Stesen MRT Putra Permai
Putra Permai | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran deras (MRT) | | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Putra Permai, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 2°58′59″N 101°39′39″E / 2.983014°N 101.660711°EKoordinat: 2°58′59″N 101°39′39″E / 2.983014°N 101.660711°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T544, T545 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Kod stesen | PY37 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | Mac 2023 | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Nama lama | Taman Putra Permai | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Putra Permai ialah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini akan dibuka rasmi pada Januari 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Taman Equine dan Stesen MRT 16 Sierra serta mempunyai kod stesen iaitu PY37.[1] Seperti kebanyakkan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek pembinaan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah dimulakan secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Taman Putra Permai" disebutkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh MRT Corp di Youtube, dengan tajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT Taman Putra Permai ialah S32.[2][3] Dalam beberapa tahun kemudian, nama stesen ini telah diubah menjadi nama stesen sedia ada, iaitu "Putra Permai".[4]
Stesen MRT Putra Permai serta Stesen MRT Taman Equine terletak di Pakej S208.[5][6] Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera, S.N. Akmida Holdings Sdn Bhd pada 19 September 2017, dengan jumlah sebanyak RM219.7 juta.[5][6]
Stesen MRT Putra Permai akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada bulan Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[7] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[8] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[7][9][10]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Putra Permai (Jalan Persekutuan 3215), Seri Kembangan, Selangor. Stesen MRT Putra Permai akan menghubungkan penduduk sekitar di kejiranan Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Komersial The Atmosphere, Taman Prima Tropika, Alam Putra, Lestari Perdana 1, Lestari Perdana 2, Villa Perdana dan Karisma Hill. Tereltak berhampiran stesen adalah Giant Seri Kembangan, Kompleks Pasar Borong Selangor, Sfera Residency, Pangsapuri Cahaya Permai, Pangsapuri Suria Permai, Pangsapuri 3 Elements, Pangsapuri Mawar Jaya, dan Arab Mall.[11][12]
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform MRT |
PY Arah Selatan | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (16 Sierra) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
PY Arah Utara | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY04 Kwasa Damansara (Taman Equine) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Putra Permai tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (Park and Ride).[1] Stesen MRT ini juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[12]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Gambar-gambar luar | |
---|---|
Permandangan udara pembinaan Pintu B bagi Stesen MRT Putra Permai pada Mac 2021, MRT Corp | |
Pemasangan papan tanda nama stesen di Pintu B pada Mac 2022, MRT Corp |
Mengikut rancangan pelan tapak stesen, Stesen MRT Putra Permai mempunyai dua pintu masuk dan keluar.[4]
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Putra Permai terletak di Hab MRT Putra Permai Pintu A (kod hentian bas – SJ884) sahaja. Terdapat dua laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[13]
Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal | Destinasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
T544 | Koridor Sungai Besi | Rapid KL | SJ884 MRT Putra Permai Pintu A | ↺ | Taman Lestari Puchong | |
T545 | SJ884 MRT Putra Permai Pintu A | ↺ | LRT Puchong Perdana |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b c "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2020.
- ^ a b MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
- ^ a b M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ a b "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
- ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
- ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Putra Permai". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Stesen MRT Putra Permai di Wikimedia Commons