17 Mac
Penampilan
(Dilencongkan daripada Mac 17)
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
17 Mac merupakan hari ke-76 (hari ke-77 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 289 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Santo Patrick.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 45 SM - Perang saudara Caesar: Julius Caesar mencapai kemenangan ketenteraan terakhirnya dalam Pertempuran Munda, menewaskan angkatan tentera Optimat yang diketuai Titus Labienus dan Pompey si Lebih Muda.
- 624 - Sejarah Islam: Orang-orang Muslim Madinah menewaskan orang-orang Quraisy Makkah di Badar, Arab Saudi kini.
- 1776 – Revolusi Amerika: Tentera British mengosongkan Boston, Massachusetts setelah George Washington dan Henry Knox menghalakan meriam ke arah bandar tersebut.
- 1950 - Penemuan kalifornium, salah satu unsur transuranium radioaktif, diumumkan penyelidik Universiti California, Berkeley.
- 1957 - Sebuah pesawat Douglas C-47 terhempas di lereng Gunung Manunggal, mengorbankan Presiden Filipina Ramon Magsaysay dan 24 orang lagi.
- 1958 - Satelit pertama berkuasa suria, Vanguard 1 (gambar) dilancarkan. Ia merupakan objek dilancarkan manusia tertua yang masih mengelilingi Bumi hari ini.
- 1969 - Golda Meir daripada Parti Buruh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Israel.
- 2000 – Lebih 800 ahli kultus Gerakan Pemulihan Sepuluh Rukun Tuhan di Uganda terkorban dalam apa yang dilihat sebagai pembunuhan/bunuh diri beramai-ramai yang diatur oleh para ketua kultus ini.
- 2004 – Pergolakan di Kosovo: Lebih 22 orang terbunuh, 200 lagi cedera, serta musnahnya 35 tempat suci Ortodoks Serbia di Kosovo dan dua masjid di Belgrade dan Nis.
- 2008 – Gabenor New York Eliot Spitzer meletak jawatan setelah terlibat dalam skandal yang melibatkan pelacur golongan atasan. Jawatannya diambil alih oleh Leftenan Gabenor David Paterson.
- 2009 – Bekas datuk bandar Antananarivo Andry Rajoelina dilantik oleh tentera Madagaskar sebagai Presiden, menggantikan Marc Ravalomanana.
- 2010 – Tapak Warisan Dunia Uganda Kuburan Kasubi (gambar), di mana raja-raja Buganda dikuburkan, musnah terbakar.
- 2011 – Perang saudara Libya: Majlis Keselamatan PBB menerima Resolusi 1973, membenarkan campur tangan ketenteraan bagi melindungi orang awam di Libya.
- 2013 – Formula Satu musim 2013 bermula dengan Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Australia.
- 2014 - Penerbangan MH17 Malaysia ditembak jatuh di Donetsk Oblast, Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1957 - Mohammad Nizar Jamaluddin, seorang Menteri Besar Perak ke-10 dan 12
- 1983 - Raul Meireles, pemain bola sepak FC Porto
- 1989 - Shinji Kagawa, pemain bola sepak Manchester United F.C.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1406 - Ibnu Khaldun, seorang pakar sains Islam
- 1957 - Ramon Magsaysay, Presiden Filipina ke-7