Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/November
Templat:NovemberCalendar2024Source
1 November: Hari Kebangsaan di Algeria (1954); Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981); Hari Para Orang Kudus dalam Kristian Barat.
- 1520 – Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama melayari Selat Magellan.
- 1755 – Gempa bumi dan tsunami memusnahkan Lisbon, membawa kepada kelahiran kejuruteraan gempa bumi dan seismologi moden.
- 1800 – John Adams menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama mendiami Executive Mansion, kini dikenali sebagai Rumah Putih.
- 1954 – Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan.
- 1963 – Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio (gambar) terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.
Hari-hari sebelum: 31 Oktober – 30 Oktober – 29 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
2 November: Hari Orang Mati di Mexico; Hari Para Mendiang dalam Kristian Barat.
- 1917 – Arthur Balfour mengeluarkan Perisytiharan Balfour, yang mengumumkan sokongan British untuk petempatan orang Yahudi di Palestin.
- 1936 – Stesen televisyen BBC Television Service melancarkan perkhidmatan televisyen "definisi-tinggi" awam tetap pertama di dunia.
- 1949 – Konferensi Meja Bundar tamat dengan Belanda bersetuju menyerahkan hak kedaulatan Hindia Timur Belanda kepada Republik Indonesia Syarikat.
- 1964 – Raja Arab Saudi Saud ibn ’Abd al ’Aziz disingkirkan, dan digantikan oleh adik tirinya Raja Faisal.
- 2000 – Anak kapal pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (gambar jata).
Hari-hari sebelum: 1 November – 31 Oktober – 30 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
3 November: Hari Kemerdekaan di Panama (1903), Dominika (1978) dan Persekutuan Mikronesia (1986); Hari Kebudayaan di Jepun.
- 644 – Khalifah Umar Al-Khattab ditikam hingga membawa maut oleh Abu Lu'lu'ah, di Masjid al-Nabawi, Madinah.
- 1838 – Akhbar terbitan lebar sehelai harian bahasa Inggeris dengan edaran terbanyak di dunia The Times of India diasaskan.
- 1848 – Perlembagaan baharu yang disediakan Johan Rudolf Thorbecke (gambar) diisytiharkan, membataskan kuasa raja Belanda dengan banyak.
- 1971 – Manual Pengaturcara UNIX diterbitkan buat pertama kali.
- 2007 – Presiden dan Ketua Turus Tentera Darat Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
Hari-hari sebelum: 2 November – 1 November – 31 Oktober
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
4 November: Hari Bendera di Panama; Hari Perpaduan di Rusia.
- 1791 – Perang Indian Barat Laut: Gabungan Barat orang Indian menang besar ke atas Amerika Syarikat dalam Pertempuran Wabash.
- 1852 – Count Cavour (gambar) menjadi Perdana Menteri Kerajaan Piedmont-Sardinia, yang kemudian berkembang menjadi Kerajaan Itali.
- 1979 – Ratusan pelajar Iran yang menyokong Revolusi Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Teheran, memulakan krisis tebusan 444 hari.
- 1995 – Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dibunuh oleh Yigal Amir di Tel Aviv.
- 2008 – Barack Obama menjadi orang Amerika Afrika pertama memenangi pilihan raya presiden A.S.
Hari-hari sebelum: 3 November – 2 November – 1 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 November: Malam Guy Fawkes di Great Britain dan beberapa negara Komanwel.
- 1688 – Putera William dari Orange yang bermazhab Protestan mendarat di Brixham, Devon, dalam perjalanan menggulingkan bapa mertuanya Raja James II yang Katolik.
- 1838 – Kejatuhan Republik Persekutuan Amerika Tengah bermula apabila Nicaragua keluar daripada kesatuan tersebut.
- 1872 – Pejuang hak mengundi Susan B. Anthony menjadi wanita pertama mengundi dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
- 1917 – St. Tikhon dari Moscow dilantik sebagai Bapa Moscow dan Gereja Ortodoks Rusia.
- 2007 – Kapal angkasa lepas tanpa manusia China, Chang'e 1 (gambaran artis), memasuki orbit qamari.
Hari-hari sebelum: 4 November – 3 November – 2 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
6 November: Hari Perlembagaan di Republik Dominika (1844) dan Tajikistan (1994); Hari Gustav Adolf di Sweden.
- 1860 – Abraham Lincoln (gambar) menjadi calon Republikan pertama memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
- 1935 – Hawker Hurricane, pesawat yang bertanggungjawab terhadap 60% kemenangan udara British dalam Pertempuran Britain, menjalani penerbangan sulungnya.
