Pergi ke kandungan

Pakhtakor FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pakhtakor Tashkent
Paxtakor Toshkent
GelaranUzbek: Paxtakorlar
(Sang Penanam Kapas)
Uzbek: Sherlar
(Singa-singa)
Uzbek: Xalq jamoasi
(Pasukan bagi rakyat)
Diasaskan8 April 1956; 68 tahun yang lalu (1956-04-08)
StadiumStadium Sentral Pakhtakor
(Kapasiti: 35,000)
PresidentBobur Shodiev
PengurusMaksim Shatskikh
LigaLiga Super Uzbekistan
2024Liga Super Uzbekistan, ke-6 dari 14
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Pakhtakor FC atau FC Pakhtakor Tashkent (Uzbek: Paxtakor futbol klubi) ialah sebuah kelab bola sepak profesional Uzbekistan yang berpangkalan di ibu kota Uzbekistan iaitu Tashkent. Kelab ini bersaing dalam Liga Super Uzbekistan. Pakhtakor secara zahir bermaksud "sang penanam kapas" dalam bahasa Melayu. Pemain yang paling terkenal dari Kelab ini ialah Jaloliddin Masharipov.

Pakhtakor adalah satu-satunya kelab Uzbekistan yang bermain dalam liga peringkat tertinggi bola sepak Soviet, dan satu-satunya kelab Asia Tengah yang muncul dalam perlawanan akhir Piala Soviet. Bermain dalam Liga Uzbekistan sejak 1992, kelab itu telah menjadi kuasa besar Uzbekistan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet; kelab ini berjaya memenangi 16 gelaran Liga Uzbekistan, termasuk enam kejuaraan berturut-turut dari 2002 hingga 2007.[1] Pakhtakor juga memenangi tujuh piala domestik berturut-turut antara 2001 dan 2007, dan memenangi 11 piala secara keseluruhan.[2] Pemain kelab itu telah memenangi anugrah pemain bola sepak terbaik Uzbekistan sebanyak lapan kali, dan rakan sepasukan Pakhtakor menyapu bersih tiga tempat teratas pada 2002. Pengurus kelab telah dinamakan sebagai jurulatih terbaik Uzbekistan sebanyak dua kali.[3]

Pasukan ini juga merupakan pesaing lazim dalam Liga Juara-Juara AFC setelah mara ke separuh akhir pertandingan dua kali pada tahun 2003 dan 2004. Pakhtakor kini memegang rekod jumlah penyertaan berturut-turut terbanyak dalam Liga Juara-Juara AFC, dengan menyertai 11 kejohanan dari 2002 hingga 2013.

Masa Soviet awal

[sunting | sunting sumber]

Perlawanan rasmi pertama Pakhtakor adalah pada tarikh 8 April 1956, hari itu menjadi "hari lahir" bagi kelab. Perlawanan pertama mereka dimainkan menentang pasukan dari bandar Perm, Rusia (ketika itu dipanggil bandar Molotov), iaitu FC Zvezda Perm. Gol pertama dalam sejarah Pakhtakor dijaringkan oleh Laziz Maksudov menerusi sepakan penalti dan gol Maksudov adalah satu-satunya gol yang memenangi permainan itu.[4]

Pasukan itu mulai dibentuk dengan masa tiga bulan, dan kerajaan mebdatangkan jurulatih Valentin Bekhtenev dari Moscow untuk merekrut pemain Tashkent terbaik bagi Pakhtakor baharu. Pada masa itu, kelab ini akan mewakili Uzbekistan dalam liga bola sepak Soviet.[5]

Pada tahun 1959, Pakhtakor dipromosyenkan ke Liga Tertinggi Soviet bagi kali pertama. Semasa 1960-an, skuad Pakhtakor telah dilabuhkan oleh penyerang Gennadiy Krasnitskiy, yang membawa kelab ini sampai ke tempat ke-6 pada tahun 1962. Selepas tempoh bolak-balik antara Liga Teratas dan Liga Pertama Soviet, kelab itu mencapai final pertandingan Piala Soviet pada tahun 1968 dan satu-satunya kelab Asia Tengah yang mara ke final Piala Soviet. Pakhtakor gagal menewaskanawan mereka Torpedo Moscow yang mengalahkan kelab itu 1-0.[4] [5]

Pada tahun 1971, Pakhtakor sekali lagi relegasyen dari Liga Pertama, tetapi tidak lama berada di bahagian bawah kerana kelab ini mendapat promosyen pada tahun berikutnya.[4]

Pakhtakor adalah satu-satunya kelab Uzbekistan yang muncul dalam sejarah Kejuaraan Kesatuan Soviet. merekodkan kemunculan eselon tertinggi sebanyak 22 kali, dan mendapat 212 kemenangan, 211 seri, serta 299 kekalahan. Penamat liga terbaik mereka ialah berada di tempat ke-6, yang mana kelab ini berjaya capai dua kali, pada tahun 1962 dan 1982.

