Pergi ke kandungan

Jemput-jemput

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.[1] Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

Jemput-jemput
جمڤوت٢
cucur bawang.
Nama alternatifCekodok, cucur
Jeniskudapan
Jenis sajianPenganan
Tempat asalMalaysia[2]
Masakan berkaitanIndonesia[3], Malaysia, Singapura, Brunei
Dicipta olehJohor
Suhu penghidanganpanas
Bahan utamaTepung (bahan-bahan tambahan lain seperti: pisang, ikan bilis, udang, bawang or jagung)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Perbezaan nama

[sunting | sunting sumber]

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), Jemput-jemput (Tulisan Jawi: جمڤوت٢ ), ialah sejenis sejenis kuih yang diperbuat daripada adunan tepung, pisang, dan gula yang dijemput sedikit-sedikit kemudian digoreng; dan juga sejenis kuih diperbuat dengan adunan tepung, bawang, garam, dan bahan-bahan lain yang dijemput sedikit-sedikit dan digoreng. [4] Jemput-jemput mempunyai dua bahan asas adunan yang berbeza dari cucur yang dicampur sekali bersama tepung, iaitu pisang dan gula (sebagai manisan) atau bawang, dan ukurannya lebih kecil berbanding cucur.

Cucur (Tulisan Jawi: چوچور ), pula sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan bahan-bahan lain dan digoreng, [5] ini bermaksud cucur ialah adunan berasaskan tepung yang boleh berintikan pelbagai jenis bahan, seperti jagung, udang, ikan bilis, sayur-sayuran dan lain-lain. Namun begitu, cucur seperti yang didefinisikan oleh Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) sebagai sejenis penganan, dibuat dari adonan tepung beras dan gula merah dan digoreng. [6]

Cekodok (Tulisan Jawi: چكودوق ), pula sejeinis cucur yang dibuat daripada adunan tepung dengan pisang yang digoreng. [7]


Antara jenis biasa yang dibuat adalah seperti berikut:-

  1. ^ "Kuih sebagai makanan jati diri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-22. Dicapai pada 2015-02-22.
  2. ^ "Kuih Kodok/Jemput-Jemput Pisang - Malaysian Mashed Banana Fritters – Sam Tan's Kitchen".
  3. ^ "Jemput jemput pisang kuliner khas anambas, kepulauan riau". (Indonesian)
  4. ^ https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=jemput
  5. ^ https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Cucur
  6. ^ https://kbbi.web.id/cucur-3
  7. ^ https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=cekodok
  8. ^ Surasa kembalikan nostalgia silam.[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]