- 1962 – Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 1761, yang mengecam polisi aparteid Afrika Selatan.
- 1975 – Penunjuk perasaan di Maghribi memulakan Perarakan Hijau ke Sahara Sepanyol, menyeru "pengembalian Sahara Maghribi."
- 1999 – Rakyat Australia mengundi untuk mengekalkan raja sebagai ketua negara dalam pungutan suara republik Australia.
Hari-hari sebelum: 5 November – 4 November – 3 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 November: Hari Revolusi Oktober di Belarus
- 1665 – Akhbar bahasa Inggeris tertua yang masih wujud, London Gazette mula diterbitkan sebagai Oxford Gazette.
- 1885 – Pembinaan landasan kereta api rentas benua melalui Kanada yang pertama, Kereta Api Pasifik Kanada disiapkan dengan upacara pancang terakhir (gambar) di Craigellachie, British Columbia.
- 1917 – Vladimir Lenin mengetuai pemberontakan Bolshevik terhadap Kerajaan Sementara Alexander Kerensky, mencetuskan Revolusi Bolshevik.
- 1987 – Zainal Abidin bin Ali menggulingkan Habib Bourguiba untuk menjadi Presiden Tunisia.
- 2000 – Hillary Clinton terpilih sebagai Senator, menjadi Wanita Pertama A.S. pertama memenangi jawatan awam di Amerika Syarikat.
Hari-hari sebelumnya: 6 November – 5 November – 4 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
8 November: Hari St. Demetrius (Gereja Qibti dan Gereja Ortodoks Serbia)
- 1519 – Konkuistador Sepanyol Hernán Cortés memasuki Tenochtitlan di mana tlatoani Aztek Moctezuma II menyambutnya dengan meriah.
- 1895 – Wilhelm Conrad Röntgen menemui sinar-X (gambar contoh).
- 1912 – Perang Balkan I: Tentera Darat Greece menerima penyerahan kalah garison Uthmaniyyah di Thessaloniki, sehari sebelum Tentera Darat Bulgaria tiba untuk berbuat perkara sama.
- 1923 – Adolf Hitler, Erich Ludendorff dan anggota Kampfbund lain memulakan Bierkeller-Putsch, suatu percubaan yang gagal untuk menguasai Republik Weimar Jerman.
- 2002 – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan Resolusi 1441, memaksa Iraq untuk melucutkan senjata atau berhadapan dengan "akibat yang serius".
Hari-hari sebelumnya: 7 November – 6 November – 5 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 November: Hari Iqbal di Pakistan; Hari Pencipta di Austria, Jerman dan Switzerland; Hari Kemerdekaan di Kemboja (1953).
- 1799 – Rampasan kuasa 18 Brumaire yang diketuai Emmanuel-Joseph Sieyès dan Napoléon Bonaparte menggulingkan kerajaan Perancis.
- 1918 – Kaisar Wilhelm II turun takhta, Kanselor Maximilian von Baden meletakkan jawatan, dan Philipp Scheidemann mengisytiharkan Republik Weimar.
- 1989 – Tembok Berlin (gambar) "dibuka", menandakan secara simbolik tamatnya Perang Dingin, runtuhnya Pakatan Warsaw, dan pengakhiran komunisme Soviet.
- 1998 – Dengan lulusnya Akta Hak Asasi Manusia, United Kingdom memansuhkan hukuman mati bagi semua kesalahan jenayah.
- 2008 – Satu kemalangan di atas kapal selam nuklear Rusia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang.
Hari-hari sebelumnya: 8 November – 7 November – 6 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 November: Hari Pahlawan di Indonesia (1945); Ahad Pengingatan di Komanwel (2013).
- 1444 – Empayar Uthmaniyah pimpinan Sultan Murad II menewaskan tentera Poland dan Hungary di bawah Władysław III dan János Hunyadi.
- 1775 – "Marin Kontinental", duluan kepada Kor Marin Amerika Syarikat, diasaskan Kongres Benua Kedua semasa Perang Revolusi Amerika.
- 1958 – Saudagar Harry Winston mendermakan Berlian Hope (gambar), "berlian paling terkenal di dunia", kepada Institusi Smithson.
- 1969 – Episod pertama siri televisyen Sesame Street disiarkan di stesen penyiaran awam di Amerika Syarikat.
- 1975 – Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 3379 yang menyamakan Zionisme dengan rasisme.
