30 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
30 Mac merupakan hari ke-89 (hari ke- dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 276 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 240 SM – Catatan terawal pelaluan perihelion Komet Halley.
- 1282 - Penduduk Sicilia memberontak menentang pemerintahan Raja Anjou Charles I dari Napoli, memulakan Perang Vesperi.
- 1842 – Anestesia digunakan buat julung kalinya dalam pembedahan yang dipimpin oleh Dr. Crawford Long.
- 1856 – Perjanjian Paris ditandatangani untuk mengakhiri Perang Krimea.
- 1858 – Hymen Lipman mempatenkan pensel yang terpasang pemadam.
- 1863 – Putera Wilhelm Georg dari Denmark dilantik sebagai Raja Georgios I penguasa Yunani.
- 1867 - Setiausaha Negara Amerika Syarikat William H. Seward merundingkan pembelian Alaska dengan harga AS$7.2 juta daripada Rusia.
- 1885 – Pertempuran untuk Kushka mencetuskan Peristiwa Pandjeh yang nyaris mencetuskan peperangan antara Empayar British dan Empayar Rusia.
- 1912 - Sultan Abdul Hafiẓ memeterai Perjanjian Fez yang menjadikan Maghribi sebuah negeri naungan Perancis.
- 1939 – Pesawat pejuang Heinkel He 100 mencatat rekod kelajuan udara dunia iaitu 463 bsj.
- 1940 - Perang China-Jepun Kedua: Wang Jingwei (gambar) dilantik secara rasmi sebagai ketua kerajaan boneka China oleh Jepun.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Tentera Kesatuan Soviet menyerang Austria lalu menawan Vienna; tentera Poland dan Soviet membebaskan Gdańsk.
- 1950 – Usmar Ismail memulakan penggambaran Darah dan Doa (gambar kad judul), kini diperingati sebagai "Hari Film Nasional" di Indonesia.
- 1951 - Remington Rand menghantar komputer UNIVAC I pertamanya kepada Biro Bancian Amerika Syarikat.
- 1954 - Suruhanjaya Pengangkutan Toronto melancarkan sistem bawah tanah yang pertama di Kanada.
- 1961 - Satu perjanjian antarabangsa untuk mencegah pembuatan dan perniagaan haram dadah narkotik, Konvensyen Tunggal Dadah Narkotik, ditandatangani.
- 1964 - Pertunjukan permainan popular Jeopardy! ciptaan Merv Griffin disiarkan buat pertama kali di televisyen.
- 1965 – Perang Vietnam: Sebutir bom kereta meletup di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Saigon, meragut 22 nyawa dan menyebabkan 183 yang lain cedera.
- 1972 – Perang Vietnam: Serangan Easter bermula selepas tentera Vietnam Utara menceroboh zon bebas tentera Vietnam Selatan.
- 1981 - John Hinckley, Jr. menembak dan mencederakan Presiden A.S. Ronald Reagan dan tiga lagi di Washington, D.C.
- 1982 – Program Space Shuttle: Misi STS-3 selesai dengan pendaratan Columbia di White Sands Missile Range, New Mexico.
- 2006 – Akta Keganasan 2006 digubal di United Kingdom.
- 2010 – Perlanggaran antara dua pancaran proton 3.5 TeV di Pelanggar Hadron Besar CERN mencatat rekod dunia untuk pelanggaran zarah buatan manusia bertenaga tertinggi.
- 2012 – Parti APRC mengekalkan majoriti mutlak dalam pilihan raya di Gambia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1951 - Musa Aman, Ketua Menteri Sabah ke-14
- 1968 - Celine Dion, penyanyi Kanada
- 1980 - Dwi Sasono, pelakon lelaki Indonesia