1955 di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu.[1] Bapa saudaranya, Datuk Haji Shuaib bin Haji Lazim ialah seorang tokoh politik terkemuka UMNO di Sungai Petani, pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dan pernah dilantik sebagai senator dalam Dewan Negara dari April 1985 hingga Julai 1991. Beliau bersekolah di SK Tikam Batu dan SMK Ibrahim, Sungai Petani sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM). Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) daripada Universiti Malaya (UM). Beliau juga pernah menghadiri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau mempunyai Sarjana Sastera (MA) dalam Pengajian Strategik dari Universiti Lancaster.
Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Johari dilantik sebagai pegawai di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM) dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD). Kemudian, beliau berkhidmat sebagai pengarah jabatan pelaburan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah Biro Tata Negara (BTN).
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Kerjaya politik Johari bermula di dalam Pemuda UMNO. Pada sekitar 1990-an, beliau berkhidmat di bawah Datuk Seri Daim Zainuddin yang ketika itu menguasai UMNO Kedah.[4] Beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sungai Petani, Kedah. Walau bagaimanapun, perjuangannya dalam parti itu berakhir apabila dia bertukar kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan).[1] Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Sungai Petani dalam pilihan raya umum 2008, menewaskan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin daripada gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) dan dipilih semula dalam 2013 dan pilihan raya umum 2018. Beliau juga dipilih sebagai MLA untuk Gurun dalam pilihan raya umum 2018, mengalahkan Boey Chin Gan daripada gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).
Johari memegang jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah.[1] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PKR Negeri Kedah mulai Mac 2020 sehingga September 2022.
Johari sepatutnya menjadi bakal Menteri Besar Kedah pada pilihan raya negeri Kedah 2018, tetapi jawatan itu diberikan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau pernah mencadangkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi Menteri Besar Kedah atas kapasitinya sebagai Pengerusi PKR Negeri Kedah pada Mac 2020 semasa kemelut politik Kedah 2020.[5]
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
[sunting | sunting sumber]Seminggu sebelum sidang pertama Dewan Rakyat ke-15, beliau mengosongkan kerusi Gurun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Ini kemudian diikuti dengan pencalonan beliau ke jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau memenangi undian sebanyak 147 berbanding 74 untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-11.
Kontroversi dan isu
[sunting | sunting sumber]Tuduhan nepotisme bagi kerusi parlimen Sungai Petani
[sunting | sunting sumber]Pada pilihan raya umum 2022, Johari menamakan anak beliau, Mohammed Taufiq Johari sebagai pengganti beliau bagi kerusi Sungai Petani di Parlimen Malaysia. Mohammed Taufiq yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah itu memaklumkan beliau telah menerima surat makluman daripada parti untuk bertanding di kerusi yang disandang bapanya. Johari mempertahankan kerusi Sungai Petani sejak 2008 dan pada PRU14, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) Gurun mendapat 45,532 undi, menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 21,569. Mohammed Taufiq berpengalaman sebagai doktor pelatih di Hospital Al-Ihsan Bandung dan Hospital Dr Slamet di Garut, Indonesia. Selepas pulang ke Malaysia, beliau berkhidmat di Klinik Al-Hadi di Sungai Petani. Mohammed Taufiq adalah graduan Universiti Islam Bandung dalam jurusan perubatan yang tamat pengajian pada 2020. Beliau berjaya memenangi kerusi tersebut dengan mengalahkan Robert Ling Kui Ee (PN), Shahanim Mohamad Yusoff (BN), Marzuki Yahya (GTA) dan Tan Chow Kang (PRM) dan mendapat majoriti tipis iaitu 1,115 undi sahaja.[6]
Tuduhan nepotisme bagi kerusi DUN Gurun
[sunting | sunting sumber]Pada pilihan raya negeri 2023, Johari sekali lagi mengundang kontroversi apabila menamakan anak beliau, Mohammed Firdaus Johari sebagai pengganti beliau bagi kerusi Gurun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Mohammed Firdaus yang merupakan Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah itu menegaskan bahawa beliau dipilih berdasarkan kepercayaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan kepercayaan itu saya perlu sampaikan di peringkat bawah. Selain Johari yang merupakan bapa beliau, abang kepada Mohammed Firdaus iaitu Mohammed Taufiq adalah Ahli Parlimen Sungai Petani. Tambahan pula, Dalam pada itu, Mohammed Firdaus menegaskan pengalaman 'di sebalik tabir' dalam dunia politik ketika membantu bapanya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Gurun dan Parlimen Sungai Petani banyak membantunya mendekati pengundi. Walau bagaimanapun, Mohammed Firdaus menafikan kenyataan dengan tuduhan nepotisme tersebut yang dibuat kepada beliau dan bapanya.[7] Mohammed Firdaus akan berhadapan saingan satu lawan satu dengan bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut. Baddrol berjaya mengambil kerusi tersebut daripada keluarga Johari dan parti PKR dengan majoriti 6,584 undi.[8]
