Tenom
Koordinat: 5°48′30″N 102°08′52″E / 5.8084°N 102.1477°E
Tenom
Fort Birch | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pedalaman |
Daerah | Tenom |
Pentadbiran | |
• Ahli Parlimen Tenom | Datuk Riduan Rubin |
• ADUN Melalap | Datuk Peter Anthony |
• ADUN Kemabong | Datuk Riduan Rubin |
• Pengerusi Majlis Daerah Tenom | Tuan Mediyem Layapan |
Penduduk (2006) | |
• Jumlah | 51,000 [1] |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 899XX |
Kod kawasan | 087XXXXXX |
Nombor plat | SU & SB |
Laman sesawang | Majlis Daerah Tenom |
Tenom (Sebutan bahasa Melayu: [te.nom]) terletak di Daerah Tenom, Bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah, Malaysia. Pekan Tenom juga terletak di selatan Kota Kinabalu. Pekan Tenom merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Tenom. Majoriti penduduk pekan Tenom adalah Murut dan sebilangan orang Kadazandusun serta Lundayeh.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya, nama Tenom ialah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Birch (1901-1904) . Bagaimanapun, nama Tenom telah wujud pada tahun 1904 berikutan siapnya pembinaan jalan kereta api dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.
Perhubungan
[sunting | sunting sumber]Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Bamban Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan kereta api daripada Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar - Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Pekan Tenom berada di dalam Daerah Tenom dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tenom.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pekan Tenom dilihat dari pemandangan udara
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]