Hari-hari sebelumnya: 9 November – 8 November – 7 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 November: Hari Kemerdekaan di Poland (1918) dan Angola (1975); Hari Pengingatan di Negara-Negara Komanwel; Hari Veteran di Amerika Syarikat.
- 1675 – Gottfried Leibniz mendemonstrasikan kamiran kalkulus untuk mencari luas di bawah graf bagi fungsi y = f(x).
- 1880 – Perompak bank dan penyamun dari Australia, Ned Kelly dihukum gantung di Melbourne.
- 1930 – Albert Einstein dan Leó Szilárd mendapat paten bagi ciptaan mereka, peti sejuk Einstein (gambar).
- 1965 – Perdana Menteri Tanggungan Mahkota British Rhodesia Selatan, Ian Smith mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak Rhodesia.
- 2004 – Pengerusi pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat meninggal dunia dan digantikan oleh Mahmud Abbas.
Hari-hari sebelumnya: 10 November – 9 November – 8 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 November: Kelahiran Bahá'u'lláh (Kepercayaan Bahá'í)
- 1893 – Persetujuan Garisan Durand ditandatangani, mewujudkan sempadan antarabangsa antara Afghanistan dan Pakistan kini.
- 1927 – Leon Trotsky dipecat daripada Parti Komunis, meninggalkan Joseph Stalin seorang menguasai Kesatuan Soviet.
- 1936 – Di California, Jambatan Teluk San Francisco–Oakland (gambar) dibuka untuk lalu lintas.
- 1970 – Bahagian Lebuhraya Oregon cuba memusnahkan bangkai paus sperma yang terdampar dengan letupan, namun tidak berjaya.
- 2009 – NASA mengumumkan yang projek LCROSS menemui bukti wujudnya air di kawah Cabeus di kutub selatan Bulan.
Hari-hari sebelumnya: 11 November – 10 November – 9 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
13 November: Hari Perayaan John Chrysostom (Gereja Ortodoks Timur)
- 1887 – Tunjuk perasaan Ahad Berdarah terjadi di Dataran Trafalgar, London.
- 1970 – Siklon Bhola melanda kawasan Delta Ganges di Pakistan Timur (kini Bangladesh), meragut kira-kira 500,000 nyawa.
- 1982 – Tugu Peringatan Bekas Perajurit Vietnam didedikasikan di Washington, D.C.
- 1985 – Gunung berapi Nevado del Ruiz (gambar) meletus, menyebabkan limpahan lahar yang menenggelamkan Armero, Colombia, mengorbankan kira-kira 23,000 orang.
- 2000 – Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina yang pertama didakwa selepas dituduh menerima rasuah sebanyak 400 juta peso.
Hari-hari sebelumnya: 12 November – 11 November – 10 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
14 November: Hari Diabetes Sedunia; Hari Kanak-Kanak di India; Hari Wanita Colombia di Colombia.
- 1889 – Pemberita New York World Nellie Bly bertolak untuk percubaannya mengembara Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Katedral Coventry (gambar) dan sebahagian besar pusat bandar Coventry, England musnah dalam pengeboman Luftwaffe.
- 1971 – Mariner 9 NASA sampai ke Marikh, dalam perjalanan menjadi kapal angkasa lepas pertama mengelilingi planet lain.
- 1991 – Putera Norodom Sihanouk dari Kemboja kembali ke Phnom Penh selepas 13 tahun dalam buangan.
- 2003 – Ahli astronomi Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David L. Rabinowitz menemui objek trans-Neptun 90377 Sedna.
Hari-hari sebelum: 13 November – 12 November – 11 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 November: Hari Republik di Brazil (1889); Shichi-Go-San di Jepun.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: William Tecumseh Sherman memulakan "Perarakan ke Laut" selepas membakar Atlanta, Georgia.
- 1920 – Perhimpunan agung pertama Liga Bangsa diadakan di Geneva, Switzerland.
- 1971 – Intel mengeluarkan CPU 4004 (gambar), mikropemproses komersil pertama di dunia, berupaya melakukan kira-kira 60,000 arahan per saat.
- 1988 – Kapal angkasa lepas guna semula Soviet Buran dilancarkan untuk penerbangan sulung dan tunggalnya.
- 2007 – Taufan Sidr melanda Bangladesh, mengorbankan lebih kurang 5,000 orang dan memusnahkan hutan bakau terbesar di dunia, Sundarban.
