Pergi ke kandungan

Inersia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Inersia (Jawi: اينرسيا serapan bahasa Latin inertia terbitan kata iners "kelambat-lambatan; kelembaman; kelembikan; kemalasan"[1]), kelembaman, kelengaian atau sifatekun[2] (Jawi: صفتکون lakuran kata صفة تکونsifat tekun) ialah sifat semula jadi suatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan kepada keadaan atau bentuk asalnya sama ada dalam keadaan pegun ataupun dalam keadaan bergerak.

Isaac Newton dalam buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica mentakrifkan inersia sebagai suatu daya semulajadi (vis insita) di mana daya tersebut:[3]

...est potentia resistendi, qua corpus unumquoque; quantum in se est, perseverat in statu suo vel quiescendi vel movendi uniformiter in directum. Hæc semper proportionalis est suo corpori, neq; differt quicquam ab inertia Massæ, nisi in modo concipiendi. Per inertiam materiæ fit ut corpus omne de statu suo vel quiescendi vel movendi difficulter deturbetur.
("...daya ketahanan dipunyai setiap benda yang berusaha memelihara keadaan semasanya saat itu, sama ada ia diam atau bergerak lurus ke hadapan. Hal ini seringkalinya sama kadar timpal dengan jasad; tiada satupun yang membeza dari kelembaman Jasad tersebut melainkan sifat kejadiannya. Semua jasad dikekang dari sifat yang kaku atau bergerak kerana [keadaan yang] malas.)

Contoh keadaan inersia:

  • Apabila buku di tengah satu longgok tersusun ke atas disentap , buku yang lain di atasnya akan terjatuh ke bawah. Pada awalnya buku-buku tersebut adalah pegun.Inersianya menentang perubahan dalam keadaan pegun, maka apabila buku di tengah disentap, buku-buku di atas tidak tertarik bersama-sama.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "ĭnertia". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 429.
  2. ^ Istilah Kejuruteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2002. m/s. 341. ISBN 983-62-0107-6.
  3. ^ Newton, Isaac (1686). Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica (dalam bahasa Latin). Persatuan Diraja. m/s. 2.