Stesen MRT Kampung Selamat
Lokasi | Stesen Kampung Selamat, Jalan Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°11′50.53″N 101°34′42.33″E / 3.1973694°N 101.5784250°EKoordinat: 3°11′50.53″N 101°34′42.33″E / 3.1973694°N 101.5784250°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | |||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang (Ditutup Jun 2022) 12 Laluan Putrajaya (Dibuka Jun 2022) | |||||||||||||||
Platform | 2 | |||||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T104 | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | PY03 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 9 16 Disember 2016 12 16 Jun 2022 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen MRT Kampung Selamat adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Sungai Buloh-Kajang dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut.[1] Nama stesen diambil daripada kawasan berhampiran iaitu Kampung Selamat yang terletak di bahagian timur Jalan Sungai Buloh. Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kampung Baru Sungai Buloh.[2]
Walaupun stesen ini adalah stesen Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen ini akan bertukar menjadi stesen Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) apabila laluan itu bermula operasinya pada November 2021 (mengikut perancangan stesen ini sepatutnya dibuka pada Julai 2021),[3] dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga stesen Kampung Batu.[4]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di sebelah timur Jalan Sungai Buloh berdekatan simpang Jalan Sungai Buloh dan Jalan Welfare. Di sebelah timur laut stesen adalah Kampung Selamat manakala di sebelah barat stesen adalah Kampung Baru Sungai Buloh. Berdekatan dengan stesen adalah kompleks pembangunan bercampur SqWhere dan D'sara Sentral.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
PY Arah Selatan | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY01 (Kwasa Damansara) | |
PY Arah Utara | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Sungai Buloh) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[5]
Pintu masuk dan keluar
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kampung Selamat. Pintu A terletak di Jalan Sungai Buloh LP 15 untuk ke arah selatan atau berdekatan dengan Kampung Selamat. Pintu B terletak di Jalan Sungai Buloh LP 15 untuk ke arah utara dan Pintu C terletak di Jalan Welfare. Terdapat juga jambatan pejalan kaki yang dibina yang akan menghubungkan D'sara Sentral dengan Stesen MRT Kampung Selamat; pintu masuk/keluar ini belum dibuka untuk kegunaan orang ramai.
Stesen Laluan Putrajaya | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Jalan Sungai Buloh (Selatan) | Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi | |
B | Jalan Sungai Buloh (Utara) | Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi | |
C | Jalan Welfare | Hentian sebelah untuk teksi serta kenderaan peribadi | |
Jambatan pejalan kaki untuk ke D'sara Sentral | D'sara Sentral | ||
Jambatan pejalan kaki untuk ke SqWhere | SqWhere |
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Kampung Selamat terletak di Hab MRT Kampung Selamat Pintu B (kod hentian bas – SA1016) sahaja. Terdapat satu sahaja laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[6]
Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal | Destinasi | |
---|---|---|---|---|---|
T104 | Koridor Jalan Ipoh | Rapid KL | SA1016 MRT Kampung Selamat Pintu B | ↺ | Kampung Baru Sungai Buloh |
Galeri
[sunting | sunting sumber]Stesen
[sunting | sunting sumber]-
Kod berserta nama stesen Kampung Selamat dari Jalan Sungai Buloh.
-
Jalan untuk memasuki stesen Kampung Selamat.
-
Platform stesen.
-
Permandangan stesen dari Pintu A.
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]-
Bangunan pintu A dari jambatan pejalan kaki ke aras legar.
-
Eskalator dan tangga di Pintu A.
-
Bangunan pintu B stesen dari Kondominium Damansara Sentral.
-
Lif, eskalator dan tangga di Pintu B.
-
Pintu B stesen pada waktu malam.
-
Pintu C stesen di Jalan Welfare.
-
Hanya tangga yang disediakan di Pintu C.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ "Kampung Selamat — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.