Moscow
Rencana ini perlu dikemas kini.(Jun 2023) |
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Mosko
| ||||||
Lokasi | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan Moscow di Eropah | ||||||
Kerajaan | ||||||
Negara Daerah Subbahagian |
Rusia Daerah Pusat Persekutuan Bandar raya Persekutuan | |||||
Datuk Bandar | Sergey Sobyanin | |||||
Ciri-ciri Geografi | ||||||
Keluasan - Bandar raya |
1,081 km² | |||||
Jumlah penduduk - Bandar (2005) - Kepadatan |
10,415,400 8,537.2/km² | |||||
Koordinat | ||||||
Aras tinggi | <130 - 253 m | |||||
Zon waktu - Musim panas (DST) |
MSK (UTC+3) MSD (UTC+4) | |||||
Maklumat Lain | ||||||
Kod pos | 101xxx-129xxx | |||||
Kod telefon | +7 495; +7 499 | |||||
Plat nombor | 77, 99, 97, 177 | |||||
Laman web: www.mos.ru |
Mosko[1] (Rusia: Москва́, rumi: Moskva , IPA: [mɐ'skva] , bahasa Inggeris: Moscow ) ialah ibu negara serta pusat politik, ekonomi, kewangan, pendidikan, dan pengangkutan yang terutama di Rusia. Terletak di tebing Sungai Moskva di Daerah Pusat Persekutuan yang terletak pula di bahagian barat Persekutuan Rusia, Mosko ialah bandar raya yang terbesar di Eropah. Bilangan penduduk tetap sebanyak 10.4 juta orang[2] merupakan sekitar 7% daripada jumlah penduduk Rusia.
Dari segi sejarah, Mosko terletak di pusat tanah air Rusia dan merupakan ibu negara untuk bekas Kesatuan Soviet, serta Rusia Muscovy, negara duluan kepada Empayar Rusia. Mosko juga merupakan tempat terletaknya Kremlin yang termasyhur, dan yang kini merupakan tempat kerja Presiden Rusia.
Budaya seni bina dan seni pentas Mosko amat termasyhur di seluruh dunia. Mosko juga amat dikenali dengan Katedral Saint Basil, dengan kubah-kubah berbentuk bawang yang anggun, serta Katedral Christ Sang Penyelamat (Cathedral of Christ the Savior). Paderi Mosko yang tinggal di Biara Danilov merupakan ketua Gereja Ortodoks Rusia. Mosko masih merupakan pusat ekonomi yang terutama dan mempunai banyak bilionwan, dan sentiasa dianggap sebagai salah satu bandar raya yang termahal di dunia.[3]
Rusia mempunyai banyak institusi sains dan pendidikan, serta kemudahan sukan. Sistem pengangkutannya yang rumit termasuk sistem metro yang amat masyhur untuk seni binanya serta merupakan sistem yang tersibuk di dunia. Mosko merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada musim panas 1980.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nama kota ini pertama kalli tercatat bertulis pada 1147 ketika Putera Yuriy Dolgorukiy dari Kiev menjemput putera Republik Novgorod dengan perkataan-perkataan "marilah melawat aku, saudara, [marilah] ke Moscow."[4] Sembilan tahun kemudian, pada tahun 1156, Yuri Dolgorukiy memberikan perintah untuk membina sebuah dinding kayu mengelilingi batasan kota yang sedang berkembang besar ketika itu; dinding itu terpaksa dibina banyak kali.[5] Selepas penjarahan Mosko pada tahun 1237-1238, ketika oleh orang-orang Mongolia membakar bandar raya ini dan membunuh penduduknya, Mosko pulih dan menjadi ibu kota sebuah kerajaan yang berasingan pada 1327.[6] Kedudukannya yang baik di hulu air Sungai Volga menghasilkan pembangunan yang tetap dan selama bertahun-tahun, Mosko menjadi sebuah kerajaan yang stabil serta makmur, dan menarik banyak orang pelarian dari seluruh Rusia.
