Sturmabteilung
Sturmabteilung | |
Adolf Hitler dan Ernst Röhm memeriksa SA di Munich pada 1933. | |
Intisari organization | |
---|---|
Dibentuk | 1920 |
Dibubarkan | May 8, 1945 |
Agensi yang mengambil alih |
|
Jenis | Organization |
Bidang kuasa | Jerman Nazi |
Ibu pejabat | Markas Besar SA, Barerstraße, Munich 48°8′37.53″N 11°34′6.76″E / 48.1437583°N 11.5685444°E |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif organization |
|
Agensi induk | Parti Nazi |
Agensi anak |
|
Sturmabteilung (SA) (Sebutan bahasa Jerman: [ˈʃtʊɐ̯mʔapˌtaɪlʊŋ] ( dengar); Pasukan Penggempur atau Detasmen Serangan, atau Seragam Warna Perang) berfungsi sebagai sayap asal separa tentera Parti Nazi. Ia memainkan peranan penting dalam kebangkitan kuasa Adolf Hitler pada tahun 1920an dan 1930an. Tugas-tugas utama mereka ialah menyediakan perlindungan bagi perhimpunan dan rapat umum Nazi, menganggu mesyuarat-mesyuarat pihak lawan dengan cara keganasan, menentang unit-unit separa tentera pihak musuh (terutama Rotfrontkämpferbund), melindungi Hitler dari sebarang serangan balas dan menakut-nakutkan rakyat Yahudi (sebagai contoh Boikot Nazi terhadap perniagaan Yahudi).
SA merupakan kumpulan separa tentera Nazi yang pertama membuat penganugerahan gelaran pseudo tentera kepada ahli-ahlinya. Pangkat SA telah diguna pakai oleh beberapa kumpulan lain Parti Nazi, terutamanya SS, iaitu cawangan asal SA. Anggota SA sering dipanggil "seragam perang" kerana disebabkan warna uniform mereka (serupa dengan seragam hitam Benito Mussolini). Pakaian seragam berwarna perang telah dipilih sebagai uniform SA kerana kainnya yang murah dan banyak didapati selepas Perang Dunia I, yang pada asalnya ditempah semasa peperangan untuk pasukan kolonial yang bertugas di bekas koloni Afrika Jerman.
SA dilucutkan kuasa selepas Hitler mengarah "Penyingkiran Berdarah" tahun 1934. Peristiwa ini dikenali sebagai Malam Pisau Panjang. SA secara efektifnya telah digantikan oleh SS, tetapi ia tidak dibubarkan dan hanya diharamkan selepas penyerahan terakhir Reich Ketiga kepada kuasa Bersekutu pada tahun 1945.
Sejarah Awal
[sunting | sunting sumber]Kapten Ernst Röhm dari Tentera Bavaria memainkan tugas yang penting merekrut ahli-ahli yang baru dan merupakan pemimpin SA yang pertama.
Kebanyakan daripada mereka adalah bekas ahli Freikorps (sayap kanan tentera peribadi yang berkembang selepas Perang Dunia I) dan mereka berpengalaman luas dalam menundukkan saingan dengan cara keganasan.
Apabila Roehm meninggalkan Jerman untuk bekerja di Bolivia pada 1925, jawatannya telah diambil oleh Heinrich Himmler. Namun demikian, pada 1931 Hitler memanggil balik Roehm ke Jerman untuk mengetuai SA semula. Keputusan Hitler amatlah tepat kerana dalam jangkamasa setahun, Roehm berjaya menambahkan ahli SA dari 70,000 ke 170,000 orang. Pada 1934, keahlian SA telah mencapai angka 4,500,000 orang.
Pasukan SA memakai jaket kelabu, pakaian berwarna perang (baju khaki yang pada asalnya untuk tentera di Afrika tetapi dibeli secara pukal dari Tentera Jerman oleh Parti Nazi), jalur tangan swastika, topi "ski-caps", knee-breeches, stokin bulu tebal dan but perang combat boots. Di iringi oleh kumpulan pancaragam dan membawa bendera-bendera swastika, mereka berarak disepanjang jalan-jalan Munich. Pada penghujung bulan Mac Hitler membuat ucapan berapi-api untuk menggalakkan pengikut-pengikutnya melakukan tindakan ganas terhadap orang-orang Yahudi dan penentang politik sayap kiri.
Kejatuhan
[sunting | sunting sumber]Selepas "penyingkiran berdarah"
[sunting | sunting sumber]Pemimpin
[sunting | sunting sumber]Organisasi
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Allen, William Sheridan (1965). The Nazi Seizure of Power: The Experience of a Single German Town 1930–1935, Quadrangle Books.
- Bessel, Richard (1984). Political Violence and The Rise of Nazism: The Storm Troopers in Eastern Germany, 1925–1934, Yale University Press, ISBN 0-300-03171-8.
- Campbell, Bruce (1998). The SA Generals and The Rise of Nazism, University Press of Kentucky, ISBN 0-8131-2047-0.
- Evans, Richard (2004). The Coming of the Third Reich. Penguin Group.
- Evans, Richard (2005). The Third Reich in Power. Penguin Group.
- Fischer, Conan (1983). Stormtroopers: A Social, Economic, and Ideological Analysis, 1929–35, Allen & Unwin, ISBN 0-04-943028-9.
- Fuller, James David (1985). Collectors Guide to SA Insignia, Matthäus Publishers, Postal Instant Press, ISBN 0-931065-04-6.
- Halcomb, Jill (1985). The SA: A Historical Perspective, Crown/Agincourt Publishers, ISBN 0-934870-13-6.
- Hatch, Nicholas H. (trans. and ed.) (2000). The Brown Battalions: Hitler's SA in Words and Pictures, Turner, ISBN 1-56311-595-6.
- Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Littlejohn, David (1990). The Sturmabteilung: Hitler's Stormtroopers 1921 – 1945, Osprey Publishing, London.
- Manchester, William Raymond (2003). The Arms of Krupp, 1587–1968: The Rise and Fall of the Industrial Dynasty That Armed Germany at War, Back Bay, ISBN 0-316-52940-0.
- Maracin, Paul (2004). The Night of the Long Knives: 48 Hours that Changed the History of the World, The Lyons Press.
- McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 1906626499.CS1 maint: ref=harv (link)
- Merkl, Peter H. (1980). The Making of a Stormtrooper, Princeton University Press, ISBN 0-691-07620-0.
- Toland, John (1976). Adolf Hitler. Garden City, New York: Doubleday & Company. ISBN 0-385-03724-4.