Pergi ke kandungan

Erich Ludendorff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erich Ludendorff
Jeneral Erich Ludendorff
Nama lahirErich Friedrich Wilhelm Ludendorff
Kelahiran9 April 1865
Kruszewnia berhampiran Posen, Provinsi Posen, Kerajaan Prusia
Meninggal dunia20 Disember 1937(1937-12-20) (umur 72)
Munich, Jerman Nazi
Kesetiaan Empayar Jerman
Perkhidmatan Tentera Darat Imperial Jerman
Tahun perkhidmatan1883–1918
PangkatGeneral der Infanterie
ArahanBriged 14 Infantri, Kuartermaster Jeneral 1
PertempuranPerang Dunia I
Revolusi Jerman
AnugerahPour le Merite, Grand Cross of the Iron Cross

Erich Friedrich Wilhelm Ludendorff (kadang kala dipanggil von Ludendorff)[1] (9 April 1865 – 20 Disember 1937) ialah seorang jeneral Jerman, pemenang dalam Pertempuran Liège, dan dalam Pertempuran Tannenberg. Mulai Ogos 1916, pelantikan beliau sebagai Kuartermaster Jeneral Pertama (Asisten Ketua Staf 1) menjadikan beliau pemimpin (bersama dengan Paul von Hindenburg) gerakan perang tentera darat Jerman semasa Perang Dunia Pertama, sehinggalah perletakkan jawatannya pada bulan Oktober 1918.[2][3]

Selepas perang, Ludendorff menjadi seorang ketua nasionalis yang terkemuka dan seorang penganjur legenda tikam dari belakang iaitu tentang pengkhianatan pihak Marxisme dan Republikan terhadap Tentera Darat Jerman dalam Perjanjian Versailles. Beliau mengambil bahagian dalam kudeta Wolfgang Kapp pada tahun 1920 dan Beer Hall Putsch Adolf Hitler yang gagal pada tahun 1923. Pada tahun 1925 beliau bertanding untuk jawatan presiden menentang rakan sekerjanya, Paul von Hindenburg (Ludendorff menuduh Hindenburg meraih kepujian yang sepatutnya milik Ludendorff ekoran kejayaannya menentang Rusia.[2][4] Dari tahun 1924 hingga 1928 beliau mewakili Parti Kebebasan Rakyat Jerman di dalam Parlimen Jerman. Selepas Perang Dunia Pertama Ludendorff mengembangkan konsep "Perang total"; beliau menerbitkan buku berjudul Der Totale Krieg (Perang Total) pada tahun 1935—dalam buku ini beliau menunjukkan pendapat yang keseluruhan kekuatan fizikal dan moral negara harus digembleng oleh sebab keamanan hanya merupakan tempoh antara peperangan.[5] Ludendorff merupakan penerima darjah-darjah Grand Cross of the Iron Cross dan Pour le Merite.

Tarikh kenaikkan pangkat

[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Foreign News: Lord Kitchener". Time. 1925. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-21. Dicapai pada 27 March 2011.
  2. ^ a b Saturday, 22 August 2009 Michael Duffy (2009-08-22). "Who's Who – Paul von Hindenburg". First World War.com. Dicapai pada 2012-05-16.
  3. ^ Saturday, 22 August 2009 Michael Duffy (2009-08-22). "Who's Who – Erich Ludendorff". First World War.com. Dicapai pada 2012-05-16.
  4. ^ Andreas Dorpalen. "Paul von Hindenburg (German president) : Introduction – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. Dicapai pada 2012-05-16.
  5. ^ "Erich Ludendorff (German general) : Introduction – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. 1937-12-20. Dicapai pada 2012-05-16.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:EB1922 Poster

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Woodrow Wilson
Kulit Depan Majalah Time
19 November 1923
Diikuti oleh:
Hugh S. Gibson