Kordat
Chordata | |
---|---|
![]() | |
Ikan keli kaca (Kryptopterus vitreolus) ialah salah satu kordata yang mempunyai tulang belakang yang boleh dilihat dari luar. Saraf tunjangnya berada di dalam tulang belakangnya. | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Klad: | ParaHoxozoa |
Klad: | Bilateria |
Klad: | Nefrozoa |
Superfilum: | Deuterostomia |
Filum: | Chordata Haeckel, 1874[1][2], Bateson, 1885 |
Kelas | |
Lihat di bawah |
Chordata (bahasa Melayu: kordat[3][sumber lebih baik diperlukan]) ialah filum haiwan merangkumi kelompok Vertebrata yang bertulang belakang dengan beberapa invertebrata (tidak bertulang belakang) yang berkait rapat. Nama filum ini dijejakkan kepada perkataan bahasa Yunani χορδή khorde yang bermaksud "tali" dipakai kepada struktur keras pada belakang haiwan-haiwan dalam filum (chorda dorsalis),[4][5] haiwan-haiwan dalam filum juga mempunyai tunjang saraf yang berongga dan liang-liang di farinks.[6] Filum Kordata dipecahkan kepada tiga subfilum: Urochordata, Cephalochordata, dan Vertebrata.[7] Sesetengah saintis menganggap Hemichordata sebagai subfilum kordata keempat, tetapi biasanya ia dianggap filum berbeza. Larva urochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi ia hilang apabila dewasa. Cephalochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi bukan Vertebrata. Dalam kesemua vertebrat kecuali bagi Hagfish, untaian saraf beronggal dorsal telah diselitupi dengan rawan (cartilaginous) atau vertebrat bertulang dan notochord mengecut dengan banyaknya.
Kordata dan tiga saudara filum, hemichordate, echinoderm dan xenoturbellida, membentuk deuterostomes, iaitu superfilum. Kordata adalah filum terbesar dikalangan deuterostomes.
Kaitan antara kumpulan luas kordata ditunjukkan dalam gambarajah pokok filogenetik di bawah. Kebanyakan taksonomi(kiatgolong) disenaraikan tidak padan dengan kelas traditional disebabkan beberapa kelas tersebut adalah paraphyletik. Cubaan berbeza bagi menyelaras kepelbagaian clade kordata kepada kumpulan lebih kecil, sesetengahnya dengan dan sesetengahnya tanpa taksa paraphyletik, telah meletakkan pengelasan vertebrat dalam keadaan huru-hara (state of flux). Juga, kaitan sesetengah kumpulan kordata tidak difahami dengan baik.
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Skema berikut dari edisi ketiga Vertebrate Palaeontology.[8] Sungguhpun ia berstruktur bagi menunjukkan kaitan evolusi (sama seperti cladistics), ia turut mengekalkan peringkat tradisi yang digunakan dalam taksonomi Linnaean.
- Filum Kordata
- Subfilum Tunicata (Urochordata)— (tunicates, 3,000 spesies)
- Subfilum Cephalochordata (Acraniata)— (lancelets, 30 spesies)
- Subfilum Vertebrata (Craniata) (— haiwan bertulang belakang; 57,674 spesies)
- Kelas 'Agnatha'Paraphyletic (vertebrata tanpa rahang; 100+ spesies)
- Subkelas Myxinoidea (hagfish; 65 spesies)
- Subkelas Petromyzontida (Lampreys)
- Subkelas Conodonta
- Subkelas Pteraspidomorphi (ikan tanpa rahang Paleozoik)
- Ordo Anaspida
- Ordo Thelodonti (ikan tanpa rahang Paleozoik)
- Infrafilum Gnathostomata (vertebrata bertaring)
- Kelas Placodermi (Paleozoic armoured forms)
- Kelas Chondrichthyes (ikan berawan; 900+ spesies)
- Kelas Acanthodii (yu berduri Paleozoik)
- Kelas Osteichthyes (ikan bertulang; 30,000+ spesies)
- Subkelas Actinopterygii (ikan bersirip ruji; lebih kurang 30,000 spesies)
- Subkelas Sarcopterygii (ikan bersirip cuping)
- Superkelas Tetrapoda (vertebrata berkaki empat; 18,000+ spesies)
- Kelas 'Agnatha'Paraphyletic (vertebrata tanpa rahang; 100+ spesies)
Phylogeni
[sunting | sunting sumber]Chordata |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota:
- Garis menunjukkan kemungkinan kaitan revolusi, termasuk taxa pupus, yang diwakili dengan pisau belati (dagger), †. Sesetengahnya adalah invertebrata. Kordata merupakan phylum.
- Kedudukan (hubungan) bagi clades Lancelet, Tunicate, dan Craniata adalah seperti dilaporkan[9] dalam journal saintifik Nature.
Asal
[sunting | sunting sumber]Asal kordata pada masa ini tidak diketahui. Kordata yang jelas dapat dikenal pasti adalah ikan mudah (reduced fish)- atau spesimen seperti lancelet dari Kambria. Kebanyakan spekulasi mengenai asal mereka jatuh kedalam salah satu kategori berikut:
- Haiwan seperti cacing yang tinggal dalam mendakan yang bertukar memiliki badan lebih leper dan/atau sirip bagi berenang.
- Makan mengguna penapis tiub (sessile) yang berubah menjadi haiwan bebas berenang dengan menggunakan ridip. (Tunicates, dianggap sebagai kordata, adalah makan mengguna penapis tiub sessile yang memiliki larva seperti berudu.)
- Larva berenang atau terapung sejenis haiwan yang akhirnya mengekalkan ciri berenang sehingga dewasa.
Notochord menjadi kaku dalam kebanyakan kordata mungkin telah berubah bagi mebantu keberkesanan pengucupan otot berselang bagi berenang (dalam pergerakan bentuk S). dalam kata lain, bagi melenturkan tubuh, otot memerlukan struktur kaku bagi manariknya, dan notochord (sekurang-kurangnya sebelum tulang belakang) adalah struktur asas bagi memberikan pengukuhan ini. Ketiadaan bahagian badan kaku mungkin menyebabkan haiwan menjadi pendek semasa pengucupan otot dan bukannya peregrakan lentur yang diperlukan bagi berenang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Haeckel, E. (1874). Anthropogenie oder Entwicklungsgeschichte des Menschen. Leipzig: Engelmann.
- ^ Nielsen, C. (July 2012). "The authorship of higher chordate taxa". Zoologica Scripta. 41 (4): 435–436. doi:10.1111/j.1463-6409.2012.00536.x. S2CID 83266247.
- ^ "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-02-12. Dicapai pada 2025-02-12.
- ^ Jordan & Verma 2010, m/s. 1.
- ^ Wake, D. B. (1979). "The endoskeleton: The comparative anatomy of the vertebral column and ribs" (PDF). Dalam Wake, M. H. (penyunting). Hyman's Comparative Vertebrate Anatomy. Chicago, Illnois, AS: University of Chicago Press. m/s. 192.
- ^ Jordan & Verma 2010, m/s. 2.
- ^ Jordan & Verma 2010, m/s. 6.
- ^ Benton, M.J. (2004). Vertebrate Palaeontology, Third Edition. Blackwell Publishing, 472 pp. The classification scheme is available online
- ^ The amphioxus genome and the evolution of the chordate karyotype, Nicholas H. Putnam, et al. Nature vol 453 p. 1064-1071, June 19, 2000
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Jordan, E. L.; Verma, P. S. (2010). Chordate Zoology. New Delhi, India: S. Chand Publishing. ISBN 978-81-219-1639-4.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kordat |