Di bawah Ivan I, Mosko mengambil alih Tver sebagai ibu kota Vladimir-Suzdal dan menjadi pemungut cukai yang tunggal kepada pemerintah-pemerintah Mongolia. Melalui pembayaran ufti yang tinggi, Ivan memenangi konsesi yang penting daripada Khan. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan yang lain, Mosko tidak dibahagikan antara anak-anak lelaki Ivan I tetapi diwarisi keseluruhannya kepada anak sulungnya. Pada 1380, Putera Dmitry Donskoy dari Mosko mengetuai seangkatan tentera Rusia yang bersatu untuk mencapai satu kemenangan yang penting terhadap orang Mongolia dalam Perang Kulikovo. Selepas itu, Mosko memainkan peranan yang utama untuk membebaskan Rusia daripada penguasaan Mongolia. Pada 1480, Ivan III akhirnya membebaskan orang Rusia daripada penguasaan orang Tatar, dan membenarkan Mosko menjadi pusat kuasa di Rusia.[7] Ibu kota Rusia yang telah berpindah dari Kiev ke Vladimir, bertapak di bandar raya ini pada keakhiran pemerintahannya, dan Mosko sekali lagi menjadi ibu kota sebuah empayar yang kemudian merangkumi semua kawasan hari ini, iaitu Rusia, Siberia, dan bahagian-bahagian kawasan yang lain.
Abad ke-17
[sunting | sunting sumber]Abad ke-17 memperlihatkan banyak pemberontakan yang popular di Mosko, seperti pembebasan Mosko daripada penyerang Poland (1612), Rusuhan Garam (1648), Rusuhan Tembaga (1662), serta Pemberontakan Mosko (1682). Mosko berhenti menjadi ibu kota Rusia pada 1712, selepas pengasasan St. Petersburg oleh Peter Agung di pantai Baltik pada tahun 1703. Ketika Napoleon Bonaparte menyerang pada 1812, orang Mosko membakar bandar raya mereka sendiri dan memindahkan diri apabila angkatan Napoleon mendekati pada 14 September. Dilanda oleh kelaparan, kesejukan, dan saluran bekalan yang buruk, Angkatan Napoleon terpaksa berundur.
Abad ke-19
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 1905, jawatan Gabenor Bandar Raya, atau Datuk Bandar diperkenalkan secara rasmi di Moscow, dan Alexander Adrianov menjadi datuk bandar Mosko yang pertama. Menyusul kejayaan Pemberontakan Rusia pada 12 Mac 1918, Mosko menjadi ibu negara Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dan Kesatuan Soviet, kurang daripada lima tahun kemudian.[8]
Semasa Perang Patriotik Besar, Jawatankuasa Pertahanan dan Pegawai Turus Angkatan Tentera Merah Soviet ditempatkan di Moscow. Pada 1941, 16 divisyen sukarelawan negara (melebihi 160,000 orang), 25 batalion (18,500 orang) dan empat rejimen kejuruteraan ditubuhkan antara orang Moscow. Pada November 1941, Pusat Kumpulan Angkatan Tentera Jerman dihentikan di pinggir bandar raya dan kemudian diundurkan semasa Perang Moscow. Banyak kilang dipindahkan, bersama-sama dengan kebanyakan kerajaan, dan dari 20 Oktober, bandar raya Mosko diisytiharkan berada di bawah pengepungan. Penduduk yang tinggal membina dan mengendalikan pertahanan antikereta kebal ketika bandar raya itu dibedil dari udara. Joseph Stalin enggan meninggalkan bandar raya dan oleh itu, pegawai-pegawai turus dan majlis komisar rakyat terpaksa mengiringinya. Walaupun menghadapi pengepungan dan pengeboman, pembinaan sistem metro Mosko yang dimulakan pada awal dekad 1930-an diteruskan sepanjang peperangan dan pada akhir perang, beberapa landasan metro yang baru dibuka.
Pada 1 Mei 1944, pingat Untuk Pertahanan Mosko dan pada tahun 1947, lagi satu pingat, Untuk Peringatan Hari Ulang Tahun Mosko ke-800 diperkenalkan. Bagi peringatan hari ulang tahun bagi kemenangan Perang Dunia II yang diadakan pada 8 Mei 1965, Mosko merupakan salah satu daripada 12 bandar raya Soviet yang dianugerahkan dengan gelaran Bandar Raya Pahlawan.
