21 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
21 Januari merupakan hari ke-21 dalam kalendar Gregory. Tinggal 344 hari (atau 345 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga adalah Hari Perayaan Santa Agnes (Kristian).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 304 - Santa Agnes, kini santa penaung gadis dan dara, dihukum mati ketika berumur 13 tahun kerana enggan menerima pinangan Praefectus Sempronius untuk anak lelakinya.
- 1189 - Philip II dari Perancis dan Richard I dari England mula mengerah askar untuk melancarkan Perang Salib Ketiga.
- 1287 - Perjanjian San Agayz ditandatangani. Minorca ditawan oleh Raja Alfons III dari Aragon.
- 1525 - Gerakan Anabaptis bermula apabila para pengasasnya saling membaptiskan semula satu sama lain di Zürich, Switzerland.
- 1643 - Abel Tasman menjadi orang Eropah pertama yang mendarat di Tonga.
- 1720 - Sweden dan Prusia menandatangani Perjanjian Stockholm.
- 1789 - Novel sulung buatan Amerika Syarikat, berjudul The Power of Sympathy or the Triumph of Nature Founded in Truth, dicetak di Boston, Massachusetts.
- 1793 - Revolusi Perancis: Selepas didapati bersalah menderhaka oleh Konvensyen Nasional, Raja Louis XVI dipancung dengan gilotin di hadapan khalayak ramai yang bersorak di Place de la Concorde, Paris.
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Jefferson Davis meletak jawatan dari Senat Amerika Syarikat.
- 1864 - Kempen Tauranga bermula ketika Perang Maori.
- 1887 - Brisbane menerima curahan hujan seharian sebanyak 465 milimeter (18.3 inci), satu rekod bagi mana-mana ibu negeri Australia.
- 1893 - Tanah Konsesi Tati, dahulunya sebahagian Matabeleland, secara rasminya diilhakkan dengan Naungan Bechuanaland (kini Botswana).
- 1899 - Syarikat Opel mengeluarkan kereta pertamanya.
- 1908 - Bandar Raya New York meluluskan Ordinan Sullivan yang mengharamkan wanita merokok di tempat awam, tetapi diveto oleh datuk bandar.
- 1911 - Rali Monte Carlo pertama berlangsung.
- 1915 - Kelab perkhidmatan Kiwanis yang pertama ditubuhkan di Detroit, Michigan.
- 1924 - Vladimir Lenin meninggal dunia, maka tercetusnya perebutan kuasa antara Leon Trotsky dan Joseph Stalin yang berakhir dengan kejayaan Stalin pada tahun 1928.
- 1925 - Albania diisytiharkan sebagai republik.
- 1919 - Dáil Éireann Pertama bersidang di Mansion House Dublin, mengisytiharkan perlembagaan negara baharu Ireland. Penglibatan pertama dalam Perang Kemerdekaan Ireland berlaku di Sologhead Beg, daerah Tipperary.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Tentera Australia dan British menyerang Tobruk, Libya.
- 1968 - Perang Vietnam: Tentera Rakyat Vietnam menyerang Pangkalan Khe Sanh, satu kota kara Marin A.S., memulakan Pertempuran Khe Sanh.
- 1969 - Sebuah reaktor nuklear bawah tanah di Lucens Vad, Switzerland, melepaskan sinaran ke dalam sebuah gegua lalu terpaksa ditutup.
- 1972 - Tripura menjadi negeri sepenuhnya di India.
- 1976 - Kenderaan supersonik Concorde (gambar) memulakan penerbangan komersilnya ke London, Paris, Bahrain dan Rio de Janeiro.
- 1985 - Oleh sebab 20 Januari jatuh pada hari Ahad, majlis angkat sumpah Ronald Reagan (untuk penggal keduanya selaku Presiden) dialihkan ke hari Isnin, 21 Januari. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan, upacara diadakan di Rotunda dalam Kapitol Amerika Syarikat.
- 2007 - Taman Marin Awashima di Jepun merakam video ikan jerung beropol yang jarang ditemui.
- 2008 - Isnin Hitam melanda pasaran saham sedunia. FTSE 100 mengalami kejatuhan mata sehari terbesar dalam sejarah, bursa-bursa Eropah tutup dengan prestasi terburuk semenjak peristiwa 9/11, sementara bursa Asia jatuh sebanyak 15%.
- 2008 - Bahasa Eyak di Alaska pupus selepas penutur terakhirnya Marie Smith Jones meninggal dunia, menjadikannya sebagai simbol dalam usaha menentang kepupusan bahasa.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1981 - Amri Yahyah, pemain bola sepak Selangor
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1774 - Mustafa III, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1919 - Ahmed Muhtar Pasha, seorang jeneral Empayar Uthmaniyyah
- 2012 - Penyanyi Malaysia Izwan Pilus akibat leptospirosis