Pergi ke kandungan

Stesen MRT Taman Midah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Midah Rapid KL
تامن ميده
LokasiStesen MRT Taman Midah, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028Koordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T305, 400, T402, 450
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan1355 petak parkir kereta dan 259 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK24 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen MRT Taman Midah ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Midah yang terletak di selatan stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Taman Bukit Mewah.[2]

Ciri-ciri Stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur dengan LP 1 Jalan Cheras di sebelah timur stesen. Di sebelah selatan stesen adalah Taman Midah manakala di sebelah tenggara stesen adalah Taman Sri Bahtera. Juga terletak berhampiran stesen adalah Hospital Rehabilitasi Cheras, Krematorium DBKL Cheras dan Tanah Perkuburan Kristian Cheras.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Taman Mutiara)
KG Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Taman Pertama)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1355 petak parkir kereta dan 259 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T305, 400, T402, 450 berkhidmat di stesen ini.

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Taman Midah — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  4. ^ "Park N' Ride — MSPR Taman Midah". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.