20 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
20 Januari merupakan hari ke-20 dalam takwim Gregorius. Tinggal 345 hari (atau 346 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya. Dalam astrologi, ia merupakan hari kuspa antara Capricorn dan Aquarius.
Hari ini juga merupakan:
- Hari angkat sumpah penggal baharu untuk Presiden Amerika Syarikat bermula (sejak 1933);
- Hari Syahid di Azerbaijan (1990);
- Hari Angkatan Tentera di Mali.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]
- 250 - Maharaja Decius melancarkan penindasan penganut agama Kristian secara besar-besaran di Rom. Paus Fabianus antara yang terkorban menjadi martir.
- 1265 - Dipanggil oleh Simon de Montfort, parlimen Inggeris yang pertama mengadakan mesyuarat sulungnya di Istana Westminster (gambar).
- 1320 - Selepas menyatukan semula Poland, Wladyslaw si Pendek (gambar) dimahkotakan sebagai Raja di Kraków.
- 1356 - Edward Balliol turun takhta selaku Raja Scotland.
- 1502 - Lokasi Rio de Janeiro diterokai buat julung kalinya.
- 1801 - John Marshall dilantik sebagai Ketua Hakim Amerika Syarikat.
- 1839 - Askar Chile menewaskan dengan muktamad angkatan Konfederasi Peru–Bolivia dalam Pertempuran Yungay di Wilayah Ancash, secara berkesan menamatkan Perang Konfederasi.
- 1840 - Dumont D'Urville menemui Tanah Adélie, Antartika.
- 1840 - Willem II menjadi Raja Belanda.
- 1841 - Pulau Hong Kong diduduki oleh British.
- 1885 - LaMarcus Adna Thompson mempatenkan roller coaster.
- 1892 - Permainan rasmi bola keranjang yang pertama diadakan di YMCA, Springfield, Massachusetts, A.S.
- 1921 - Perlembagaan pertama Turki diterima guna, melakukan perubahan asas pada punca dan pelaksanaan kedaulatan dengan mentakdiskan rukun kedaulatan kebangsaan.
- 1937 - Franklin D. Roosevelt mengangkat sumpah bagi penggal kedua beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat. Inilah kali pertama upacara angkat sumpah dilangsungkan pada 20 Januari, sejak dialihkan dari 4 Mac.
- 1942 - Holokus: Para pegawai Jerman Nazi bertemu dalam persidangan Wannsee di Berlin bagi memutuskan pelaksanaan "Penyelesaian Terakhir kepada persoalan Yahudi.
- 1945 - Franklin D. Roosevelt mengangkat sumpah bagi penggal keempat beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat; tiada Presiden lain yang pernah diberi penggal keempat.
- 1961 - Presiden Perancis, Charles de Gaulle memberitahu Presiden John F. Kennedy: "Saya meramalkan bahawa kamu akan beransur-ansur tenggelam ke dalam kancah tak terbatas, walau betapa banyak kamu berbelanja daripada segi orang dan wang", ketika merujuk kepada pembabitan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.
- 1981 - Iran membebaskan 52 tebusan terakhir di Kedutaan A.S. 20 minit selepas Ronald Reagan dilantik sebagai Presiden A.S.
- 1986 - Hari Martin Luther King, Jr. disambut sebagai cuti umum persekutuan A.S. buat julung kalinya.
- 1987 - Wakil Gereja England, Terry Waite, diculik di Lubnan.
- 1990 - Januari Hitam: Tentera Merah Soviet bertindak keras terhadap demonstrasi kemerdekaan oleh orang Azerbaijan di kota Baku.
- 1991 - Kerajaan Sudan melaksanakan undang-undang syariah di seluruh negara, maka memburukkan perang saudara antara umat Islam di utara dan penduduk Kristian di selatan.
- 1992 - Penerbangan 148 Air Inter terhempas berhampiran Strasbourg, Perancis, meragut nyawa 82 penumpang dan 5 kakitangan.
- 1999 - Perkhidmatan Berita China mengumumkan sekatan terbaru terhadap penggunaan Internet, terutamanya di kafe Internet.
- 2001 - Presiden Filipina Joseph Estrada digulingkan dalam revolusi aman empat hari, lalu diganti oleh Gloria Macapagal-Arroyo.
- 2009 - Di Washington, D.C., Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat berketurunan Amerika Afrika yang pertama.
- 2010 - Gegar penghujung kuat berukuran 5.9 Mw melanda Haiti seminggu selepas gempa bumi menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince (gambar) dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
- 2010 - Lebih 200 orang maut dalam rusuhan beberapa hari antara Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria.
- 2016 - Di Washington, D.C., Donald Trump dari Parti Republikan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke - 45. Beliau merupakan Presiden yang pertama dari kalangan ahli perniagaan yang termashyur di Amerika Syarikat.
- 2021 - Joe Biden dari Parti Demokrat telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke - 46.Beliau merupakan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1930 - Buzz Aldrin, seorang angkasawan Amerika Syarikat
- 1973 - Inka Christie, seorang penyanyi dan pelakon Indonesia
- 1995 - Michelle Ziudith, seorang pelakon wanita Indonesia