Martir
Martir (bahasa Yunani: μάρτυς, mártys, "saksi"; dasar kata μάρτυρ-,mártyr-) ialah seseorang yang menanggung penindasan atau mengorbankan nyawa kerana enggan melepaskan atau menerima sesuatu kepercayaan atau perjuangan, biasanya yang berupa keagamaan.
Erti
[sunting | sunting sumber]Dalam erti asalnya, istilah 'martir' yang bermaksud saksi digunakan dalam lingkungan sekular dan juga Wasiat Baru Alkitab Kristian (Injil).[1] Tindakan menjadi saksi ini tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian saksi itu, tetapi adalah diketahui daripada para sasterawan purba (seperti Josephus) dan juga kitab Injil bahawa saksi selalunya menggadai nyawa atas pengakuan mereka.
Pada awal zaman Kristian, istilah ini mendapat erti baru iaitu penganut yang dipanggil sebagai saksi kepercayaan agama mereka, lalu ditindas atau dihukum mati atas pengakuan mereka. Penganut agama Kristian terawal yang menggunakan istilah martir dalam erti kata ini menganggap Jesus (Allah Bapa) sebagai martir sulung dan terulung, berdasarkan kisah penyaliban baginda.[2][3][4] Penganut Kristian awal ini nampaknya menganggap Jesus sebagai contoh martir yang terulung.[5]
Jadual yang berikut menunjukkan ciri-ciri am yang terdapat pada stereotaip martir.
1. | Wira | Tokoh terkenal yang berpegang teguh pada perjuangan yang dikira mengagumkan. |
2. | Tentangan | Mereka yang menentang perjuangan itu. |
3. | Risiko terduga | Wira menduga tindakan lawannya untuk mendatangkan mudarat terhadapnya disebabkan komitmennya terhadap perjuangannya. |
4. | Keberanian dan Komitmen | Wira meneruskan komitmennya terhadap perjuangan sungguhpun mengenal bahayanya. |
5. | Kematian | Lawan membunuh wira disebabkan komitmennya kepada perjuangannya. |
6. | Sambutan orang ramai | Pemergian wira itu diperingati. Orang ramai boleh terus-terang menggelar wira itu sebagai martir, ataupun diilhamkan untuk memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh wira ini. |
Martir mengikut agama
[sunting | sunting sumber]Kristian
[sunting | sunting sumber]Dalam agama Kristian, sejajar dengan erti asal martys dalam bahasa Yunani dalam Wasiat Baru, martir ialah seseorang yang membuat pengakuan, baik secara lisan mahupun bertulis, terutama sekali pengakuan akan Kitab Injil, atau secara amnya, firman Tuhan. Seorang saksi Kristian tetap saksi kitab tanpa mengenal nasibnya.[7] Namun demikian, lama-kelamaan ramai pengakuan Kristian ditolak dan saksi-saksinya dihukum mati, maka istilah martir mendapat erti katanya pada masa kini. Apabila berdepan dengan maut, saksi-saksi itu mencontohi Jesus dalam menggadaikan nyawa mereka demi kebenaran.
Pemahaman Jesus sebagai martir semakin mendapat perhatian akhir-akhir ini. Kupasan terhadap naratif-naratif keghairahan dalam kitab Injil telah membuat ramai ilmuwan membuat kesimpulan bahawa naratif-naratif itu merupakan kisah-kisah martir dari segi genre dan gaya.[8][9][10] Sesetengah ilmuwan itu juga membuat kesimpulan bahawa Paulus memahami kemangkatan Jesus sebagai kemartiran.[11][12][13][14][15][16] Berdasarkan kesimpulan-kesimpulan sedemikian, ada yang berhujah bahawa penganut Kristian pada abad-abad terawalnya pasti menganggap peristiwa penyaliban Jesus sebagai kemartiran.[5][17]
Mengikut konteks sejarah gereja, dari masa ke semasa penindasan penganut Kristian terawal di Empayar Rom, adalah semakin diterima bahawa martir ialah seseorang yang dibunuh kerana berpegang teguh pada sesuatu kepercayaan agama sambil menyedari bahawa ini hampir pasti akan mengundang ajal dengan cepat (biarpun tanpa sengaja mencari maut). Takrifan martir ini tidak terhad kepada agama Kristian. Saksi Kristian pertama yang dibunuh kerana pengakuannya ialah Santo Stephen (yang namanya bererti "mahkota"), dan mereka yang dimartirkan dikatakan juga "dimahkotakan."
Islam
[sunting | sunting sumber]Dalam bahasa Arab, martir bererti syahid, شهيد. Istilah syahid terdapat dalam al-Qur'an dalam pelbagai konteks, termasuk menyaksi kewajaran, menyaksi urus niaga kewangan dan dibunuh, walaupun akibat kemalangan asalkan tidak berlaku dengan niat untuk berdosa, maka mereka dianggap sebagai saksi kepada peristiwa-peristiwa duniawi sewaktu hidup walaupun tidak terlibat lagi (Surah Ali 'Imran, ayat 140). Istilah ini juga terdapat dengan pelbagai erti ini dalam hadis, iaitu sabda-sabda Nabi Muhammad s.a.w.
