Pergi ke kandungan

Perhimpunan Bersih 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perhimpunan Bersih 2015
Perhimpunan Bersih 4
Tarikh29 - 30 Ogos 2015
Lokasi
Matlamat
StatusTamat
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Maria Chin Abdullah
Ambiga Sreenevasan
A. Samad Said
Najib Razak
Ahmad Zahid Hamidi
Bilangan
500,000 di KL[1]
Korban

4 orang tercedera[2]

16 orang keracunan [3]

Perhimpunan Bersih 2015 atau Perhimpunan Bersih 4 ialah siri perhimpunan awam yang telah diadakan dari 29 hingga 30 Ogos 2015 di beberapa bandar raya utama seluruh Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.[4] Perhimpunan ini merupakan hasil cetusan dan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan iaitu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau singkatannya Bersih. Objektif utama badan bukan kerajaan ini adalah untuk menggesa Kerajaan Malaysia yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional untuk mengolah kembali dan membaik pulih sistem pemilihan atau pilihanraya berdasarkan konsep keadilan sejagat yang lebih bebas, terbuka dan bersih dari unsur sabotaj, ketirisan dan rasuah pilihanraya.[perlu rujukan] Selain itu sebagai suatu platform bagi mendesak Kerajaan Malaysia mengamlakan sistem pemerintahan lebih demokratik, saksama dan tidak berat sebelah.[perlu rujukan] Perhimpunan Bersih 4 ini merupakan jalinan perhimpunan awam berbangkit sama seperti yang pernah diadakan pada tahun 2007, 2011, 2012. Kelainan perhimpunan bersih kali ini adalah ia bakal dilaksanakan sehari sebelum tanggal sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan pada 31 Ogos 2015.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Selepas pilihan raya ke-13, terdapat dakwaan dari pihak pembangkang dan beberapa organisasi bukan kerajaan di negara itu yang mengatakan pihak Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional mengamalkan bentuk pilihan raya yang tidak betul, menipu dan berat sebelah. Ia berikutan kemenangan tipis pihak Barisan Nasional dalam pilihan raya itu, manakala dari segi jumlah undi popular ia lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Atas dasar itu, banyak siri protes telah diadakan khususnya di bandar-bandar Malaysia. Walaupun undi popular lebih memihak kepada Pakatan rakyat, namun Malaysia mengamalkan sistem pemilihan berparlimen yang diadaptasi dari Sistem Westminster bahawa, kerusi Dewan Rakyat yang terbanyak sahaja boleh mencapai tampuk pemerintahan pusat.

Pada tahun 2015, dakwaan skandal rasuah kewangan yang melibatkan dana kerajaan, 1Malaysia Development Berhad telah membelenggu pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Beberapa bukti dan pendedahan telah dibebaskan secara melata khususnya melalui laman-laman sesawang dan blog, bagi menguatkan hujah keilatan skandal ini, antaranya pendedahan dari Sarawak Report dan portal berita Wall Street Journal. Suatu anggaran wang besar telah disalurkan kedalam akaun peribadi Najib Razak dan teman rapatnya. Jawatankuasa kira-kira negara yang dianggotai oleh parti pemerintahan dan pembangkang juga mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan isu ini.

Walau bagaimanapun, pada bulan Julai 2015, Kerajaan Malaysia mula mengadakan beberapa langkah kawalan seperti menyekat portal berita Sarawak Report dari terus boleh diakses di Malaysia. Sarawak Report sebelum ini telah melaporkan beberapa berita sensasi berkenaan dakwaan salah laku 1MDB dan kaitannya dengan Najib Razak, sekali mencetuskan pelbagai reaksi dari para pengguna internet.[5] Malah dalam tempoh beberapa bulan yang lepas, Kerajaan malaysia turut menggantung lesen penerbitan akhbar kewangan dan berita The Edge, yang turut melaporkan tentang skandal 1MDB.[6]

Najib dilihat terus mempamerkan sikap bahawa beliau akan terus memegang kuasa yang ada padanya tidak kira apa yang berlaku. Beliau turut menggugurkan dua rakan Kabinetnya – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal, bagi memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dan memastikan Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu. [7]

Najib dan penyokongnya juga didakwa menganggu tugas beberapa agensi yang diamanahkan untuk mendedahkan operasi syarikat milik kerajaan itu, dengan memecat bekas Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail; memindahkan dan mengancam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); menyiasat kakitangan Bank Negara; dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dengan melantik empat daripada anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri.[8] [9] [10]

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat adalah ketidakmampuannya untuk memberi penjelasan sejujur mungkin mengenai wang tunai berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada 2013.

