Nasib
Nasib bermaksud hal yang terjadi yang bukan hasil pemikiran manusia dan tidak dapat dicegah oleh daya upaya manusia. Kata seperti bagi nasib ialah kismat, suratan dan juga tuah. Nasib merupakan sesuatu yang tidak menentu.
Soal Nasib dan Agama
[sunting | sunting sumber]Nasib tidak boleh diubah melalui kuasa manusia, tetapi manusia boleh mengubah nasib melalui kuasa yang lain. Daripada itu, agama lazimnya dianggap sebagai saluran untuk mengubah nasib. Ini adalah kerana agama dari satu segi ialah cara untuk berhubung dengan kuasa luar biasa. Dalam konteks ini, Kuasa luar biasa seperti Tuhan diharapkan dapat mengubah pekara yang tidak dikuasai oleh manusia. Contohnya, apabila seseorang itu menghadapi nasib yang buruk seperti mendapat sakit yang tidak diubati, barangkali beliau akan berdoa kepada Tuhan agar kuasa luar biasa ini dapat menyembuhkan badannya.
Terdapat juga mereka yang berpaling kepada sihir untuk mengubah nasib mereka. Dalam kes ini, sihir dianggap dapat memaksa sesuatu kejadian berlaku seperti yang dikehendaki oleh penyihir.
Pandangan Manusia Mengenai Nasib
[sunting | sunting sumber]Setiap manusia mempunyai pandangan diri mereka mengenai nasib. Sikap merekalah yang akan mempengaruhi pandangan mereka terhadap nasib. Contoh bagi pandangan ini adalah seperti berikut:
- Segala yang berlaku di atas diri manusia adalah nasib.
- Segala yang berlaku di atas diri manusia adanya hasil daripada tindakan manusia, tetapi nasib yang menentukan hasilnya.
- Nasib tidak wujud sama sekali, segala yang berlaku adalah kerana tindakan manusia.