Pergi ke kandungan

Sifilis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siflis
Pengelasan dan sumber luaran
Rajah Treponema pallidum, bakteria penyebab siflis
ICD-10A50-A53
ICD-9090-097
MedlinePlus001327
eMedicinemed/2224 emerg/563 derm/413
MeSHD013587
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Sifilis, penyakit raja singa[1] atau abilah Feringgi merupakan penyakit kelamin[2] yang disebabkan oleh satu bakteria yang bernama Treponema pallidum. Ia disebar melalui hubungan seks sama ada secara mulut, dubur dan faraj,[3][4] namun terdapat juga kes sifilis disebar dari seorang ibu kepada anak dikandung semasa kehamilan.[2][5]

Sifilis diyakini telah menjangkit sebanyak 12 juta orang di seluruh dunia pada tahun 1999, di mana lebih 90% kes terjadi di negara-negara membangun. Penurunan kes secara dramatis selari dengan perkenalan penisilin di seluruh dunia pada 1940-an, namun angka jangkitan kembali meningkat sejak abad ke-21 di banyak negara, terkadang muncul sekaligus dengan virus kurang imun manusia sebahagiannya disebabkan amalan seks tidak selamat dan penurunan penggunaan perlindungan saat melakukan kegiatan sedemikian.[6][7][8]

Tanda gejala

[sunting | sunting sumber]

Siflis terdiri daripada tahap primer, sekunder, pendam dan tertier serta wujud dalam kecacatan kelahiran kerana dijangkiti daripada ibu kandung.

Perawatan

[sunting | sunting sumber]

Asal-usul sifilis tidak diketahui.[3] Dari dua hipotesis utama, satu di antaranya mengusulkan bahwa sifilis terbawa ke Eropah oleh awak kapal yang kembali dari pelayaran Christopher Columbus ke benua baru Amerika, hipotesis lainnya menyebutkan bahwa sifilis sudah ada sebelumnya di Eropah, tetapi tidak dikenali. Ini disebut sebagai hipotesis "Columbus" dan "pra-Columbus" secara berurutan,[9] bahkan hipotesis ini sangat didukung oleh bukti yang ada.[10][11]

Catatan tertulis dari kejadian luar biasa sifilis di Eropah terjadi pada 1494/1495 di Napoli, Itali, ketika ia diserang askar-askar Perancis;[12][9] penyakit ini diperhatikan mula muncul sejak beredarnya pasukan Perancis yang kembali lalu penyakit ini mula digelar ramai sebagai "penyakit Perancis" atas tanggapan bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan wabak tersebut.[13] Bahkan, penderitaan dibawa penyakit ini sering menjadikan ia dinamakan masyarakat setempat sempena musuh-musuh mereka: orang Belanda menggelarkan penyakit ini "cacar Sepanyol" (de Spaanse ziekte) manakala bangsa Turki dulu menggelar ia "penyakit Kristian"[14] atau "penyakit Frank" (Frenk hastalığı). Pada 1530, nama "sifilis" pertama kali digunakan oleh doktor dan penyair Itali Girolamo Fracastoro sebagai judul puisi bahasa Latin dikaryakan beliau yang menggambarkan kerosakan akibat penyakit sifilis di negerinya.[15][16]

Terdapat catatan bahawa penyakit ini tiba di alam Melayu dengan kedatangan orang Portugis ke Kesultanan Melaka pada awal abad ke-16.[17] Sejarawan Peter Boomgaard turut mengkaji ada butiran yang menggambarkan mirip penyakit ini berikutan suatu perkahwinan seorang gadis tempatan dengan seorang pembesar Palembang dalam Sejarah Melayu serta dalam Babad Tanah Jawi di mana Wijaya raja Majapahit diceritakan gering menghidap penyakit sama[17] - nama raja singa ꦫꦗ​ꦱꦶꦔ sebagai nama lain penyakit ini pertama kali diterangkan dalam babad tersebut.[18]

  1. ^ "raja singa". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b "Syphilis – CDC Fact Sheet (Detailed)". CDC. 2 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2016. Dicapai pada 3 February 2016.
  3. ^ a b Kent ME, Romanelli F (February 2008). "Reexamining syphilis: an update on epidemiology, clinical manifestations, and management". Annals of Pharmacotherapy. 42 (2): 226–36. doi:10.1345/aph.1K086. PMID 18212261.
  4. ^ "Transmission of Primary and Secondary Syphilis by Oral Sex --- Chicago, Illinois, 1998--2002". Morbidity and Mortality Weekly Report (dalam bahasa English). CDC. 21 October 2004.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Woods CR (June 2009). "Congenital syphilis-persisting pestilence". Pediatr. Infect. Dis. J. 28 (6): 536–7. doi:10.1097/INF.0b013e3181ac8a69. PMID 19483520.
  6. ^ Coffin, LS (January 2010). "Syphilis in Drug Users in Low and Middle Income Countries". The International journal on drug policy. 21 (1): 20–7. doi:10.1016/j.drugpo.2009.02.008. PMC 2790553. PMID 19361976. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ Gao, L (September 2009). "Meta-analysis: prevalence of HIV infection and syphilis among MSM in China". Sexually transmitted infections. 85 (5): 354–8. doi:10.1136/sti.2008.034702. PMID 19351623. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ Karp, G (January 2009). "Syphilis and HIV co-infection". European journal of internal medicine. 20 (1): 9–13. doi:10.1016/j.ejim.2008.04.002. PMID 19237085. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ a b Farhi, D (September 2010-Oct). "Origins of syphilis and management in the immunocompetent patient: facts and controversies". Clinics in dermatology. 28 (5): 533–8. doi:10.1016/j.clindermatol.2010.03.011. PMID 20797514. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Rothschild, BM (15 May 2005). "History of syphilis". Clinical infectious diseases: an official publication of the Infectious Diseases Society of America. 40 (10): 1454–63. doi:10.1086/429626. PMID 15844068.
  11. ^ Harper, KN (2011). "The origin and antiquity of syphilis revisited: an appraisal of Old World pre-Columbian evidence for treponemal infection". American journal of physical anthropology. 146 Suppl 53: 99–133. PMID 22101689. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  12. ^ Franzen, C (December 2008). "Syphilis in composers and musicians--Mozart, Beethoven, Paganini, Schubert, Schumann, Smetana". European Journal of Clinical Microbiology and Infectious Diseases. 27 (12): 1151–7. doi:10.1007/s10096-008-0571-x. PMID 18592279.
  13. ^ Winters, Adam (2006). Syphilis. New York: Rosen Pub. Group. m/s. 17. ISBN 9781404209060.
  14. ^ Tampa, M; Sarbu, I; Matei, C; Benea, V; Georgescu, SR (15 March 2014). "Brief History of Syphilis". Journal of Medicine and Life. 7 (1): 4–10. PMC 3956094. PMID 24653750.
  15. ^ Dormandy, Thomas (2006). The worst of evils: man's fight against pain: a history (ed. Uncorrected page proof.). New Haven: Yale University Press. m/s. 99. ISBN 978-0300113228.
  16. ^ Anthony Grafton (March 1995). "Drugs and Diseases: New World Biology and Old World Learning". New Worlds, Ancient Texts The Power of Tradition and the Shock of Discovery. Harvard University Press. m/s. 159–194. ISBN 9780674618763.
  17. ^ a b "Sifilis dan Penjajahan Bangsa Eropa". Haluan. 16 April 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  18. ^ Reid, Anthony (1988). Southeast Asia in the Age of Commerce, 1450-1680: The lands below the winds. Yale University Press. m/s. 58.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Siflis di Wikimedia Commons