Pergi ke kandungan

Arman Azha Abu Hanifah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'
Arman Azha Abu Hanifah
DIMP (Pahang)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
26 Oktober 2021 – 25 Oktober 2024
PenggalPertama
Maklumat peribadi
Lahir
Arman Azha bin Abu Hanifah

(1975-12-12) 12 Disember 1975 (umur 48)
Ipoh, Perak
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganDatin Azlina Abdullah
Anak2
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan

Dato' Arman Azha Abu Hanifah (lahir 12 Disember 1975) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2021-2024). Di peringkat parti beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Subang.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beliau memperoleh Sarjana Sains Politik dari Kolej Universiti Geomatika, Kuala Lumpur pada 2017[1]. Beliau seorang yang aktif dalam sukan terutama berbasikal, berlari dan berenang. Beliau pernah berkayuh basikal dari Kuala Lumpur ke Langkawi sejauh lebih 500km pada tahun 2020 sempena Festival Rapha 500.

Politik dan aktivisme

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam UMNO, antaranya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 2013 hingga 2018. Beliau juga merupakan ketua pertama sayap belia (Ketua Wira) bagi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, yng berkhidmat pada 2009–2010.

Perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Beliau juga seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam industri teknologi keselamatan siber dan merupakan pengarah bagi Asia Coding Centre Sdn Bhd[2].

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Arman pernah disahkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021.[3]

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Rahimy Rahim, Tarrence Tan dan Martin Carvalho (26 Oktober 2021). "Umno supreme council member Arman Azha sworn in as senator". The Star. Dicapai pada 27 Oktober 2021.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  3. ^ Ketua UMNO Bahagian Subang positif Covid-19
  4. ^ Semakan penerima darjah kebesaran