Pergi ke kandungan

KLIA Ekspres

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
6 KLIA Ekspres
KLIA ايکسڤريس
KLIA ekspres melalui KB03 Salak Selatan.
Umum
JenisEkspres lapangan terbang/Express rail
LokasiKuala Lumpur - KLIA
Stesen3
Nombor laluan6
Operasi
Dibuka14 April 2002
PengendaliExpress Rail Link
Sistem pengaliranDengan pemandu
Stok kereta apiDesiro ET 425 M Electric Multiple Unit
Teknikal
Panjang aliran57 km
Tolok landasan1 435 mm Standard gauge
Peta laluan
5 Up arrow
8 Up arrow
KL Sentral Parking kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KTM ETS
1 2 Down arrow
Bandar Tasik Selatan
Putrajaya Sentral
Kompleks Rel Udara (Depot)
Salak Tinggi
KLIA7 Aerotrain Right arrow
KLIA27

KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api laju tanpa henti yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya Express Rail Link Sdn Bhd.

Selain KLIA Ekspres, Express Rail Link Sdn Bhd turut menyediakan perkhidmatan rel pengantara, KLIA Transit.

Latarbelakang

[sunting | sunting sumber]

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat Jerman dan Malaysia iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Krisis kewangan yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walau bagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.

KLIA Ekspres

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi secara rasmi pada 14 April 2002 menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL tanpa henti. Tempoh perjalanannya cepat dan singkat menjadikan ia pengangkutan awam pilihan penumpang dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Ekspres ialah penumpang-penumpang syarikat penerbangan, para pelancong dan ahli-ahli perniagaan.




Model:

====
Pengeluar:
Bilangan kereta api:
Bilangan gerabak: ====

=====
Dimensi:
• Panjang
• Lebar
• Tinggi
Berat:
Sistem elektrik/voltan:
Daya pemecutan:
Kelajuan maksimum:
Kelajuan maksimum komersial:
Bilangan penumpang:
Landasan:
• Panjang
• Lebar =====

Desiro ET 425 M Electric Multiple Unit (EMU)
Siemens AG
4
2 gerabak penarik
2 gerabak pengikut

68700 mm
2840 mm
4160 mm
120 metrik tan
25 kV / 50 Hz
1.0 m/s²
176 km/j
160 km/j


156 duduk


57 km
1435 mm

Lukisan rekaan KLIA Ekspres

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dengan menggunakan lapan buah tren elektrik empat gerabak Desiro, sebuah model kereta api buatan dan rekaan syarikat dari Jerman. Perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit beroperasi di atas landasan dan menggunakan sistem yang sama. Selain itu, tren kedua-dua perkhidmatan rel tersebut berkongsi ciri-ciri fizikal dan luaran yang sama. Misalnya, bahagian hadapan tren diubahsuai bagi kelihatan lebih aerodinamik dan menarik. Ia satu perbezaan yang minima jika dibandingkan dengan model rekaan asas tren tersebut.

Kesemua tren KLIA Ekspres dilengkapi dengan kemudahan tandas, ruang khusus bagasi daftar masuk dan ruang simpanan bagasi dalam gerabak. Setiap unit tren KLIA Ekspres mampu membawa sehingga 156 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia dapat digandakan sehingga lebih 300 orang penumpang dengan keupayaan tingkat naik lapan gerabak bagi setiap unit tren berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Ekspres. Akhir sekali, pintu keluar masuk tren KLIA Ekspres dibuka secara otomatik berbeza dengan operasi pintu KLIA Transit yang dibuka secara manual.

Tambang & tiket

[sunting | sunting sumber]

KLIA Ekspres menggunakan sistem tiket tertutup yang memerlukan penumpang membeli tiket perjalanan sebelum menaiki dan penggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres. Kadar tambang KLIA Ekspres pula adalah kadar tambang tetap yang ditentukan oleh Express Rail Link Sdn Bhd dengan persetujuan kerajaan Malaysia mengikut kumpulan umur penumpang iaitu dewasa dan kanak-kanak.

Pembelian tiket perjalanan KLIA Ekspres boleh dilakukan di kaunter jualan tiket Aras 1, Balai Perlepasan, Terminal Udara KL (KL CAT), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Aras 1, Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa KL dengan pilihan tiket perjalanan sehala atau dua hala. Selain itu, penumpang-penumpang Penerbangan Malaysia boleh membeli tiket perjalananan sehala KLIA Ekspres melalui khidmat membeli-belah dalam pesawat.