Kecelakaan Penerbang 1979

[sunting | sunting sumber]
Monumen Pakhtakor-79 berhampiran di Kamianske (ex-Dniprodzerzhynsk), Ukraine

Pada Ogos 1979, Pakhtakor berjaya kembali ke Liga Utama Soviet, tetapi tidak lama selepas itu bencana melanda kelab dan menggegarkan jagat bola sepak Soviet. Semasa penerbangan untuk bermain melawan Dinamo Minsk, penerbang Pakhtakor mengalami perlanggaran di udara di atas wilayah Dniprodzerzhynsk, SSR Ukraine . [6] Kesemua 178 orang yang menaiki kedua-dua pesawat terbabit meninggal dunia.[7]

Tujuh belas pemain dan kakitangan Pakhtakor maut dalam nahas itu:[8]

Setiap tahun, pada bulan Ogos, kelab itu menaja kejohanan remaja untuk mengenang orang yang tewas dalam bencana itu.[9]

Berikutan tragedi itu tahun 1979 dan didorong oleh penjaring gol prolifiknya Andrei Yakubik beberapa tahun kemudian, Pakhtakor berjaya melukiskan rekod terbaik mereka pada tahun 1982. Pakhtakor menduduki tempat keenam dan dengab bangga berhadapan melawan kelab bola sepak Rusia dan Ukraine yang besar seperti Zenit Saint Petersburg, CSKA Moscow, dan Shakhtar Donetsk. Pakhtakor mengalami pemotongan markah pada musim itu kerana melebihi had dibenarkan untuk perlawanan seri (seri), tetapi hal itu tidak mempengaruhi kedudukan akhir kelab.[7]

Tahun-tahun perjuangan: 1984–1990

[sunting | sunting sumber]

Selepas membawa Pakhtakor ke penamatan terbaik, Yakubik sudah semakin tua dan dia berpindah kembali ke kampung halamannya di Moscow untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya sendiri.[10] Dengan kepergian penyerang hebat Pakhtakor, kelab itu berjuang menghabiskan enam tahun di penempatan bawah Liga Pertama Soviet. Walaupun rasa tidak puas hati pnyokong mereka semakin memuncak, kemunculan semula Pakhtakor sebagai kuasa kelab bola sepak utama diikuti dengan pembubaran Kesatuan Soviet.[4]

Pakhtakor masa Uzbekistan

[sunting | sunting sumber]
Pakhtakor Tashkent FK, tarikh Mac 2019

Selepas keruntuhan Kesatuan Soviet, sejarah baharu bermula kelab. Tahun 1992 menyaksikan Pakhtakor mengambil bahagian dalam musim pertama Liga Oliy Uzbekistan. Sejak 1992 Pakhtakor telah menjadi kelab Uzbekistan yang paling berjaya dengan 10 gelaran Liga Uzbekistan, dan 11 Piala Uzbekistan. Sehingga 2014 kelab itu adalah satu-satunya pasukan yang telah mengambil bahagian dalam semua musim Liga Juara-Juara AFC sejak perasmiannya pada 2002. Sejak 2002 kelab itu menyertai 11 kali Liga Juara-Juara AFC.

Pakhtakor pada musim 2011 tidak berjaya mengikut Liga Juara-Juara AFC. Pada 4 Mei 2011 dalam perlawanan menentang Al-Nassr Pakhtakor ditewaskan oleh lawannya dari gol Bader Al-Mutawadan kelab itu pun menamatkan kempen bola sepak Asianya. Dalam perlawanan itu, kerana ramai pemain yang cedera, jurulatih Pakhtakor Ravshan Khaydarov membentuk skuad permulaan daripada pemain pasukan remaja dan kerana itu kelab ini membuat rekod dalam sejarah Liga Juara-Juara AFC. Pakhtakor menjadi kelab dengan purata termuda dalam kejohanan. Purata pemain Pakhtakor berusia 21 tahun 8 bulan. Purata umur pemain kelab untuk musim 2011 ialah 23,3. [11] Pada musim 2014–15, Sang Penanam Kapas berjaya memenangi gelaran juara Liga ke-10 dan ke-11.