Hari-hari sebelum: 14 November – 13 November – 12 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
16 November: Hari Toleransi Antarabangsa
- 1272 – Putera Edward I ditabalkan menjadi Raja England semasa keberangkatan ke Sicilia saat ayahandanya mangkat, namun baginda tidak kembali ke England sehingga hampir dua tahun kemudian.
- 1532 – Penaklukan Empayar Inca oleh Sepanyol: Raja Atahualpa ditangkap conquistador Francisco Pizarro dalam serangan mengejut di Cajamarca.
- 1885 – Pemimpin pemberontak Métis dan "Bapa Manitoba" Louis Riel dihukum mati atas dakwaan derhaka besar kepada Kerajaan kolonial Kanada.
- 1938 – Drug psikedelik LSD disintesis buat pertama kali oleh Albert Hofmann di Makmal Sandoz di Basel, Switzerland.
- 2002 – Kes pertama penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk direkodkan di Guangdong, China.
Hari-hari sebelum: 15 November – 14 November – 13 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 November: Hari Pelajar Antarabangsa
- 1405 – Kesultanan Sulu telah ditubuhkan di Kepulauan Sulu luar pinggir laut Mindanao di Filipina.
- 1558 – Pertabalan Elizabeth I sebagai Ratu England dan Ireland memulakan suatu zaman pemerintahan baharu.
- 1869 – Terusan Suez yang menghubungkan kapal-kapal antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah dibuka secara rasmninya.
- 1950 – Dalai Lama ke-14 (gambar) mula memegang kuasa hal duniawi penuh sebagai pemerintah Tibet pada usia 15 tahun.
- 1970 – Douglas Engelbart mempatenkan tetikus komputer pertama di Amerika Syarikat.
- 2019 – Kes pertama COVID-19 yang diketahui telah dikesan iaitu seorang lelaki 55 tahun yang melawat pasar di Wuhan, Hubei, China.
Hari-hari sebelum: 16 November – 15 November – 14 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
18 November: Hari Kemerdekaan di Latvia (1918); Hari Kebangsaan di Oman (1940).
- 1307 – Seorang pemanah lagenda bernama Wilhelm Tell dikatakan berjaya memanah sebiji epal bertenggek atas kepala anaknya dengan sekali cuba.
- 1626 – Basilika Santo Peter (gambar) di Kota Vatikan ditahbiskan.
- 1928 – Steamboat Willie oleh Walt Disney dan Ub Iwerks dikeluarkan, selaku kartun bunyi segerak pasca penerbitan sepenuhnya yang pertama.
- 1985 – Lerang komik Calvin and Hobbes karya Bill Watterson disiarkan buat pertama kali.
- 1991 – Perang Kemerdekaan Croatia: Angkatan Tentera Rakyat Yugoslav menawan bandar Vukovar, mengakhiri pengepungan selama 87 hari di bandar tersebut.
Hari-hari sebelum: 17 November – 16 November – 15 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
19 November: Hari Pembebasan di Mali; Hari Lelaki Antarabangsa.
- 1493 – Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama mendarat di Puerto Rico, sebuah pulau yang dinamakannya San Juan Bautista.
- 1863 – Perang Saudara Amerika: Presiden A.S. Abraham Lincoln menyampaikan Ucapan Gettysburg.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Penjajap ringan Australia HMAS Sydney (gambar) dan penjajap auksiliari Jerman HSK Kormoran saling memusnahkan sesama sendiri di persisiran Australia Barat.
- 1969 – Pelé, pemain dalam pasukan Santos FC, menjaringkan gol ke-1000nya melalui satu sepakan penalti saat menentang CR Vasco da Gama.
- 2009 – Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.
Hari-hari sebelum: 18 November – 17 November – 16 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
20 November: Hari Kesedaran Kulit Hitam di Brazil; Hari Revolusi di Mexico; Hari Guru di Vietnam.
- 284 – Diocletian menjadi Maharaja Rom, membawa kepada penamatan Krisis Abad Ketiga.
- 1910 – Pemberontakan Mexico: Francisco I. Madero menyebarluas Rancangan San Luis, memulakan pemberontakan menentang Presiden Porfirio Diaz.
- 1945 – Perbicaraan Nuremberg terhadap 24 anggota Nazi yang terlibat dalam Holokus dan jenayah perang lain semasa Perang Dunia Kedua bermula.
- 1979 – Sekumpulan pemberontak bersenjata menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi.
- 1998 – Pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa bermula apabila modul Zarya (gambar) dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.