Komen tentang ubi kayu sebagai pengganti nasi
[sunting | sunting sumber]Johari menggesa orang ramai untuk melihat sumber karbohidrat lain, seperti ubi kayu (tapioka), memandangkan kekurangan nasi putih di kawasan itu. Walaupun usaha sedang dilakukan untuk mencari jawapan kepada masalah bekalan beras putih, beliau menyatakan bahawa adalah penting untuk mengenal pasti alternatif berkhasiat. Selain itu, beliau menyatakan bahawa untuk meningkatkan sara diri dan mengurangkan bil import makanan negara yang tinggi, kerajaan tempatan dan pihak berkuasa harus menggalakkan penggunaan tanah kosong untuk penanaman tanaman makanan.[9]
Pada rumah terbuka hari raya yang dibuat Johari pada tahun 2024, beliau sempat berseloroh dengan Perdana Menteri dengan mengatakan juadah “ubi kayu” merupakan hidangan istimewa rumah terbuka beliau. Turut hadir pada rumah terbuka tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri 0000Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Mokhtar, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Wong Chen dan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.[2]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Johari berkahwin dengan Noraini Mohd dan mempunyai 8 orang anak, termasuk Mohammed Taufiq Johari, seorang Doktor dan yang telah menggantikan baliau sebagai ahli parlimen Sungai Petani dalam pilihan raya umum 2022. Yang lain termasuklah Mohammed Iqbal Johari dan Mohammed Firdaus Johari, kedua-duanya adalah ahli perniagaan. Nurul Huda Johari, Nur Fahimah Johari dan Suraya Johari, yang mana ketiga-tiga daripada mereka adalah doktor gigi dan Muhammad Ibrahim Johari yg merupakan seorang doktor. Anak bongsu ialah Muhammad Yusuf Johari.
Kediaman Johari terletak di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, Malaysia.[2]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | P015 Sungai Petani | Johari Abdul (KeADILan) | 19,742 | 38.25% | Mahadzir Mohd Khir (UMNO) | 31,875 | 61.75% | 55,457 | 12,133 | 76.54% | ||
2008 | Johari Abdul (PKR) | 33,822 | 58.05% | Zainuddin Maidin (UMNO) | 24,441 | 41.95% | 59,378 | 9,381 | 77.84% | |||
2013 | Johari Abdul (PKR) | 44,194 | 55.37% | Syamsul Anuar Che Mey (UMNO) | 34,646 | 43.41% | 81,024 | 9,548 | 86.96% | |||
Suhaimi Hashim (KITA) | 200 | 0.25% | ||||||||||
Ong Wei Sin (IND) | 772 | 0.97% | ||||||||||
2018 | Johari Abdul (PKR) | 45,532 | 49.21% | Shahanim Mohamad Yusoff (UMNO) | 23,963 | 25.90% | 93,847 | 21,569 | 83.36% | |||
Sharir Long (PAS) | 22,760 | 24.60% | ||||||||||
Sritharan Pichathu (PRM) | 279 | 0.30% |
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N28 Bakar Arang | Johari Abdul (PKR) | 5,305 | 26.82% | Seng Koon Huat (MCA) | 14,204 | 71.82% | 19,778 | 8,899 | 75.13% | ||
2018 | N22 Gurun | Johari Abdul (PKR) | 10,732 | 37.60% | Boey Chin Gan (MCA) | 6,525 | 22.90% | 23,155 | 4,207 | 81.20% | ||
Muzaini Azizan (PAS) | 5,257 | 18.40% | ||||||||||
Palaniappan Marimuthu (IND) | 167 | 0.60% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah di Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2023)[15]
- Kedah :
- Darjah Yang Mulia Setia Diraja Kedah (DSDK) – Dato' (2009)[16]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Calon PRU Johari Abdul". pru.sinarharian.com.my.
- ^ a b c "PM hadir rumah terbuka Johari, ubi kayu juadah istimewa". Malaysia Gazette.
- ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2022/12/916733/johari-abdul-dilantik-speaker-dewan-rakyat-metrotv
- ^ "Datuk Johari Abdul: Dari reformis ke Speaker Dewan Rakyat". Harapan Daily. 29 November 2023. Dicapai pada 16 Julai 2024.
- ^ "PKR: Surat sokong MB dari PAS itu 'cerita lama'". Malaysia Kini. 12 Mei 2020. Dicapai pada 7 April 2024.
- ^ "PRU15: Mohammed Taufiq sambung legasi bapa di Sungai Petani". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ "'Bukan nepotisme, tapi... ' - Firdaus nafi dicalonkan PH kerana anak Johari Abdul". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ "Dua bekas pemain bola sepak negara menang dalam PRN". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ "Speaker moots using cassava as rice substitute". Free Malaysia Today. 6 April 2024. Dicapai pada 17 April 2024.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 10 Mei 2013. Percentage figures based on total turnout, excluding informal votes.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the pilihan raya umum 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2017. Dicapai pada 24 Mac 2017.
- ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "839 TERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN AGONG". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-05. Dicapai pada 2023-06-05.
- ^ "Kedah Sultan to honour 62". The Star. 18 Januari 2009. Dicapai pada 22 Oktober 2018.
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Orang hidup
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14
- Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- Penerima Panglima Setia Mahkota