Stesen BRT Mentari
Lokasi | Stesen Mentari, Jalan PJS 8/9, Sunway Mentari, 46150 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°04′34.5″N 101°36′36.8″E / 3.076250°N 101.610222°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | B1 BRT Laluan Sunway | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Sambungan | Sunway Mentari (Barat) | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | B1 Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SB2 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | B1 2 Jun 2015 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen BRT Mentari ialah stesen BRT yang terletak di Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di atas Jalan PJS 8/9, Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Di timur stesen adalah Sunway Mentari manakala di barat stesen adalah PJS 10. Juga terletak berhampiran adalah Masjid al-Husna, Gereja Methodist Subang (TRAC), pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Pangsapuri Kayangan, Apartment Makmur, Bandar Sri Subang, PJS 8 dan PJS 10.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]P Platform |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri | |
SB Arah Selatan | ← B1 BRT Laluan Sunway menghala ke SB7 Sunway-Setia Jaya | |
SB Arah Utara | → B1 BRT Laluan Sunway menghala ke SB7 USJ 7 (Sunway Lagoon) | |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri | ||
M | Aras mezanin | Jejambat merentasi platform |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.
Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sunway Mentari (Barat) dimana bas RapidKL laluan 783 berkhidmat di hentian bas tersebut.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bernama (2019-09-30). "RapidKL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baru 2020". Malaysia Kini. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ "Hanya 16 minit dari Sunway ke USJ7". Harian Metro. New Straits Times Press. 2015-09-06. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.