Pergi ke kandungan

Panglin-Hitam Biasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Panglin-Hitam Biasa
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Fulica
Spesies:
Nama binomial
Fulica atra
Taburan F. atra     Pembiakan      Kediaman      Bukan-pembiakan      Vagrant (tidak dapat dipastikan)
Sinonim
  • Fulica aterrima Linnaeus, 1766
  • Fulica prior De Vis, 1888[2]

Panglin-Hitam Biasa atau Burung Pangling Hitam adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Fulica atra. Burung Pangling Hitam merupakan ahli burung rail dan crake dalam keluarga Rallidae. Spesies kecil Australia dikenali sebagai burung Pangling Hitam Australia.


Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Burung Pangling Hitam ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Pangling Hitam adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Pangling Hitam tidak bergigi.

Makanan utamanya ialah ikan-ikan kecil, anak-anak udang, labah-labah air serta semua jenis serangga yang ada di kawasan paya berair cetek.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]
Anak burung Pangling Hitam di Australia

Burung Pangling Hitam membina sarang menggunakan mensiang atau rumput, tetapi turut menggunakan kertas atau plastik berhampiran gigi air atau halangan menjulur dari permukaan air, bertelur sehingga 10 biji telor, kadang kala 2 hingga 3 kali satu musim. Biasanya hanya beberapa ekor yang terselamat. Mereka biasanya menjadi mangsa kepada burung seperti burung Heron dan burung Camar.

Burung Pangling Hitam boleh jadi kejam terhadap anak mereka di bawah tekanan seperti kekurangan makanan. Ia akan menggigit burung muda yang meminta makanan dan mengulangnya sehingga ia berhenti meminta dan mati kelaparan. Sekiranya anak burung terus meminta, anak burung tersebut mungkin akan dipatuk sehingga mati.[3]

Kebanyakkan burung Pangling Hitam boleh didapati di kawasan paya berair cetek serta berumput pendek di dunia lama. Burung Pangling Hitam terdapat di Eropah, Asia, Australia, dan Afrika. Spesies ini kini mengembangkan julatnya sehingga ke New Zealand. Ia merupakan burung menetap di bahagian tengah julatnya, tetapi berpindah jauh di selatan dan barat kebanyakannya ke Asia pada musim sejuk apabila air membeku.

Burung Pangling Hitam adalah sepanjang 32–42 cm (13–17 in) dan berat 585–1,100 g (1.290–2.425 lb), dan hitam keseluruhannya kecuali pada perisai muka putih (yang memberikan timbulnya farsa "sebotak Pangling Hitam", yang dipetik oleh Kamus Inggersi Oxford seawal 1430).[4] Sebagai burung berenang, burung Pangling Hitam memiliki separa selaput pada jari kakinya yang panjang.

Burung muda adalah lebih pucat berbanding burung dewasa, memiliki dada lebih putih, dan ketiadaan perisai muka; bulu pelepah hitam dewasa muncul ketika berusia 3–4 bulan, tetapi perisai hany terbentuk sepenuhnya sekitar usia setahun.

Ia merupakan burung yang bising dengan himpunan bunyi yang luas seperti panggilan meletup, kerisik ("crackling"), atau trompet, sering kali pada waktu malam.

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]
Dewasa dengan sepasang burung muda

The Coot is much less secretive than most of the rail family, and can be seen swimming on open water or walking across waterside grasslands. It is an aggressive species, and strongly territorial during the breeding season, and both parents are involved in territorial defence.[5] Semasa di luar musim mengawan mereka mungkin membentuk kawanan besar, kemungkinannya berkait dengan pengelakan pemangsa.[6]

Burung Pangling Hitam keberatan untuk terbang dan apabila berlepas ia berlari di permukaan air dengan banyak percikan. Ia turut melakukan perkara yang sama, tetapi tanpa benar-benar terbang, apabila bergerak jarak dekat dalam jajahan yang dipertikai. Sebagaimana banyak burung rail lain, penerbangan yang lemahnya tidak memberikan keyakinan, tetapi ketika berpindah, biasanya pada waktu malam, ia mampu menjangkaui jarak yang luas. Kepalanya mengangguk ketika ia berenang, dan membuat terjunan pendek dari lompatan kecil.

Burung Pangling Hitam adalah burung maserba, dan akan makan pelbagai jenis mangsa hidup termasuk telor burung air yang lain, termasuk juga alga, tumbuhan, bijiran dan buah.[7] Ia menunjukkan perbezaan yang agak besar dalam teknik mencari makannya, meragut di darat atau di air. Di air ia mungkin menyelam kepalanya seperti Itik atau menjunam kedalam air untuk mencari makanan.[8]

Pangling Hitam merupakan satu spesies dimana tertaklum pada Agreement on the Conservation of African-Eurasian Migratory Waterbirds (AEWA) applies.

  1. ^ BirdLife International (2012). "Fulica atra". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Condon1975
  3. ^ Attenborough, David (1998 Episode 9, 12 mins ff.). The Life of Birds. Princeton: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-01633-7. Check date values in: |year= (bantuan)
  4. ^ CRC Handbook of Avian Body Masses by John B. Dunning Jr. (Editor). CRC Press (1992), ISBN 978-0-8493-4258-5.
  5. ^ Cave,A.J.; J.Visser; A.C. Perdeck. (1989). "Size and quality of the Coot (Fulica atra) territory in relation to age of its tenants and neighbours". Ardea 77: 87 - 97
  6. ^ van den Hout PJ (2006) "Dense foraging flotillas of Eurasian coots Fulica atra explained by predation by Ganges soft-shell turtle Aspideretus gangeticus?". Ardea 94 (2): 271-274
  7. ^ Martin R. Perrow, J. Hans Schutten, John R. Howes, Tim Holzer, F. Jane Madgwick and Adrian J. D. Jowitt (1997) "Interactions between coot (Fulica atra) and submerged macrophytes: the role of birds in the restoration process". Hydrobiologia 342/343: 241–255 doi:10.1023/A:1017007911190
  8. ^ Brigitte J. Bakker and Robin A. Fordham (1993) "Diving behaviour of the Australian Coot in a New Zealand lake Diarkibkan 2009-01-27 di Wayback Machine". Notornis 40 (2): 131–136

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z