27 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
27 Mac merupakan hari ke-86 (hari ke-87 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 279 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perayaan Rupert dari Salzburg dalam Gereja Katolik Rom;
- Hari Tatmadaw di Myanmar.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 204 SM – Ptolemy V menaiki takhta Mesir.
- 1306 – Robert the Bruce dimahkotakan sebagai Raja Scotland di Scone.
- 1309 – Paus Clemens V mengucilkan semua warga kota Venezia.
- 1513 - Konkuistador Sepanyol Juan Ponce de León (gambar) menemui Florida, kononnya semasa mencari Pancuran Kemudaan di Dunia Baru.
- 1794 - Bagi melindungi kapal dagang daripada lanun, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Tentera Laut, membentuk asas Tentera Laut Amerika Syarikat.
- 1851 – Lafayette Bunnell dan anggota lain Batalion Mariposa menjadi orang luar pertama menemui Lembah Yosemite, California (gambar).
- 1854 – Perang Krimea: United Kingdom mengisytiharkan perang terhadap Rusia.
- 1886 – Pahlawan puak Apache masyhur, Geronimo, menyerah diri kepada Tentera Darat Amerika Syarikat, maka berakhirnya pertempuran utama Perang Apache.
- 1918 – Moldova dan Bessarabia menyertai Romania.
- 1958 - Setiausaha Pertama Parti Komunis Nikita Khrushchev menjadi Perdana Menteri Kesatuan Republik Sosialis Soviet, menggantikan Nikolai Bulganin.
- 1964 - Gempa Bumi Good Friday berukuran 9.2 Mw, yang terkuat dalam sejarah Amerika Utara, dan tsunami yang menyusul memusnahkan Anchorage, Alaska, mengorbankan lebih 130 orang.
- 1969 – Mariner 7 dilancarkan.
- 1970 – Kapal terbang Concorde melakukan penerbangan supersonik sulungnya.
- 1977 - Dua kapal terbang Boeing 747 berlanggar (gambar CGI) di lapangan terbang Tenerife, Kepulauan Canary, mengorbankan 583 orang dalam kemalangan pesawat udara paling teruk dalam sejarah penerbangan.
- 1980 – Khamis Perak: Kejatuhan mendadak dalam harga perak akibat cubaan adik-beradik Hunt memanipulasi harga pasaran perak yang menimbulkan rasa panik dalam tukaran komoditi dan niaga hadapan.
- 1993 – Jiang Zemin dilantik sebagai Presiden Republik Rakyat China.
- 1994 – Pesawat Eurofighter melakukan penerbangan sulungnya di Manching, Jerman.
- 2002 – Pembunuhan beramai-ramai Paskah: Seorang pejuang syahid Palestin membunuh 29 orang yang tengah berjamuan Paskah di Netanya, Israel.
- 2005 – Grey's Anatomy sebuah drama perubatan memenangi anugerah yang mula bersiaran di American Broadcasting Company, A.S.
- 2009 - Empangan Situ Gintung di Kota Tangerang Selatan, Jawa, Indonesia bocor, membanjiri ratusan rumah dan mengorbankan lebih 100 orang.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1912 - James Callaghan, Perdana Menteri United Kingdom
- 1935 - Julian Glover, pelakon Inggeris
- 1963 - Itje Trisnawati, penyanyi dan pelakon Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1968 - Yuri Gagarin, seorang manusia pertama ke angkasa lepas