Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah | |
---|---|
محمد عمار عبدﷲ | |
![]() | |
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Menyandang jawatan 5 September 2023 | |
Raja | Sultan Muhammad V |
Menteri Besar | Mohd Nassuruddin Daud |
Timbalan | Mohamed Farid Mohamed Zawawi |
Didahului oleh | Abdullah Ya'kub |
Kawasan pilihan raya | Panchor |
Timbalan Menteri Besar Kelantan | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 15 Ogos 2023 | |
Raja | Muhammad V |
Menteri Besar | Ahmad Yakob |
Didahului oleh | Ahmad Yakob |
Digantikan oleh | Mohamed Fadzli Hassan |
Kawasan pilihan raya | Panchor |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Pendidikan dan Penerangan : 23 Mac 2004–18 Mac 2008) (Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah : 19 Mac 2008–7 Mei 2013) (Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli : 8 Mei 2013–9 Mei 2018) (Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti : 10 Mei 2018–15 Ogos 2023) | |
Dalam jawatan 23 Mac 2004 – 15 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Ismail Petra (2004–2010) Muhammad V (2010–2023) |
Timbalan | Muhamad Mustafa (2010–2013) Mohamad Awang (2010–2013) |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat (2004–2013) Ahmad Yakob (2013–2023) |
Didahului oleh | Hasan Muhammad (Pendidikan) Muhammad Daud (Maklumat) |
Kawasan pilihan raya | Panchor |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Panchor | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Mohd Yusoff Ludin (PAS) |
Majoriti | 2,085 (2004) 3,437 (2008) 5,036 (2013) 7,288 (2018) 10,686 (2023) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pengkalan Chepa | |
Dalam jawatan 25 April 1995 – 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Nik Abdullah Arshad (PAS) |
Digantikan oleh | Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) |
Majoriti | 11,094 (1995) 15,945 (1999) |
Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 4 Jun 2015 Berkhidmat with Idris Ahmad & Iskandar Abdul Samad (sehingga 2019) & Ahmad Samsuri Mokhtar (sejak 2019) | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Tuan Ibrahim Tuan Man |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
2004–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
2020– | Perikatan Nasional |
Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
1995–2004 | Parti Islam Se-Malaysia |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Amar bin Abdullah 29 Julai 1959 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) ![]() (sejak 2020) |
Pasangan | Hasmani Hussain |
Anak | 4 |
Ibu bapa | Abdullah Arshad Tengku Chik Tengku Ibrahim |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Birmingham |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pensyarah |
Mohd Amar bin Abdullah (lahir 29 Julai 1959) merupakan ahli politik dan pensyarah Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak September 2023[1] dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bagi Panchor sejak Mac 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dalam tadbir Pakatan Rakyat (PR), Gagasan Sejahtera (GS) dan Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Yakob dari Mei 2013 dan dari Mac 2004 hingga Ogos 2023 masing-masing serta Ahli Parlimen (AP) bagi Pengkalan Chepa dari April 1995 hingga Mac 2004. Beliau adalah ahli dan salah seorang Naib Presiden gabungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen PN, dahulunya PR, GS, Barisan Alternatif (BA) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
Latar belakang keluarga
[sunting | sunting sumber]Dato' Amar merupakan anak sulung kepada Allahyarham Haji Abdullah bin Haji Arshad (dikenali sebagai Pak Nik Lah) dan Hajjah Tengku Chik binti Tengku Ibrahim. Ibu Dato' Amar ialah cicit kepada Sultan Muhammad III melalui neneknya YM Tengku Halimah binti Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III.
Beliau diberi gelaran Nik Mat (Nik Mohd) oleh Tok Ku Puan yang menjaganya sejak kecil. Masyarakat setempat di Kampung Panchor lebih mesra memanggilnya Nik Amar sehingga kini. Begitu juga bapanya yang digelar Pak Nik Lah diambil daripada isteri datuknya Haji Arshad bin Muhammad Tahir bin Tera, seorang ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Ayah Kedah yang berkahwin dengan YM Raja Meriam binti Raja Daud yang berketurunan Raja Jembal.
