9 September
Penampilan
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
9 September merupakan hari ke-252 (hari ke-253 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 113 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Republik di Korea Utara (1948)
- Hari Kemerdekaan di Tajikistan (1991).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 9 – Pertempuran Hutan Teutoburg: Perikatan puak-puak Jermanik pimpinan Arminius bertembung dengan angkatan Rom pimpinan Publius Quinctilius Varus.
- 1000 – Raja Olaf I dari Norway terjatuh dari kapal semasa Pertempuran Svolder dan hilang di Laut Baltik.
- 1493 – Angkatan Empayar Uthmaniyyah menewaskan tentera Kerajaan Croatia dalam Pertempuran Padang Krbava.
- 1513 – Perang Liga Cambrai: Raja James IV dari Scotland (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Flodden di Northumberland sewaktu mengetuai serangan ke atas England.
- 1945 – Perang China-Jepun Kedua berakhir apabila Jepun menyerah kalah.
- 1971 – Banduan merusuh dan merampas kawalan Penjara Attica di Attica, New York, A.S., menjadikan 33 pengawal sebagai tebusan.
- 2001 – Pemimpin Perikatan Utara Ahmed Shah Massoud mati dibunuh di Afghanistan.
- 2004 – Sebuah kereta meletup di luar bangunan kedutaan Australia di Jakarta, Indonesia, mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 150 yang lain.
- 2006 - Jasad 2 orang pahlawan Melayu iaitu Tengku MenterI Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin Alang Duakap tiba di tanah air dan dikebumikan di Perak setelah 129 tahun dikebumikan di luar negara sebagai orang buangan zaman penjajah British.
- 2010 – Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa.
- 2012 – Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Itali 2012.
- 2013 – Lukisan Zonsondergang bij Montmajour (gambar) dipamerkan sebagai kerja hilang Vincent van Gogh.
- 2013 – Gabungan pertengahan kanan yang diketuai Parti Konservatif mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Norway.
- 2016 - Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dipimpin oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1878 - Sergio Osmena, Presiden Filipina ke-4
- 1949 - Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Indonesia ke-6