Menteri Besar Terengganu
Menteri Besar Terengganu | |
---|---|
Kerajaan Negeri Terengganu | |
Jenis | rencana senarai Wikimedia |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Lapor kepada | Dewan Undangan Negeri Terengganu |
Kediaman | Seri Iman, Jalan Batu Buruk, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu |
Pusat | Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu |
Dilantik oleh | Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Terengganu |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Penjawat sulung | Ngah Muhamad bin Yusof |
Dibentuk | 21 April 1925 |
Tapak web | pmb |
sunting · sunting di Wikidata |
Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.
Senarai Menteri Besar Terengganu
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai Menteri Besar Terengganu semenjak 1925.
Nota :* - Kerajaan Negeri Terengganu ditubuhkan oleh PAS selepas Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959. 2 ahli Parti Negara di Terengganu telah melompat menyertai UMNO pada Oktober 1961. Kemudian Perikatan telah membentuk kerajaan negeri pada November 1961 di bawah Menteri Besar yang baru, Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad.[2]
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Kontroversi berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[3], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[4], [5]
Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas. Ahmad Said dan Ghazali Taib bagaimanpun telah menyertai semula UMNO selepas beberapa hari dan keadaan itu menjamin kedudukan Ahmad Razif untuk kekal mentadbir kerajaan negeri.
Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014. Dan pada 10 Mei 2018, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menggantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "History of PAS in Terengganu" (dalam bahasa English). Dicapai pada 23 Mei 2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ [perlu rujukan]
- ^ Ahmad Said enggan ulas isu pertukaran MB.
- ^ Ahmad Said letak jawatan Menteri Besar Terengganu.
- ^ "Ahmad Said letak jawatan, pengganti angkat sumpah malam ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-13. Dicapai pada 2014-05-13.
6. Ar-Ruasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu : ISBN- 978-967-13106; Perpustakaan Negara Malaysia