Tanda petik
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tanda petik merupakan tanda baca yang digunakan secara berpasangan ― terdiri daripada tanda pembuka dan tanda penutup kata ― dalam pelbagai sistem tulisan untuk menunjukkan sesuatu perbualan dan ungkapan atau frasa dipetik[1] semasa ditulis.
Jenis dan kelaziman mengikut bahasa
[sunting | sunting sumber]Tanda petik yang digunakan dalam penulisan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain datang dalam pelbagai bentuk mengikut gaya ditulis.
Dalam Nusantara
[sunting | sunting sumber]Kesemua baku-baku Bahasa Melayu baik yang dipakai dalam Malaysia,[2] Singapura, Brunei ataupun Indonesia[3] menggunakan tanda berupa koma yang menghala ke kanan membuka kata dan koma menghala kiri menutup kata.
Di Alam Cina: China, Jepun dan Korea
[sunting | sunting sumber]Bahasa-bahasa Cina, Jepun dan Korea lazimnya boleh ditulis baik secara menegak mahupun mendatar; oleh itu tanda-tanda kurungan bersudut semasa menulis secara menegak.
|
atau |
|
Walau bagaimanapun, penulisan secara melintang mempunyai tatacara berbeza:
- Di Jepun, tanda bersudut digunakan.
- Di Korea Selatan, tanda kurung sudut dan tanda kutip gaya Inggeris ("...") digunakan.
- Di Korea Utara, tanda bentuk panah sudut digunakan.
- Di Tanah Besar China di mana aksara Cina Ringkas, tanda kutip gaya Inggeris rasmi dan lazim; kurungan sudut jarang berlaku hari ini.
- Di Taiwan, Hong Kong dan Macau di mana aksara Cina Tradisional digunakan, tanda kurung sudut lazim, walaupun tanda kutip gaya bahasa Inggeris juga digunakan.
Dalam penulisan bahasa Cina, terdapat tanda juga kurung sudut berganda yang diletakkan mengurung judul buku, dokumen, filem, karya seni atau muzik, majalah, surat khabar, undang-undang, dan sebagainya; hal ini bertindak sama fungsi dengan pemiringan atau pencondongan ungkapan. Sebagai contoh:
- 「你 看過 《三國 演義》 嗎?」 他 問 我。
- "Awak sudah baca Hikayat Tiga Kerajaan?", dia bertanya kepada saya.
Bahasa Perancis
[sunting | sunting sumber]Bahasa Perancis menggunakan tanda petik berbentuk anak panah iaitu quillemet ("kaki itik") di mana jarak ditambahkan selepas tanda pembuka dan sebelum tanda penutup.
- « Voulez-vous un sandwich, Henri ? »
- "Kamu mahu sandwic, Henri?"
Namun, terdapat juga akhbar-akhbar berita yang tidak menjarakkan antara kata dipetik seperti yang dipakai Libération, Les Échos atau Le Figaro. Malah, aturan piawai bahasa Perancis di Switzerland turut menggunakan pendekatan sama.
Bahasa Jerman
[sunting | sunting sumber]Tanda pembuka kata (Anführungszeichen) digunakan dalam bahasa ini mirip tanda koma. Tanda penutup kata pula ada dua jenis mengikut negara:
Pengunaan adalah seperti berikut:
- „Immer muss ich arbeiten!“, seufzte sie.
- "Saya asyik kena bekerja sahaja!", keluhnya.
Aturan piawai bahasa Jerman Switzerland pula menggunakan tanda berbentuk anak panah ( «...» ).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Quotation mark". Daube.ch. 6 November 1997. Dicapai pada 11 Ogos 2015.
- ^ Mohd Faiz Rasip (2018). "Tanda baca sebagai 'perkakas' penulisan". Mukasurat. Dicapai pada 21 Mac 2021.
- ^ Pedoman Umum EYD: Tanda Petik