Pergi ke kandungan

Nasi dagang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasi Dagang
ناسي داڬڠ
Nasi dagang
Nama alternatifNasi Dagae
JenisHidangan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianhidangan utama
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauPantai Timur
Dicipta olehMelayu Kelantan/Terengganu
Suhu penghidanganpanas
Bahan utamaBeras dagang/beras pulut (Kelantan), beras biasa/beras pulut (Terengganu), santan, bawang merah, halia, halba, gulai ikan tongkol (Kelantan/Terengganu), gulai udang(Kelantan), gulai ketam (Kelantan), gulai ayam (Kelantan), acar sayur (Terengganu), sambal ikan kelapa goreng (Kelantan)
Keragaman/variasinasi dagang Kelantan, nasi dagang Terengganu , nasi dagang Kedah , nasi dagang Johor
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
508 [1] kcal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi dagang (Jawi: Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Lang/configuration' not found.) merupakan hidangan tempatan istimewa yang berasal dari Malaysia. Hidangan ini sememangnya terkenal di sekitar pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan sejauh pesisir Kedah , Pahang dan Johor, namun ia juga boleh didapati di rantau selatan Thailand (merangkumi Pattani, Yala dan Narathiwat) serta di Kepulauan Riau seperti (Tanjung Pinang , Natuna [2][3] dan Anambas di Indonesia).[4]

Nasi dagang Kelantan

[sunting | sunting sumber]

Nasi dagang Kelantan bewarna perang kerana menggunakan campuran beras 'beras dagang' yang dikukus beberapa kali dan diarung bersama santan, bawang merah, halia, halba dan sedikit garam. Nasi dagang Kelantan biasanya dihidangkan bersama dengan gulai tradisi masyarakat Kelantan seperti gulai ikan "ayo" (tongkol), telur rebus, gulai udang, gulai ketam dan sebagainya. Nasi dagang Kelantan juga akan diletakkan "sambal" ikan dan kelapa goreng yang akan digaul bersama nasi dagang ("sambal" yang sama untuk nasi kerabu).

Nasi dagang Terengganu

[sunting | sunting sumber]

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) saiz besar yang dipotong=potong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Nasi dagang Kepulauan Riau dan Anambas

[sunting | sunting sumber]

Nasi dagang yang dimasak dalam Kepulauan Riau diperisakan dengan santan kelapa sebelum dikukus; ia disajikan dengan ikan tongkol, ikan bilis, ikan tamban, telur ayam, dengan sambal. Dan dibungkus dengan daun pisang.

Hidangan lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan.

Nasi dagang juga terdapat di wilayah-Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat di Thailand.

  1. ^ https://kalorimakanan.com/kalori-nasi-dagang
  2. ^ "Yuk Coba Ragam Kuliner Dari Natuna". natunaterkini.com. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-23. Dicapai pada 23 November 2019.
  3. ^ "8 Makanan Khas Pulau Natuna". Fajaraya. 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  4. ^ "Kuliner Pilihan: Ragam Menu Sarapan di Kepulauan Anambas". Tempo. 2018. Dicapai pada 23 November 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.