5 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
5 Mac merupakan hari ke-64 (hari ke-65 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 301 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari juga merupakan Hari Lei Feng di Republik Rakyat China.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 363 - Maharaja Rom Julian berarak bersama 90,000 bala tenteranya ke Antioch untuk menyerang Empayar Sasan.
- 1496 - Raja Henry VII dari England mengeluarkan surat paten kepada John Cabot dan anaknya, memberikan kebenaran untuk mereka menjelajah tempat yang tidak diketahui.
- 1770 - Askar British membalas lemparan batu dengan menembak ke arah khalayak yang mengancam di Boston, Massachusetts, membunuh lima orang awam.
- 1766 - Antonio de Ulloa, gabenor Sepanyol pertama di Louisiana, tiba di bandar New Orleans.
- 1824 - Britain Britain mengisytiharkan perang terhadap Burma, menjadi perang terlama dan termahal dalam sejarah India British.
- 1850 - Jambatan Britannia yang menyeberangi Selat Menai antaea Pulau Anglesey dan tanah besar Wales dibuka.
- 1872 - George Westinghouse mempaten brek udara untuk menghentikan kereta api dengan lebih pasti.
- 1904 - Nikola Tesla, dalam jurnal Electrical World and Engineer, menjelaskan proses pembentukan bebola kilat.
- 1912 - Tentera Itali menjadi tentera pertama yang menggunakan kapal udara untuk tujuan ketenteraan, iaitu untuk mengintip pertahanan Turki.
- 1918 - Rusia Bolshevik memindahkan ibu negaranya dari Petrograd ke Moscow.
- 1933 - Kemelesetan Besar: Presiden Franklin D. Roosevelt mengisytiharkan "cuti bank" yang menutup kesemua bank di A.S. sekaligus membeku segala urus niaga kewangan.
- 1936 - Prototaip Supermarine Spitfire, pesawat pejuang British yang kemudian banyak digunakan negara-negara Pihak Berikat semasa Perang Dunia Kedua, terbang buat pertama kali.
- 1940 - Pembunuhan beramai-ramai Katyn: Ahli-ahli politburo Soviet memeterai perintah menghukum 25,700 orang pengintip Poland, termasuk 14,700 tahanan perang.
- 1943 – Di United Kingdom, pejuang jet pertama Pihak Berikat, Gloster Meteor terbang buat pertama kali.
- 1946 - PM British Winston Churchill menggunakan istilah "Tirai Besi" (gambar) bagi memerikan perpecahan Eropah dalam Perang Dingin, dalam ucapannya di Kolej Westminster di Missouri, Amerika Syarikat.
- 1946 - Pengikut Komunis dan Demokrat Sosial Hungary bersama-sama menubuhkan Blok Kiri.
- 1965 - Intifada Bulan Mac: Di Bahrain berlakunya pemberontakan haluan kiri menentang kehadiran penjajah British.
- 1970 - Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear mula berkuatkuasa.
- 1974 - Perang Yom Kippur: Tentera Israel berundur dari tebing barat Terusan Suez.
- 1979 - Voyager 1 paling dekat dengan planet Musytari, iaitu sejauh 172,000 batu.
- 1982 - Satelit Venera 14 buatan Kesatuan Soviet tiba di planet Zuhrah.
- 1988 - Perlembagaan Kepulauan Turks dan Caicos dipulihkan dan disemak.
- 1999 - Paul Okalik dilantik menjadi Ketua Menteri pertama wilayah Nunavut di Kanada.
- 2001 - Di Makkah, 35 orang jemaah Muslim dirempuh sampai mati dalam kekacauan jemaah haji.
- 2005 - Parti Demokrasi dan Sosialisme Burkinabé mengadakan Konvensyen Kebangsaan pertama.
- 2013 - Lebih 60 orang terbunuh dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu dan serangan di Semporna, Sabah.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1975 - Eva Mendes, pelakon Amerika Syarikat.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1953 - Joseph Stalin, Setiausaha Am, Parti Komunis Kesatuan Soviet (lahir 1878).
- 2013 - Presiden Venezuela Hugo Chávez (lahir 1954).