Hindu
[sunting | sunting sumber]Biarpun agama Hindu memupuk nilai ahimsa (tanpa keganasan), namun juga terdapat konsep kewajaran (dharma), yang mana keganasan diambil sebagai jalan penyelesaian setelah semua cara lain tidak berhasil. Contoh-contohnya terdapat dalam pustaka Mahabharata, yang mengisahkan para Pandava yang baru menghabiskan hukuman buang negeri dihalang daripada mengambil balik bahagian-bahagian negara mereka oleh sepupu mereka, Duruyodhana; setelah rundingan damai oleh Krishna, Vidura dan Sanjaya tidak berhasil. Sewaktu peperangan besar yang tercetus, Arjuna pun dibebani oleh keraguan, seperti ikatan, kepiluan, ketakutan dan sebagainya. Oleh itu, Krishna memesan Arjuna akan cara untuk menjalankan tugasnya sebagai pahlawan yang salih dan berjuang.
Martir sekular
[sunting | sunting sumber]Kebudayaan Cina
[sunting | sunting sumber]Kemartiran dipupuk secara meluas oleh Tongmenghui, maka dalam parti Kuomintang di negara China moden, para pejuang revolusi yang terkorban kerana berjuang menentang dinasti Qing dalam Revolusi 1911 dan melanjutkan perjuangan revolusi sepanjang zaman Republik China, turut diiktiraf sebagai martir.
Martir Kesatuan Sekerja
[sunting | sunting sumber]Di Dorset, England pada abad ke-19, wujudnya sekumpulan buruh pertanian Tolpuddle Martyrs yang ditahan dan dihukum kerana mengangkat sumpah rahsia sebagai ahli-ahli Friendly Society of Agricultural Labourers (Persatuan Sahabat Pekerja Pertanian). Peraturan-peraturan persatuan menunjukkan bahawa ia terang-terangan distrukturkan sebagai persatuan sahabat yang bertujuan menawarkan khidmat insurans, pencen, simpanan atau perbankan usahasama; maka ia beroperasi sebagai persatuan faedah bersama khusus perdagangan. Akan tetapi, persatuan-persatuan sahabat ketika itu kuat dengan anasir-anasir yang kini membentuk peranan utama kesatuan sekerja, dan isu wang upah diketengahkan. Para Tolpuddle Martyrs dihukum buang negeri ke Australia.[18]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ See e.g. Alison A. Trites, The New Testament Concept of Witness, ISBN 0-521-60934-8 and ISBN 9780521609340.
- ^ Frances M. Young,The Use of Sacrificial Ideas in Greek Christian Writers from the New Testament to John Chrysostom(Eugene, OR: Wipf & Stock, 2004), ms. 107.
- ^ Eusebius menulis tentang penganut Kristian terawal: "Mereka berhasrat untuk meniru Kristus ... dengan senang hati mereka menyerahkan gelaran martir kepada Kristus, iaitu Saksi yang setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati." Eusebius, Church History 5.1.2.
- ^ Para ilmuwan percaya bahawa Kitab Wahyu dikarang sewaktu zaman apabila kata saksi menerima erti kata martir. Kitab Wahyu menerangkan beberapa kemartiran Kristian yang menyatakan istilah martir (Wahyu 17:6, 12:11, 2:10-13), dan juga memerikan Jesus dengan cara sedemikian ("Yesus Kristus, Saksi yang setia" dalam Wahyu 1:5, dan lihat juga Wahyu 3:14).
- ^ a b A. J. Wallace and R. D. Rusk, Moral Transformation: The Original Christian Paradigm of Salvation (New Zealand: Bridgehead, 2011), ms. 217-229.
- ^ From A. J. Wallace and R. D. Rusk, Moral Transformation: The Original Christian Paradigm of Salvation (New Zealand: Bridgehead, 2011), ms. 218.
- ^ See Davis, R."Martyr, or Witness?" Diarkibkan 2011-05-11 di Wayback Machine, New Matthew Bible Project
- ^ J. W. van Henten, "Jewish Martyrdom and Jesus’ Death" in Jörg Frey & Jens Schröter (eds.), Deutungen des Todes Jesu im Neuen Testament (Tübingen: Mohr Siebeck, 2005) ms. 157 – 168.
- ^ Donald W. Riddle, "The Martyr Motif in the Gospel According to Mark." The Journal of Religion, IV.4 (1924), ms. 397 – 410.
- ^ M. E. Vines, M. E. Vines, “The ‘Trial Scene’ Chronotype in Mark and the Jewish Novel,” in G. van Oyen and T. Shepherd (eds.), The Trial and Death of Jesus: Essays on the Passion Narrative in Mark (Leuven: Peeters, 2006), ms. 189 – 203.
- ^ Stephen Finlan, The Background and Content of Paul’s Cultic Atonement Metaphors(Atlanta, GA: SBL, 2004), ms. 193 – 210
- ^ Sam K. Williams, Death as Saving Event: The Background and Origin of a Concept (Missoula, MT: Scholars Press for Harvard Theological Review, 1975), ms. 38 – 41.
- ^ David Seeley, The Noble Death (Sheffield: JSOT Press, 1990), ms. 83 –112.
- ^ Stanley Stowers, A Rereading of Romans: Justice, Jews, and Gentiles (Ann Arbor: Yale University Press, 1997), p. 212f.
- ^ Jarvis J. Williams, Maccabean Martyr Traditions in Paul's Theology of Atonement (Eugene, OR: Wipf and Stock, 2010)
- ^ S. A. Cummins, Paul and the Crucified Christ in Antioch (Cambridge: Cambridge University Press, 2001).
- ^ Stephen J. Patterson, Beyond the Passion: Rethinking the Death and Life of Jesus (Minneapolis, MN: Fortress, 2004).
- ^ "The Tolpuddle Martyrs", Historic-UK.com