Pergi ke kandungan

Portal:Sejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


PORTAL SEJARAH ڤورتل سجاره

Portal Sejarah ڤورتل سجاره

Sejarah

Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Istilah sejarah berasal daripada Bahasa Arab "syajarah" [ﺸﺟﺭﺓ] yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan dengan istilah Inggeris history yang berasal daripada bahasa melayu "satu cerita tentang seseorang," dengan kata Khalifah Islam dan Ketenteraan dan Jihad mengikut sunnah nabi Nabi Muhammad Peristiwa ini.Inggeris story. menyatakan bahawa "sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Segala yang mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden bahawa tidak ada yang statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."


Rencana Pilihan

Seorang askar British mendarat keluar dari helikopter Westland Sussex semasa operasi di Borneo.

Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Slogan Ganyang Malaysia turut lahir dari peristiwa ini.

Arkib • (Baca Lagi...)

Gambar Pilihan

White Ship (Kapal Putih) (Perancis: la Blanche-Nef) ialah kapal yang tenggelam di dalam Selat Inggeris berdekatan pantai Normandy di Barfleur, pada 25 November 1120. Hanya dua orang yang berada di dalam kapal tersebut terselamat. Antara yang lemas termasuklah William Adelin, anak sah dan pewaris Raja Henry I dari England. Kematian William Adelin membawa kepada krisis pewarisan dan perang saudara di England yang dikenali sebagai Anarki.

Arkib

Biografi Pilihan


Profesor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim: Khu Ke-kim: Jawi: خاو كي كيم; Lahir 28 Mac 1937 - Meninggal 28 Mei 2019) ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia. Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk The Beginnings of Political Extremism in Malaya 1915-1935 (Permulaan Politik Ekstremisme di Malaya 1915-1935, diterbitkan pada 1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang profesor sejarah di Kolej Universiti Malaya. Khoo adalah salah seorang pengarang Rukunegara. Beliau adalah seorang akademik kebangsaan Malaysia yang sangat dihormati kerana pandangan beliau mengenai sukan tempatan dan isu-isu sosio-politik.

Arkib • (Baca lagi ...)

Tahukah anda...

Perkara Yang Anda Boleh Bantu

Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sejarah, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

— Didie 07:45, 24 Ogos 2007 (UTC)

- Khairul akmal 02.57, 14 April 2011 (UTC)

- Sylarius (bincang) 04:06, 12 Oktober 2011 (UTC)

- Rachun Dunia (bincang) 12:46, 14 Jun 2017 (UTC)

- Keluang hitam (bincang) 00:20, 8 September 2017 (UTC)

- Ricky250 (bincang) 01:36, 23 Januari 2020 (UTC)

Kategori

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Portal-portal