Hari-hari sebelum: 19 November – 18 November – 17 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 November: Hari Televisyen Sedunia; Hari Angkatan Tentera di Bangladesh.
- 1783 – Penerbangan manusia tidak bertambat pertama yang berjaya (gambar) dibuat di Paris dengan belon udara panas oleh de Rozier dan d'Arlandes.
- 1894 – Perang China-Jepun Pertama: Angkatan tentera Jepun membunuh sehingga 20,000 anggota tentera dan orang awam China di bandar pantai Lüshunkou.
- 1910 – Kelasi kapal perang Brazil Minas Geraes, São Paulo, Bahia dan Deodoro mendahagi di Rio de Janeiro.
- 1964 – Jambatan Verrazano-Narrows di Bandar Raya New York dibuka kepada trafik, menjadi jambatan gantung terpanjang di dunia ketika itu.
- 1977 – God Defend New Zealand menjadi lagu kebangsaan kedua New Zealand, setaraf dengan God Save the Queen.
Hari-hari sebelum: 20 November – 19 November – 18 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
22 November: Hari Abjad di Albania (1908); Hari Kemerdekaan di Lubnan (1943).
- 1869 – Cutty Sark, salah satu kapal layar laju terakhir dibina, dilancarkan di Dumbarton, Scotland.
- 1963 – Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-36 di atas Air Force One (gambar), beberapa jam selepas pembunuhan John F. Kennedy.
- 1967 – Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB diterima sebulat suara selepas Perang Enam Hari antara Israel dan jirannya Jordan, Mesir dan Syria.
- 1975 – Juan Carlos I diangkat sebagai Raja Sepanyol mengikut undang-undang pewarisan yang diisytiharkan Francisco Franco.
- 2017 — Sultan Johor Sultan Ibrahim mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai Majlis Bandaraya ke-14 di negara Malaysia dan kedua di negeri Johor dengan secara rasminya.
Hari-hari sebelum: 21 November – 20 November – 19 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
23 November: Hari Kesyukuran Buruh di Jepun; Hari Santo George di Georgia
- 1644 – John Milton menerbitkan Areopagitica (gambar), mengemukakan hujah bagi kebebasan bersuara dan menentang penapisan penerbitan semasa Perang Saudara England.
- 1955 – Kawalan Kepulauan Cocos di Lautan Hindi diberikan kepada Australia.
- 1963 – Episod pertama Doctor Who, rancangan televisyen cereka sains paling lama di dunia, disiarkan di BBC One.
- 1985 – Omar Rezaq dan dua lagi anggota Abu Nidal merampas Penerbangan 648 EgyptAir di atas Laut Mediterranean.
- 2010 – Sebagai gerak balas terhadap latihan artileri berhampiran sempadannya, Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan.
Hari-hari sebelum: 22 November – 21 November – 20 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
24 November: Hari Guru di Turki; Hari perayaan Martir Vietnam (Roman Katolik)
- 1859 – Buku Asal-Usul Spesies oleh ahli alamiah British Charles Darwin mula diterbitkan, dan habis terjual pada hari yang sama.
- 1940 – Perang Dunia II: Republik Slovakia menjadi penandatangan Pakatan Tiga Pihak, secara rasmi menyertai kuasa Paksi.
- 1963 – Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald, dikatakan pembunuh Presiden A.S. John F. Kennedy, semasa sedang dipindahkan ke penjara.
- 1973 – Krisis minyak: Had laju kebangsaan dilaksanakan ke atas autobahn di Jerman, yang hanya bertahan selama empat bulan.
- 1974 – Rangka 3.2 juta tahun hominid Australopithecus afarensis yang dinamakan "Lucy" (gambar) dijumpai di Lekukan Afar di Habsyah.
Hari-hari sebelum: 23 November – 22 November – 21 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 November: Hari Kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina (1943); Hari Kemerdekaan di Suriname (1975); Hari Guru di Indonesia.
- 1120 – Pewaris sah tunggal Raja Henry I dari England, William Adelin lemas dalam Kecelakaan White Ship, mengakibatkan kemelut pewarisan di England.
- 1795 – Raja Poland terakhir, Stanisław August Poniatowski dipaksa turun takhta selepas kerajaan besarnya dibahagikan buat kali ketiga.
- 1936 – Jerman dan Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern, menyetujui jika Soviet menyerang salah seorang, mereka akan berunding mengenai langkah yang akan diambil.
- 2000 – Gempa bumi 7 Ms melanda Baku, Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.