Beberapa cubaan lucu oleh rakan-rakan Perdana Menteri bagi mewajarkan kemasukan jumlah sebesar itu ke akaunnya sebagai derma yang digunakan untuk Umno dan BN atau sebagai penghargaan terhadap dasar-dasar kerajaan Malaysia daripada keluarga kaya tertentu di negara Arab telah menyebabkan kredibilitinya terjejas.

Kini terdapat beberapa kes mahkamah yang cuba menggugurkan hak SPR untuk menggaris semula sempadan daerah pilihan raya di Sarawak, khususnya apabila Srawak akan melaksanakan Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.[11] Penggaris padanan semula daerah pilihan raya di Sarawak boleh menyebabkan 71 daerah pilihanraya sediaada menjadi 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak pembangkang yang mendakwa suatu bentuk sabotaj dan ketidak akauntibiliti dalam pilihan raya negeri.[12][13]

Tuntutan Bersih

[sunting | sunting sumber]

Objektif Perhimpunan Bersih adalah seperti berikut:[14][15]

  • Pilihan raya adil dan bebas
  • Kerajaan yang telus
  • Hak demonstrasi
  • Memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen
  • Menyelamatkan ekonomi Malaysia[16]

Penyertaan

[sunting | sunting sumber]

Beberapa kumpulan dan parti politik dilihat berjanji untuk menghantar wakil dalam perhimpunan anjuran Bersih ini:

Kumpulan yang tidak akan menyertai perhimpunan Bersih:

Kumpulan yang tidak lagi memperakui Bersih:

Pelan perhimpunan dan insiden sebelum perhimpunan

[sunting | sunting sumber]
Perkarangan Kompleks Membeli-Belah Sogo Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur
Pasar Seni Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur
Brickfields Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur
Masjid Negara Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur

Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengatakan perhimpunan aman seperti Bersih ini tidak boleh dicabar oleh undang-undang, dan pihak polis seharusnya menyediakan bukti dan sebab-sebab yang dapat meyakinkan tentang mengapa Bersih mesti ditegah daripada diadakan walhal Perlembagaan Malaysia jelas membenarkan perhimpunan aman diadakan.[28][29]

Majlis Peguam Malaysia menyatakan adalah suatu kesalahan bagi pihak polis untuk menghalang Perhimpunan Bersih dari terus diadakan.[30][31] Selain itu, pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengatakan adalah tidak bertanggungjawab untuk pihak berkuasa menyesatkan orang awam dengan mengatakan dakwaan bahawa Bersih itu haram atau sengaja untuk menjatuhkan kerajaan.[32][33]

Menteri Pendidikan Tinggi Idris Jusoh memberi amaran kepada penuntut dari terlibat dalam perhimpunan Bersih dan pelajar yang gagal mengikut aturan mungkin bakal diambil tindakan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.[34] Majlis Universiti dan beberapa universiti dalam negara seperti Universiti Teknologi MARA melarang penuntutnya dari mengikuti Perhimpunan Bersih, dan memberi ancaman bahawa pelajar yang mengikuti mungkin akan digantung pengajian.[35][36] Ketua Angkatan Tentera Malaysia ATM, Gen Zulkifeli Mohd Zin berkata kemasukan tentera hanya akan berlaku sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat.[37][38] Tentera Laut Diraja Malaysia akan mengambil tindakan kepada para pegawai, atau kadet yang mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih.[39]

