Tan SriDatuk Seri PanglimaJoseph Kurup (15 Disember 1944 – 17 April 2024) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun. Beliau merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Perpaduan dan Intergrasi Nasional) (2013-2018), mantan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (2008-2013), mantan Timbalan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah (2008) dan mantan Ahli Parlimen Pensiangan selama dua penggal (2008-2018).
Joseph Kurup diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 bagi kerusi P182 Pensiangan. Pada hari penamaan calon, Danny Anthony Andipai (PKR) yang tiba pada 9.35 pagi di Dewan Majlis Daerah Nabawan telah membayar deposit RM15,000 dan duduk menunggu giliran. Tetapi apabila beliau cuba menyerahkan kertas pencalonannya, Bubudan OT Majalu selaku pegawai SPR telah menolak pencalonan beliau dengan alasan lewat menyerahkan borang pencalonan.
Pada 8 September 2008, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Hakim David Wong Dak Wah memutuskan kemenangan Tan Sri Joseph Kurup dalam pilihan raya 2008 bagi Palimen Pensiangan sebagai batal dan tidak sah. Keputusan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah menerima kertas pencalonan Danny Anthony Andipai (PKR) adalah muktamad dan tidak boleh ditolak oleh Pegawai Pilihan Raya, Bubudan OT Majalu, atas alasan tidak terdapat sebarang bantahan semasa tempoh bantahan. Keputusan Bubudan untuk membenarkan bantahan itu merupakan keputusan yang salah.[1]
Tidak dinafikan ini adalah permainan politik yang kotor!