Pergi ke kandungan

Pertempuran Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Pulau Pinang
Sebahagian daripada Perang Dunia I

Emden
Tarikh28 Oktober 1914
Lokasi
Keputusan Kemenangan Jerman
Pihak yang terlibat
 Empayar Rusia
Perancis Perancis
 Empayar Jerman
Komandan dan pemimpin
Rusia Baron Cherkassov Empayar Jerman Karl von Müller
Kekuatan
1 penjajap dilindungi
1 pembinasa
1 penjajap ringan
Kerugian dan korban
Rusia:
1 penjajap ringan dilindungi karam
88 mati
121 cedera
Perancis:
1 pembinasa karam
47 mati
36 cedera
Tiada

Pertempuran Pulau Pinang berlaku pada 28 Oktober 1914, semasa Perang Dunia I. Ia merupakan pertempuran laut di Selat Melaka, di mana penjajap Jerman SMS Emden menenggelamkan dua kapal perang Pihak Berikat.

Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, sebuah Koloni Mahkota British. Pulau Pinang merupakan sebuah pulau di persisiran pantai barat Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya). Ia terletak berhampiran dengan tanah besar. Bandar utama Pulau Pinang, George Town, merupakan pelabuhan. Pada awal bulan pertempuran, ia digunakan oleh tentera laut dan kapal dagangan pihak Berikat.

Tidak lama selepas perperangan meletus, Skuadron Asia Timur Jerman meninggalkan pengkalannya di Tsingtao, China. Skuadron tersebut menghala east untuk ke Jerman tetapi sebuah kapal, SMS Emden, di bawah Korvettenkapitän (Lt. Kommander) Karl von Müller, meneruskan misi menyerbu secara solo.

Pada awal pagi 28 Oktober 1914, Emden muncul di persisiran jalan George Town dan menyerang pelabuhan dan kapal yang berlabuh di sana. Sebelum sebarang kapal tentera sempat bertindak balas, penjajap Russia Zhemchug, ditenggelamkan. Kapal pembinasa Perancis Mosquet bertindak mengejar Emden tetapi turut menjadi mangsa dan ditenggelamkan oleh kapal Jerman tersebut.

Emden meneruskan misi menyerbu selama beberapa minggu lagi, sebelum akhirnya ditenggelamkan dalam Pertempuran Cocos.