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang mengawal penggunaan internet di Malaysia telah memberi maklum dilaman Facebooknya bahawa sebarang aktiviti yang menjurus kepada pengiklanan Bersih yang akan membawa kepada kemaslihatan keamanan akan diblok.[40][41][42] Bersih menyangkal keputusan SKMM itu dan meminta orang awam untuk menghantar email kepada SKMM dan mengatakan bahawa Bersih akan mencari sumber perundangan jika SKMM tidak menarik balik ketetapannya sebaik perhimpunan bermula.[43][44][45] Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jailani Johari berkata portal berita juga tidak akan terlepas dari diblok jika ia melaporkan tentang perhimpunan Bersih.[46][47]

Kumpulan pro-pemerintah seperti Himpunan Solidariti Untuk Mu Malaysia dianggarkan akan menghantar 10,000 orang wakil berhimpun dihadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk membantah Perhimpunan Bersih.[48][49] Namun terdapat kumpulan berbaju merah telah membuat persembahan ala-silat di hadapan Pusat membeli-Belah Sogo, dengan mengadakan pertunjukan seni mempertahankan diri dengan bantuan beberapa bongkah batu, kayu-kayan dan dianggarkan lebih kurang 200 orang berhimpun. Terdapat juga demonstrasi dengan menggunakan parang. Pelbagai gaya seni mempertahankan diri ala-haiwan liar ditonjolkan, namun polis sedang menyiasat acara tersebut.[50][51][52] Tidak beberapa lama kemudian, wakil kumpulan baju merah digelar Cintakan keamanan (anti-Bersih 4) Jamal Md Yunos, mengatakan pihaknya membatalkan hasrat untuk mengadakan demonstrasi pada 29-30 Ogos ini dan memilih tarikh lain.[53][54][55]

Kuala Lumpur

[sunting | sunting sumber]

Pihak polis memberitahu pada awalnya perhimpunan boleh diteruskan tetapi dengan beberapa syarat, misalnya dilarang mengganggu perniagaan dan menggalakkan orang ramai menjatuhkan kerajaan.[56][57] Tamabahan dari itu polis mesti diberi notis dalam 10 hari atau didenda RM10,000 akan dikenakan keatas penganjur seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.[58] Bersih dalam itu telah menemui pihak polis dalam meminta pihak polis menjaga keselamatan para peserta, juga meminta supaya tidak bertindak menembak gas pemedih mata kearah peserta.[59][60] Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta untuk pihak Bersih menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding Dataran Merdeka [61][62] Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menolak permohonan Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.[63][64] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meminta untuk Bersih untuk menunda perhimpunan selama seminggu, Bersih menolak cadangan tersebut. DBKL juga mencadangkan lain lain lokasi misalnya Titiwangsa, Merdeka Stadium and the National Stadium.[65] Bersih has said they will stay out Dataran Merdeka, but will protest within its vicinity, which will include resting on the streets of Kuala Lumpur in participants' own sleeping bags.[66] Bersih has advised participants of the rally to bring sleeping bags, blankets and umbrellas, including food and drink during the duration of the rallies.[67] Bersih has setup five gathering points for the participants to start out before heading to Dataran Merdeka:Sogo, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields and the National Mosque.[68]

Bersih has also arranged for 2000 volunteers to ensure crowd control and security to replace PAS' Unit Amal which was responsible for that in previous Bersih rallies.[69][70] New Hope Movement (GHB) will organised around 500 volunteers called the Amal Relief,[71] while People's Justice Party will be sending 700 of their Youth Wing AMK SKUAD to help keep order and security for the rally.[72]

Pihak pemerintah enggan memberi permit kebenaran berhimpun kepada Bersih yang mahu mengadakan demonstrasi di Padang Merdeka dekat Kuching, tetapi meminta Bersih mencari tempat alternatif lain untuk berhimpun.[73][74] Bersih tetap mahukan perhimpunan di adakan di Padang Merdeka tetapi Kerajaan Negeri sarawak enggan memberi kebenaran,[75] Namun begitu Kerajaan Negeri mencadangkan mereka memilih Padang Rekreasi Song Kheng Hai atau Stadium Padang Jubilee.[76]. Namun akhirnya, Kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) membenarkan perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan di padang Song Kheng Hai dengan syarat penganjur mesti memastikan ia berlangsung secara aman.[77]