Mesin tiket otomatik

[sunting | sunting sumber]

Selain daripada kaunter jualan tiket, pembelian tiket perjalanan KLIA Ekspres boleh dilakukan di mesin tiket otomatik di Terminal Udara KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang menerima pembayaran secara tunai.

  • Panduan penggunaan dan pembayaran mesin tiket otomatik
Berikut adalah panduan penggunaan dan pembayaran mesin tiket otomatik KLIA Ekspres.
Mesin tiket otomatik KLIA Ekspres
Mesin tiket otomatik
  • Mesin tiket otomatik
  1. Pilih destinasi dan kadar tambang dewasa atau kanak-kanak dengan menekan butang pilihan. Harga tambang akan dipaparkan pada penal paparan tambang harga.
  2. Lakukan pembayaran dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia sahaja. Mesin menerima pembayaran tunai sahaja.
  3. Baki pembayaran tunai akan dipulangkan jika ada.
  4. Ambil tiket perjalanan KLIA Ekspres.

Harga tambang

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah jadual harga tambang perjalanan sehala dan dua hala KLIA Ekspres.


Stesen perhentian

[sunting | sunting sumber]

Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah sebuah hab pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 16 April 2001 sebagai ganti kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Sentral Kuala Lumpur menghubungkan rangkaian perkhidmatan rel, bas dan teksi di bawah satu bumbung.

Terminal Udara KL

Terminal Udara KL(KL Sentral)

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan KLIA Ekspres di Stesen Sentral Kuala Lumpur beroperasi melalui Terminal Udara KL (KL CAT) yang dibuka kepada orang ramai pada 14 April 2002. Ia menggunakan dua pelantar khusus yang berasingan untuk perlepasan dan ketibaan. Selain daripada perkhidmatan KLIA Ekspres, Terminal Udara KL juga menyediakan kemudahan daftar masuk bagasi dan penumpang Penerbangan Malaysia, Cathay Pacific Airways dan Royal Brunei Airlines.

  • Kemudahan
Pelantar perlepasan dan ketibaan KLIA Ekspres di Terminal Udara KL direka khusus untuk penumpang dari setiap kumpulan umur dan pengguna. Ia juga mesra pengguna kurang upaya. Antara kemudahan pengguna kurang upaya yang disediakan ialah lif, tandas dan jubin lantai penentu arah bagi memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan serta beberapa kemudahan asas yang lain. Selain itu, khidmat bellboy percuma turut disediakan.
Rekaan kedua-dua pelantar tersebut bercirikan konsep pelantar tertutup sesisi. Bahu pelantar dilindungi dinding penghadang berkaca dan pintu keluar masuk pelantar otomatik. Ia bagi menghalang edaran udara berhawa dingin keluar dan sebagai langkah keselamatan sampingan.
  • Butiran
Pertukaran:
Kod stesen/tiket: XKL
Aras lantai: 2
Pelantar: tertutup/sesisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:



Stesen KLIA

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan KLIA Ekspres berlepas dan tiba dari Stesen KLIA di Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia beroperasi di pelantar khusus dan berasingan dengan KLIA Transit.

  • Kemudahan
Perkhidmatan KLIA Ekspres di Lapangan Terbang Antarabangsa KL beroperasi melalui pelantar khusus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Selain itu, beberapa kemudahan tambahan sampingan terutamanya untuk pengguna kurang upaya turut disediakan di Stesen KLIA.
  • Butiran
Aras lantai: 2
Pelantar: tertutup/dwisisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:

Fakta ringkas

[sunting | sunting sumber]
  • Rakaman suara pengumuman yang digunakan di dalam tren dan stesen perhentian KLIA Ekspres adalah rakaman suara personaliti berita terkenal Malaysia, Yusanani Yushak.
  • KLIA Ekspres menyediakan perkhidmatan rel yang terpantas di Asia Tenggara.
  • Projek rel penghubung bandar raya Bangkok dan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi bakal menggunakan model kereta api yang sama seperti tren KLIA Ekspres.
  1. Architecture Asia (03/2004). Issue 1 / March 2004 - May 2004. Kuala Lumpur. Pusat Binaan Sdn Bhd
  2. International Railway Journal (08/1999). Kuala Lumpur Airport Rail Link To Open In 2002. United Kingdom. Simmons-Boardman Publishing Corporation
  3. Siemens Transportation Systems (02/2003). Express Rail Link Kuala Lumpur Turnkey Project. Siemens AG
  • Rujukan digital
  1. (Bahasa Inggeris) - www.kliaekspres.com 26 Mac 2007

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]