Ayam tauge
Penampilan
Ayam tauge | |
---|---|
Jenis | Hidangan ayam |
Jenis sajian | Makan tengah hari dan makan malam |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Perak |
Bahan utama | Ayam, nasi dan tauge |
sunting · sunting di Wikidata |
Ayam tauge (Bahasa Kantonis transliterasi: Ngah Choi Kai) ialah hidangan yang serupa dengan nasi ayam Hainan, satu-satunya perbezaan ialah hidangannya disertakan dengan sepiring tauge. Ayam kukus dihidangkan dengan kicap cair dan diperisakan dengan minyak bijan.
Orang biasanya makan nasi dengan aam tauge sebagai lauk iringan; namun kadang-kadang orang juga boleh memilih untuk menggandingkan ayam tauge dengan semangkuk kuetiau (Bahasa Kantonis transliterasi: Hor Fun; Bahasa Cina Ringkas: 河粉) dalam sup ayam jernih.
Pembahagian
[sunting | sunting sumber]Hidangan ini boleh didapati di Ipoh, Malaysia yang taugenya rangup dan lazat hasil tanaman dengan air dari bukit batu kapur.