Dato' Amar mempunyai 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) hasil perkahwinannya dengan Datin Hajjah Hasmani Binti Hussain. Anak sulungnya, Taqiyuddin Mohd Amar merupakan seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang MTAQ Pulai Chondong yang meninggal dunia pada Jun 2004.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sejak kecil, Dato' Amar dididik oleh bapanya dan tinggal bersama serta mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah, Panchor. Pada masa yang sama Dato' Nik Amar belajar di Sekolah Melayu Council (1965 - 1971) dan melanjutkan pelajaran ke Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.
- 1965 - 1971 : Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
- 1972 - 1977 : SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
- 1978 - 1979 : Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
- 1979 - 1983 : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
- 1985 - 1988 : Universiti Birmingham, UK - MPhil dalam Pengajian Teologi
Kerjaya dan politik
[sunting | sunting sumber]Sebelum aktif dalam politik, Dato' Amar pernah menjadi Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Beliau seterusnya dipanggil oleh pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai DUN Panchor sehingga kini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (sejak 2023)
[sunting | sunting sumber]Pada 5 September 2023, Mohd Amar selepas meninggalkan kerajaan negeri Kelantan sebagai Timbalan Menteri Besar dan Ahli EXCO dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Sebagai Speaker, Mohd Amar mengosongkan kerusi DUN Nenggiri yang disandang dan diwakili oleh DUN PN, Mohd Azizi Abu Naim dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di peringkat negeri Kelantan, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dalam pembangkang di peringkat persekutuan, yang mengisytiharkan sokongannya kepada kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Sokongan beliau adalah pertukaran kesetiaan politik kerana Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Anwar dan PN menentang politik di kedua-dua peringkat. Mohd Amar mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri pada 19 Jun 2024 yang membawa kepada Pilihan raya kecil Nenggiri 2024 selepas Mohd Azizi diberhentikan sebagai ahli BERSATU kerana pertukaran taat setia politiknya. Mohd Azizi telah mencabar keputusan Mohd Amar dengan memfailkan injunksi interim tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P020 Pengkalan Chepa | Mohd Amar Abdullah (PAS) | 20,410 | 68.15% | Ismail Mat (UMNO) | 9,316 | 31.11% | 35,198 | 11,094 | 83.28% | ||
Yusof Mat (AKIM) | 221 | 0.74% | ||||||||||
1999 | Mohd Amar Abdullah (PAS) | 23,765 | 75.24% | Mohd Noor Deris (UMNO) | 7,820 | 24.76% | 32,749 | 15,945 | 76.50% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N07 Panchor | Mohd Amar Abdullah (PAS) | 7,123 | 58.57% | Zulkifli Dollah (UMNO) | 5,038 | 41.43% | 12,492 | 2,085 | 80.11% | ||
2008 | Mohd Amar Abdullah (PAS) | 9,148 | 61.57% | Dali Husin (UMNO) | 5,711 | 38.43% | 15,194 | 3,437 | 83.18% | |||
2013 | Mohd Amar Abdullah (PAS) | 12,467 | 62.65% | Che Rosli Hassan (UMNO) | 7,431 | 37.35% | 20,107 | 5,036 | 85.10% | |||
2023 | Mohd Amar Abdullah (PAS) | 18,700 | 70.00% | Syed Mohd Ali-Dustur Syed Mohd Zain (PKR) | 8,014 | 30.00% | 26,714 | 10,686 | 62.46% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Kelantan
- Setia Jiwa Mahkota Kelantan (J.M.K.) (2006)
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2009)
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) - Dato' (2015)
- Gelaran Dato' Bergelar Negeri Kelantan - Dato' Sri Amar D'Raja (2023)[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Former Kelantan deputy MB appointed state assembly Speaker". The Star. 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Mohd Amar dahului 772 penerima darjah kebesaran Kelantan". Sinar Harian. 30 September 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Penerima Darjah Setia Jiwa Mahkota Kelantan
- Kelahiran 1959
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Alumni Universiti Birmingham
- Timbalan Menteri Besar Kelantan
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15