Pemain Sekarang

[sunting | sunting sumber]

Templat:Sejak[12] Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
2 MF Uzbekistan Behruzbek Askarov
3 DF Uzbekistan Khojiakbar Alijonov
4 DF Uzbekistan Dostonbek Tursunov
5 DF Uzbekistan Muhammadqodir Hamraliev
6 MF Uzbekistan Muhammadali Urinboev
7 MF Uzbekistan Odiljon Hamrobekov
8 MF Uzbekistan Azizbek Turgunboev
9 MF Poland Michał Kucharczyk
10 FW Serbia Dragan Ćeran (captain)
12 DF Uzbekistan Sunnatilla Poyonov
17 MF Uzbekistan Dostonbek Khamdamov
18 MF Uzbekistan Khojimat Erkinov
19 FW Poland Przemysław Banaszak
No. Pos. Negara Pemain
20 DF Uzbekistan Abubakir Ashurov
22 FW Uzbekistan Shahriyor Jabborov
23 DF Uzbekistan Sherzod Azamov
24 DF Uzbekistan Kirill Todorov
27 MF Uzbekistan Sardor Sabirkhodjaev
28 MF Uzbekistan Diyor Kholmatov
30 DF Belanda Matthew Steenvoorden
33 GK Uzbekistan Eldorbek Suyunov
34 DF Uzbekistan Farrukh Sayfiev
35 GK Uzbekistan Sanjar Kuvvatov
36 GK Belarus Pavel Pavlyuchenko
77 DF Uzbekistan Dilshod Saitov
88 DF Uzbekistan Shahzod Azmiddinov
90 MF Uzbekistan Javohir Alijonov

Sedang Dipinjam

[sunting | sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
FW Uzbekistan Mirjakhon Mirakhmadov (at AGMK)
MF Uzbekistan Abror Ismoilov (at Neftchi Fergana)
No. Pos. Negara Pemain
MF Uzbekistan Asadbek Sobirjonov (at Kokand 1912)
MF Georgia (negara) Giorgi Papava

Bekas Pemain Terkenal

[sunting | sunting sumber]

Bekas Pemain

[sunting | sunting sumber]

Pemain di dalam senarai ini memiliki pencapaian dalam kejohanan antarabangsa.

USSR/Uzbekistan
Former USSR countries
Europe
South America
Africa
Asia
  1. ^ Stokkermans, Karel (2008-02-28). "Uzbekistan – List of Champions". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2003. Dicapai pada 2008-07-18.
  2. ^ Stokkermans, Karel (2008-03-19). "Uzbekistan Cup Finals". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2017. Dicapai pada 2008-07-18.
  3. ^ Yusupov, Sardorbek (2008-05-16). "Uzbekistan – Footballer and Coach of the Year". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2008. Dicapai pada 2008-07-18.
  4. ^ a b c d "Generations (Founded 1956)" (dalam bahasa Rusia). Pakhtakor Tashkent Official Website. 2008-01-20. Dicapai pada 2008-07-18.
  5. ^ a b "История Ф.К. Пахтакор (Узбекистан), 30.03.2008 (dalam bahasa Rusia) Diarkibkan 16 Ogos 2011 di Wayback Machine.
  6. ^ Yuldashev, Mavlyan (2004-08-11). "Двадцать пять лет назад в авиакатастрофе погибли футболисты ташкентской команды "Пахтакор" (Twenty Five Years Have Passed Since the Deadly Air Disaster Involving Pakhtakor Tashkent)" (dalam bahasa Rusia). Ferghana.Ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 July 2012. Dicapai pada 2008-07-21.
  7. ^ a b Hogstrom, Erik (2008-07-06). "A soccer movie idea to pitch". Dubuque Telegraph Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2009. Dicapai pada 2008-07-18.
  8. ^ "Pakhtakor '79: The Wings of Memory" (dalam bahasa Rusia). Pakhtakor Tashkent Official Website. 2008-01-22. Dicapai pada 2008-07-18.
  9. ^ "Memorial Tournament Will Be Played 6–10 August". Pakhtakor Tashkent Official Website. 2008-07-16. Dicapai pada 2008-07-18.
  10. ^ "Andrei A. Yakubik" (dalam bahasa Rusia). Peoples.ru. 2008-01-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2007. Dicapai pada 2008-07-18.
  11. ^ "Championat.uz: «Пахтакор» ОЧЛ рекордини ўрнатди, 05.05.2011 (dalam bahasa Uzbek) Diarkibkan 14 Mac 2012 di Wayback Machine.
  12. ^ "Paxtakor". pfl.uz. Uzbekistan Professional Football League. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2023. Dicapai pada 11 April 2023.
  13. ^ Strack-Zimmermann, Benjamin. "NFT player — National team & Club appearances: Shkvyrin, Igor". national-football-teams.com. National Football Teams. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2022. Dicapai pada 18 May 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]