Kota Kinabalu

[sunting | sunting sumber]

Bersih Sabah memberitahu Perhimpunan Bersih akan diadakan di Dermaga Esplanade Tanjung Lipat pada 29 Ogos, namun tempoh masa diambil dijangka lebih pendek berbanding di Kuala Lumpur. Bersih berhasrat untuk menyediakan tempat penginapan sesuai seperti perkhemahan dan menjadualkan beberapa aktiviti sampingan menerusi bantahan.[78][79] Perhimpunan ini turut digelar "Pesta Demokrasi".[80][81] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa signal yang belum dikenal pasti diberikan oleh pihak Polis Sabah, Bersih Sabah dan dijangka tidak akan memberikan pengumuman tentang tempat perhimpunan Bersih yang akan diadakan berikutan kegusaran akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.[82][83] Polis Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perhimpunan di Tanjung Lipat tidak akan diteruskan, dengan sebab Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tidak memberi kebenaran untuk Bersih mengadakan perhimpunan aman.[84][85]

Lain-lain tempat seluruh dunia

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Bersih Global, yang berpusat di Geneva bagi mewakili masyarakat diaspora Malaysia seluruh dunia akan mengadakan acara solidariti awam di 50 buah bandar seluruh dunia bagi menyatakan sokongan kepada Perhimpunan Bersih 4 di Malaysia.[86][87]

