Pergi ke kandungan

Kim Jong-un

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kim Jong Un
김정은
Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea
Menyandang jawatan
11 April 2012
Didahului olehKim Jong Il
Presiden Hal Ehwal Negara
Menyandang jawatan
29 Jun 2016
Perdana MenteriChoe Yong-rim
Pak Pong-ju
Kim Jae-ryong
Kim Tok-hun
Naib Presiden PertamaChoe Ryong-hae
Didahului olehKim Jong-il
Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Korea Utara
Menyandang jawatan
30 Disember 2011
Didahului olehKim Jong-il
Maklumat peribadi
Lahir (1982-01-08) 8 Januari 1982 (umur 42)
Korea Utara Pyongyang, Korea Utara
Parti politikParti Pekerja Korea
Tempat belajarUniversiti Kim Il Sung
Akademi Tentera Universiti Kim Il Sung
TandatanganTandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Korea Utara
Tahun khidmat2010–kini
PangkatDaejang (Jeneral)
Kim Jong-un
Chosŏn'gŭl김정은
Hancha金正恩[1]
McCune–ReischauerKim Chŏng'ŭn
Perumian SemakanGim Jeong-eun

Kim Jong Un [2] (Hangul: 김정은; Hanja:金正恩) juga dieja ,sebagai Kim Jong-un, Kim Jong-eun atau Kim Jung-eun,[3] (lahir 8 Januari 1982),[4] merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung selepas kematian bapa beliau, iaitu Pemimpin Agung Korea Utara yang kedua, Kim Jong Il.[5]

Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada pendahulunya, Kim Jong Il dan isterinya Ko Young-hee.[6] Sejak akhir tahun 2010, Kim Jong Un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara, dan selepas kematian bapanya, beliau diumumkan sebagai "Pewaris Agung" oleh media Korea Utara.[7] Di upacara peringatan Kim Jong-il, presiden Korea Utara, Kim Yong Nam mengisytiharkan bahawa "Rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Un merupakan pemimpin agung parti, tentera dan negara yang mewarisi fahaman, kepimpinan, keperibadian, nilai-nilai murni, kecekalan hati dan keberanian rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Il".[8] Kim tidak dijangka memegang jawatan secara rasmi sehingga para pegawai parti, parlimen dan pemerintahan atasan bersidang untuk mengesahkan perlantikannya selaku Setiausaha Agung Parti Buruh Korea dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.[8][9] Pada 30 Disember 2011, Politburo Parti Buruh Korea melantik Kim sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea secara rasmi.[10] Kim Jong Un juga pernah direkodkan telah membunuh pakciknya untuk merampas kuasa.

Dalam Tentera Rakyat Korea, beliau berpangkat Daejang (Hangul: 대장; Hanja:大將) yang bersamaan dengan Jeneral.[11] Kim dipercayai mengkaji sains komputer secara persendirian di Korea Utara.[12] Beliau meraih dua ijazah, iaitu satu dalam bidang fizik di Universiti Kim Il-sung dan satu lagi di Akademi Tentera Kim Il-sung|Akademi Tentera Kim Il Sung.[13][14]

  1. ^ (Korea)"(北 막오른 김정은 시대)조선중앙통신 보도, 金正銀(X) 金正恩". Naver. 2 Oktober 2010. Dicapai pada 2 Disember 2010.
  2. ^ (Korea)""청년대장 김정은"... 북 후계자 시사 벽보 찍혔다". Kyunghyang Shinmun. 25 September 2009. Dicapai pada 2 Disember 2010.
  3. ^ Note: until recently, Jong Eun's name had been spelled differently in both Korean and English, causing him to become known as Jong-Woon. The Korean News Service refers to him as Kim Jong Un, while South Korean media is using Eun presently. Daily NK.
  4. ^ "Profile: Kim Jong-un". BBC News. 22 September 2010. Dicapai pada 28 September 2010.
  5. ^ North Korea tells rival SKorea and other nations not to expect any change, despite new leader. The Associated Press (via Yahoo! News). 29 Disember 2011. Ca.news.yahoo.com. Diambil pada 1 Januari 2012.
  6. ^ Moore, Malcom.Jong-un: a profile of North Korea's next leader. The Daily Telegraph. 2 Jun 2009
  7. ^ Alastair Gale (18 Disember 2011). "Kim Jong Il Has Died". The Wall Street Journal Asia. Dicapai pada 19 Disember 2011.
  8. ^ a b "Kim Jong Il son declared 'supreme leader' of North Korea's people, party and military". Washington Post. 28 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-10. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  9. ^ McCurry, Justin (29 Disember 2011). "Kim Jong-un declared 'supreme leader' in North Korea". The Guardian. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AFP2011
  11. ^ "Is North Korea following the Chinese model?". BBC News. 29 September 2010. Dicapai pada 30 September 2010.
  12. ^ "Will Korea's Computer-Savvy Crown Prince Embrace Reform?". Science. 330 (6001): 161. 8 Oktober 2010. doi:10.1126/science.330.6001.161. (link)
  13. ^ Kim Jong Un makes first appearance since father’s death (Los Angeles Times, 20 Disember 2011). Latimesblogs.latimes.com (2011-12-20). Retrieved on 1 January 2012.
  14. ^ Powell, Bill. (2011-12-22)The Generals Who Will Really Rule North Korea (TIME, 22 Disember 2011) Diarkibkan 2013-08-23 di Wayback Machine. Time.com. Diambil pada 1 Januari 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]