Pada 1991, Mosko merupakan tempat percubaan rampasan kuasa oleh ahli-ahli kerajaan yang menentang pembaharuan Mikhail Gorbachev. Ketika Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun yang sama, Mosko terus merupakan ibu negara Persekutuan Rusia. Sejak masa itu, kemunculan ekonomi pasaran di Mosko telah menghasilkan ledakan peruncitan, perkhidmatan, seni bina, dan gaya hidup yang bersifat gaya Barat.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Karel Neubert. "Portrait of Moscow". 1964
- Albert J. Schmidt. "The Architecture and Planning of Classical Moscow: A Cultural History". 1989
- Kathleen Berton. "Moscow: An Architectural History". St. Martin's, 1991
- Marcel Girard. "Splendours of Mosko and Its Surroundings", trans. from French. 1967
- John Bushwell. "Mosko Graffiti: Language and Subculture". Unwin Hyman, 1990
- S.S. Hromov et al. (eds.). "History of Moscow: An Outline", trans. from Russian. 1981
- Galina Dutkina. "Mosko Days: Life and Hard Times in the New Russia". Trans. Catherine Fitzpatrick. Kodansha America, 1995
Nota dan rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nama Melayu digunakan (Jawi: موسكو ) dalam manuskrip Hikayat Perang Setambul bahagian II m/s. 57-66, dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia - melalui Ermy Azziaty Rozali (2016). "Manuskrip 'Hikayat Perang Setambul' dan 'Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan Istanbul Yang Bernama Abdul Hamid Khan': sejarah peperangan daulah Turki Uthmaniyah dan Rusia". Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. Universiti Kebangsaan Malaysia. 43 (2): 23–50. ISSN 2180-0251.
- ^ (Rusia) "СТОЛИЦА РОССИЙСКОЙ ФЕДЕРАЦИИ В ЗЕРКАЛЕ ЦИФР, ФАКТОВ И СОБЫТИЙ". Kerajaan Moscow. Dicapai pada 2006-07-07.
- ^ Boykewich, Stephen (2006-06-27). "Moscow Dinamai Sebagai Bandar Raya Yang Termahal di Dunia". The Moscow Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-02. Dicapai pada 2006-07-03. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Comins-Richmond, Walter. "Sejarah Moscow". Kolej Occidental. Dicapai pada 2006-07-03.
- ^ "Rusia Menghadapi Dunia: Pembinaan Kremlin, 1156-1516". Perpustakaan Awam New York. Dicapai pada 2006-07-03.
- ^ "Di sepanjang Cecincin Emas Moscow" (PDF). Pusat Maklumat Pelancong Moscow. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-17. Dicapai pada 2006-07-05.
- ^ Vogel, Michael. "Hubungan Mongolia: Pengaruh-pengaruh Mongolia pada Pembangunan Moscow". Universiti Indiana South Bend. Dicapai pada 2006-07-03.
- ^ "Geografi". Kedutaan Rusia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-02-17. Dicapai pada 2006-07-18.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Moscow di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Krisis tenaga terdasyhat di Moscow dan Rusia tengah |
Maklumat am
[sunting | sunting sumber]- Laman web Pentadbiran Moscow
- Jawatankuasa Pelancongan Kerajaan Bandaraya Moscow
- WikiMapia: Mosko – pemandangan Mosko melalui satelit yang menunjukkan mercu-mercu tanda bandar raya
- Syarikat Pelancongan Norday – gambaran keseluruhan bandar raya dan mercu-mercu tandanya
- Panduan bandar raya Moscow
- Panduan hotel Moscow
- Moscow
Media
[sunting | sunting sumber]- The Mosko Times – laman web rasmi untuk akhbar bahasa Inggeris yang terutama di Moscow
- The Mosko News – salah satu daripada akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Moscow
- (Rusia) NTV – salah satu daripada syarikat penyiaran yang terbesar di Rusia
Imej
[sunting | sunting sumber]- Rumah Fotografi Moscow
- Galeri gambar foto oleh Alexey Slizkov
- EarthCam: Dataran Merah – kamera web untuk Dataran Merah di Moscow
- Gambar-gambar foto Mosko oleh Arkady Kulev
Bandar Raya Pahlawan untuk bekas Kesatuan Soviet | |
---|---|
Odessa | Kiev | Kubu Brest | Kerch | Leningrad | Minsk | Moscow | Murmansk | Novorossiysk | Sevastopol | Smolensk | Stalingrad | Tula |