  1. ^ http://www.malaysiakini.com/news/310565
  2. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/31/Bersih-4-firecracker-man/
  3. ^ http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/13-get-food-poisoning-at-bersih-rally-organisers-say-contaminated-drinks-an-act-of
  4. ^ http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/bersih-calls-for-august/2014792.html
  5. ^ http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/sarawak-report-whistleblowing-website-blocked-by-malaysia-over-pm-allegations
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-15. Dicapai pada 2015-08-28.
  7. ^ "Jika Kerana Pendirian Dalam Isu 1MDB Saya Digugurkan, Saya Reda" - Muhyiddin
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-21. Dicapai pada 2015-08-28.
  9. ^ http://www.smh.com.au/world/malaysian-pm-najib-razak-sacks-deputy-after-1mdb-graft-scandal-remarks-20150728-gim93a.html
  10. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/1mdb-probe-temporarily-frozen-as-pac-chief-members-made-deputy-ministers
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-09. Dicapai pada 2015-08-28.
  12. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bersih-court-ruling-on-sarawak-redelineation-setback-to-democracy
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-10. Dicapai pada 2015-08-28.
  14. ^ http://www.malaysiakini.com/news/306575
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-31. Dicapai pada 2015-08-28.
  16. ^ http://english.astroawani.com/malaysia-news/bersih-4-0-four-things-you-need-know-71003
  17. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-to-deploy-10000-members-for-bersih-4-rallies-nationwide
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 2015-08-28.
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-01. Dicapai pada 2015-08-28.
  20. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-21. Dicapai pada 2015-08-28.
  21. ^ http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/joint-action-group-for-gender-equality-jag-statement-in-support-of-bersih-4
  22. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-16. Dicapai pada 2015-08-28.
  23. ^ https://sg.news.yahoo.com/video/himpunan-hijau-feel-bullied-ready-143040315.html
  24. ^ http://www.malaysiakini.com/news/308513
  25. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-13. Dicapai pada 2015-08-28.
  26. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/24/PAS-Bersih-4-rally/
  27. ^ http://www.bersih.org/about-bersih-2-0/list-of-endorsees/
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-22. Dicapai pada 2015-08-28.
  29. ^ http://www.malaysiakini.com/news/309441
  30. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bar-council-police-duty-to-respect-facilitate-bersih-4-not-deter-it−
  31. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-24. Dicapai pada 2015-08-28.
  32. ^ http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/22/facilitate-bersih-4-0-paulsen-tells-authorities/
  33. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-22. Dicapai pada 2015-08-28.
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-27. Dicapai pada 2015-08-28.
  35. ^ http://www.malaysiakini.com/news/310018
  36. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/university-council-says-students-participating-in-bersih-4.0-rally-liable-t
  37. ^ http://www.malaysiakini.com/news/310128
  38. ^ http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysian-armed-forces-will-take-action-if-bersih-rally-leads-to-state-of-emergency
  39. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/firm-action-against-navy-personnel-taking-part-in-bersih-4-rally-says-rmn-c
  40. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-29. Dicapai pada 2015-08-28.
  41. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-29. Dicapai pada 2015-08-28.
  42. ^ http://www.nst.com.my/node/98070
  43. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-31. Dicapai pada 2015-08-28.
  44. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/27/Bersih-4-Sue-MCMC/
  45. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-29. Dicapai pada 2015-08-28.
  46. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-29. Dicapai pada 2015-08-28.
  47. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/news-portals-not-exempted-from-mcmc-bersih-4-ban-says-deputy-communications
  48. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/20/Pro-BN-Anti-Bersih/
  49. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/27/Bersih-4-Red-shirts-to-go-on-despite-warning/
  50. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/27/bersih-4-police-to-probe-red-shirts/
  51. ^ https://www.malaysiakini.com/news/310071
  52. ^ http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-police-warn-all-groups-not-to-incite-violence
  53. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-29. Dicapai pada 2015-08-28.
  54. ^ https://www.malaysiakini.com/news/310164
  55. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/27/Bersih-4-Red-shirts-called-off-rally/
  56. ^ http://www.theborneopost.com/2015/08/12/bersih-4-0-assembly-allowed-with-conditions-police/
  57. ^ http://www.nst.com.my/node/95840
  58. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-16. Dicapai pada 2015-08-28.
  59. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-14. Dicapai pada 2015-08-28.
  60. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/15/Move-to-ensure-protesters-safety/
  61. ^ /www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bersih-deviating-from-true-cause-rally-should-move-to-stadium-says-igp#sthash.7OQhvziu.dpuf
  62. ^ http://www.malaysiakini.com/news/308835
  63. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-19. Dicapai pada 2015-08-28.
  64. ^ http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/18/bersih-4-0-not-allowed-in-dataran-merdeka/
  65. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-19. Dicapai pada 2015-08-28.
  66. ^ http://www.malaysiakini.com/news/309276
  67. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-27. Dicapai pada 2015-08-28.
  68. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bersih-says-fourth-rally-a-vicarious-vote-of-no-confidence
  69. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/24/PAS-Bersih-4-rally/
  70. ^ https://www.malaysiakini.com/news/309409
  71. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-24. Dicapai pada 2015-08-28.
  72. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pkr-youth-to-send-700-members-to-handle-bersih-4-crowd
  73. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-22. Dicapai pada 2015-08-28.
  74. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/police-no-clearance-for-bersih-to-hold-rally-in-kuchings-padang-merdeka
  75. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/despite-refusal-organiser-for-kuching-edition-of-bersih-4-insist-on-padang
  76. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-21. Dicapai pada 2015-08-28.
  77. ^ http://www.theborneopost.com/2015/08/28/sarawak-benarkan-bersih-4-0/
  78. ^ http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/19/sabah-bersih-hands-borang-pemberitahuan-to-police-on-aug-29-bersih-4-rally/
  79. ^ http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=102556
  80. ^ http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=102509
  81. ^ http://www.theborneopost.com/2015/08/13/bersih-sabah-to-hold-overnight-rally-august-29/
  82. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-16. Dicapai pada 2015-08-28.
  83. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sabah-bersih-says-keeping-mum-on-rally-venue-to-avoid-police-harassment
  84. ^ http://www.malaysiakini.com/news/309614
  85. ^ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sabah-police-commissioner-declares-bersih-4.0-rally-against-the-law
  86. ^ https://www.malaysiakini.com/letters/310057
  87. ^ http://qz.com/488249/a-weekend-rally-for-political-reform-in-malaysia-will-proceed-despite-being-declared-illegal/

Templat:Malaysian protests and rallies