- 2009 – Banjir kilat (gambar) di Jeddah, Arab Saudi, mengorbankan 122 orang dan mengandaskan ribuah jemaah haji.
Hari-hari sebelum: 24 November – 23 November – 22 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
26 November: Hari Perayaan Sylvester Gozzolini, John Berchmans dan Stylianos dari Paphlagonia (Kristian); Hari Perlembagaan di India (1949).
- 1778 – Ekspedisi pimpinan James Cook sampai ke Maui, pulau kedua terbesar di Kepulauan Hawaii.
- 1922 – Howard Carter dan Lord Carnarvon menjadi orang pertama memasuki makam Firaun Tutankhamun (gambar) dalam masa 3,000 tahun.
- 1950 – Perang Korea: Tentera China di Korea Utara melancarkan serangan balas besar terhadap tentera Korea Selatan dan PBB.
- 1978 – Penyanyi Singapura-Malaysia Saloma dianugerahkan gelaran Biduanita Negara yang pertama oleh kerajaan Malaysia.
- 2008 – Serangan terlaras oleh pengganas dari Pakistan bermula, membunuh lebih 170 orang dan mencederakan lebih 300 lagi di Mumbai, India.
Hari-hari sebelum: 25 November – 24 November – 23 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1095 – Di Majlis Clermont, Paus Urban II menyeru kepada Perang Salib Pertama.
- 1895 – Alfred Bernhard Nobel (gambar) menandatangani wasiatnya, memperuntukkan sebahagian besar harta pusakanya untuk mewujudkan Hadiah Nobel.
- 1971 – Pengorbit Soviet Mars 2 menjadi objek buatan manusia pertama tiba di permukaan Marikh apabila ia rosak dan terhempas ke planet tersebut.
- 2001 – Teleskop Angkasa Hubble mengesan natrium di atmosfera planet luar suria HD 209458 b, atmosfera planet pertama di luar Sistem Suria yang berjaya diukur.
- 2005 – Pakar bedah Perancis Bernard Devauchelle melakukan pemindahan muka separa yang pertama pada manusia hidup.
Hari-hari sebelum: 26 November – 25 November – 24 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
28 November: Hari Kemerdekaan di Albania, Mauritania dan Panama; Hari Tentera Laut di Iran.
- 1660 – Di London, Robert Boyle, John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.
- 1785 – Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee.
- 1919 – Nancy Astor (gambar) terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British.
- 1979 – Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus di Antartika, membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
- 2011 – Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.
Hari-hari sebelum: 27 November – 26 November – 25 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
29 November: Hari Pembebasan di Albania (1944)
- 1877 – Thomas Edison menunjukkan peti nyanyi ciptaannya, yang boleh merakam dan memainkan bunyi.
- 1890 – Diet Jepun (gambar), yang mencontohi Reichstag Jerman dan sistem Westminster British, bersidang kali pertama apabila Perlembagaan Meiji mula berkuatkuasa.
- 1929 – Richard Evelyn Byrd dan tiga orang lagi menamatkan penerbangan pertama di atas Kutub Selatan.
- 1947 – Perhimpunan Agung PBB bersetuju dengan Pelan Pembahagian Palestin, yang cuba untuk menyelesaikan Konflik Arab-Israel di Palestin Bermandat.
- 2007 – Sekumpulan askar pimpinan Senator Antonio Trillanes memberontak, namun berjaya dihentikan Angkatan Tentera Filipina.
Hari-hari sebelum: 28 November – 27 November – 26 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
30 November: Hari Kemerdekaan di Barbados (1966); Hari Santo Andrew di Scotland; Hari Bonifacio di Filipina.
- 1853 – Armada kapal perang Rusia pimpinan Pavel Nakhimov memusnahkan armada frigat Turki Uthmaniyyah yang berlabuh, mencetuskan Perang Krimea.
- 1936 – Crystal Palace (gambar) yang dibina untuk The Great Exhibition di London, England, musnah terbakar.
- 1939 – Perang Musim Sejuk terjadi apabila Tentera Merah Soviet menyerang Finland dan dengan cepat mara ke Garisan Mannerheim.
- 1962 – Diplomat Burma U Thant, yang memangku selepas Dag Hammarskjöld terbunuh, terpilih menjadi Setiausaha Agung PBB.
- 1982 – Album Thriller Michael Jackson dikeluarkan, menjadi album paling laris pernah dijual.
Hari-hari sebelum: 29 November – 28 November – 27 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah