Kazakhstan
Republik Kazakhstan ريڤوبليک قازاقستان Қазақстан Республикасы Qazaqstan Respublikasy | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Meniñ Qazaqstanım | |||||
Ibu negara | Nursultan (Astana) | ||||
Bandar terbesar | Almaty | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Kazakh, Bahasa Rusia | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Kassym-Jomart Tokayev (Қасым-Жомарт Тоқаев) | ||||
Oljas Bektenov (Олжас Бектенов) | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 2,724,900 km2 (1,052,100 bt2) (ke-9) | ||||
1.7 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | ▲ 18,711,200 orang[1] (ke-64) | ||||
7/km2 (18.1/sq mi) (ke-236) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $569.813 billion[2] (ke-41) | ||||
▲ $30,178[2] (ke-53) | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $179.332 billion[2] (ke-55) | ||||
▲ $9,686[2] (ke-69) | |||||
Gini (2015) | 26.9[3] rendah | ||||
HDI (2017) | ▲ 0.800[4] sangat tinggi · ke-58 | ||||
Mata wang | Tenge ( KZT ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
• Musim panas (DST) | tiada | ||||
Kod panggilan | 7 | ||||
Kod ISO 3166 | KZ | ||||
DPT internet | .kz |
Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан , tr. Qazaqstan, juga dalam tulisan Arab: قازاقستان disebut [qɑzɑqˈstɑn] ; Rusia: Казахстан , tr. Kazakhstan, IPA: [kəzɐxˈstan]) atau nama rasminya Republik Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан Республикасы , tr. Qazaqstan Respublikasy; Rusia: Республика Казахстан , tr. Respublika Kazakhstan)[6][7] merupakan negara tanpa laut terbesar, dan negara kesembilan terbesar di dunia dengan keluasan 2,724,900 kilometer persegi (1,052,100 bt2).[6][8] Kazakhstan merupakan negara dengan ekonomi terbesar di Asia Tengah yang menjana 60% KDNK rantau tersebut terutamanya melalui industri minyak dan gas di samping banyak sumber mineral.[9] Ada yang mengatakan Kazakhstan sebagai negara Eropah kerana kawasan Barat Kazakhstan berada di benua Eropah dan memenuhi syarat Majlis Eropah untuk kemasukan ke dalam Eropah.[10]
Kazakhstan secara rasminya merupakan republik unitari sekular demokratik dengan warisan budaya yang pelbagai.[11] Kazakhstan bersempadan dengan Rusia, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, dan Turkmenistan, dan juga sebahagian besar Laut Kaspia.
Rupa bumi Kazakhstan termasuk tanah pamah, steppe, taiga, ngarai batuan, bukit-bukau, delta, gunung-ganang berlitup salji, dan gurun. Kazakhstan mempunuai kira-kira 18 juta orang setakat 2014[kemas kini].[12] Dengan keluasan tanahnya, kepadatan penduduknya adalah antara yang terendah iaitu kurang 6 orang per kilometer persegi. Ibu negaranya Astana, yang berpindah pada 1997 dari Almaty, bandar terbesar negara ini.
Tanah Kazakhstan dahulu diduduki oleh suku nomad Turkik yang keturunan banyak negeri Turkik seperti Kekhaganan Turkik dsb. Pada abad ke-13, tanah tersebut menyertai Empayar Mongol di bawah Genghis Khan. Menjelang abad ke-16, bangkitlah orang Kazakh sebagai suku berbeza yang terdiri daripada tiga jüz (cabang leluhur yang menduduki wilauah tertentu). Rusia mula mara ke dalam steppe Kazakh pada abad ke-18, dan menjelang pertengahan abad ke-19, Rusia menaungi seluruh Kazakhstan dalam empayar. Selepas Revolusi Rusia 1917 diikuti perang saudara, wilayah Kazakhstan disusun semula banyak kali. Pada 1936, ia dijadikan Republik Sosialis Soviet Kazakh dalam Kesatuan Soviet.
Kazakhstan merupakan republik Soviet terakhir yang mengisytiharkan kemerdekaan ketika pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Semenjak itu, negara dipimpin oleh Presiden Nursultan Nazarbayev yang disifatkan sebagai autoritarian dengan sejarah penindasan hak asasi manusia.[9] Kazakhstan telah berusaha untuk membangunkan ekonominya, terutama sekali industri hidrokarbon yang dominan.[9] Kazakhstan ada 131 etnik termasuk orang Kazakh (63% penduduk), orang Rusia, orang Uzbek, orang Ukraine, orang Jerman, orang Tatar, dan orang Uyghur.[13] Islam adalah agama yang dianuti oleh 70% populasi dan Kristian pula 26%.[14] Kazakhstan secara rasminya membenarkan kebebasan beragama, tetapi menindas tokoh agama yang menentang kerajaan.[15] Bahasa Kazakh adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Rusia diberi taraf rasmi setara untuk tujuan semua tahap kerajaan dan institusi.[6][16] Kazakhstan adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, WTO, CIS, Kesatuan Ekonomi Eurasia, CSTO, SCO, OSCE, OIC dan TURKSOY.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Zaman Soviet
[sunting | sunting sumber]Selepas berlakunya Revolusi Oktober pada 1917, pihak Kazakh menikmati autonomi yang seketika, autonomi Alash sebelum diambil alih oleh pihak Bolshevik.
Pada 26 Ogos 1920, Republik Sosialis Soviet Autonomi Kirghiz (Kirghiz ASSR), di bawah Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSFSR) ditubuhkan, dengan pusat pemerintahannya di Orenburg yang memiliki penduduk majoriti Rusia. Pada Jun 1925, nama Kirghiz ditukar kepada Kazak dan pusat pemerintahannya ditukar ke bandar Kyzylorda, dan seterusnya ke Alma-Ata (Almaty) pada April 1927.
Pada 5 Disember 1936, Kazak ASSR dipisahkan dariapada RSFSR dan menjadi Republik Sosialis Soviet Kazakh, sebuah republik persatuan penuh Soviet.
Kemerdekaan dan zaman moden
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Oktober 1990, Kazakhstan mengisytiharkan kedaulatannya dan mencapai kemerdekaan pada 16 Disember 1991, menjadikan negara ini sebagai republik Soviet terakhir yang mengisytiharkan kemerdekaan. Kesatuan Soviet terbubar hanya sepuluh hari selepas kemerdekaan Kazakhstan.
Ketua zaman komunis, Nursultan Nazarbayev menjadi Presiden pertama Kazakhstan. Beliau memerintah Kazakhstan hingga 2019 sebelum meletak jawatan, dan digantikan oleh Kassym-Jomart Tokayev.[17][18]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kazakhstan berkeluasan kira-kira 2.7 juta kilometer persegi, menjadikan negara ini sebagai negara kesembilan terbesar di dunia serta negara dikelilingi daratan terbesar dunia.
Kazakhstan bersempadan dengan Rusia (6,846 km), Uzbekistan (2,203 km), China (1,533 km), Kyrgyzstan (1,051 km) dan Turkmenistan (379 km). Bandar-bandar utama Kazakhstan termasuklah Nur-Sultan, Almaty, Karagandy, Shymkent, Atyrau, and Oskemen. Negara ini secara lazimnya terletak di Asia, tetapi sebahagian negara juga termasuk di dalam kawasan Eropah Timur, yakni kawasan di barat Sungai Ural.[19]
Politik
[sunting | sunting sumber]Kazakhstan merupakan negara republik unitari bercorak berperlembagaan, sekular dan demokratik. Presiden Kazakhstan berperanan sebagai ketua negara dan memiliki kuasa veto terhadap rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen manakala Perdana Menteri mengetuai kabinet menteri dan menjadi ketua kerajaan Kazakhstan. Parlimen Kazakhstan terdiri daripada dua buah dewan, iaitu Majilis (dewan bawahan) dan Senat (dewan atasan).
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Kazakhstan memiliki ekonomi yang paling besar dalam kalangan negara-negara Asia Tengah, kedua-dua daripada segi KDNK nominal ($172.941 bilion) dan per kapita ($508.817 bilion) setakat 2018.[20] Setakat 2017, bidang perkhidmatan merangkumi 61.2% ekonomi Kazakhstan, diikuti dengan industri (34.1%) dan pertanian (4.7%).[21] Bahan eksport utama negara ialah minyak, gandum, tekstil dan ternakan. Kazakhstan memiliki simpanan uranium kedua terbesar dunia selepas Australia,[22] dan mengeluarkan 35% jumlah uranium yang dikeluarkan di seluruh dunia,[23] serta merupakan pengeksport utama uranium.[24][25] Hasil-hasil pertanian utama Kazakhstan ialah bijirin, ubi kentang, anggur, sayuran, tembikai dan ternakan.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Agama
[sunting | sunting sumber]Mengikut bancian 2009, penduduk Muslim merangkumi 70% penduduk Kazakhstan, diikuti dengan 26% penduduk Kristian, 0.2% penganut Buddha, 0.1% penganut agama lain (kebanyakannya Yahudi), 3% tidak beragama dan 0.5% penduduk tidak mendedahkan status keagamaannya.[26]
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Kazakhstan secara rasminya ialah negara dwibahasa. Bahasa Kazakh yang menjadi bahasa ibunda bagi 64.4% penduduk Kazakhstan,[27] memiliki taraf bahasa "negara", manakala bahasa Rusia yang dituturi oleh kebanyakan rakyat negara dijadikan sebagai bahasa "rasmi",[28] dan lazim digunakan dalam bidang perniagaan, kerajaan serta perhubungan antara kaum, meskipun peranan ini mula digantikan oleh bahasa Kazakh.[29]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Негізгі". stat.gov.kz. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2019". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 29 Januari 2020.
- ^ "GINI index (World Bank estimate)". databank.worldbank.org. Bank Dunia. Dicapai pada 3 Februari 2019.
- ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Mac 2016. Dicapai pada 15 September 2018. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Казахстан переходит на единый часовой пояс: что нужно знать". zakon.kz (dalam bahasa Rusia). 2024-02-29.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCIA
- ^ Encyclopædia Britannica, Kazakhstan: Introduction. Diteria: 7 Jun 2016.
- ^ "Agency of Statistics of the Republic of Kazakhstan (ASRK). 2005. Main Demographic Indicators". Stat.kz. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2010. Dicapai pada 1 Jun 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c Zarakhovich, Yuri (27 September 2006). "Kazakhstan Comes on Strong". Time. Dicapai pada 13 Disember 2015.
- ^ "Kazakhstan in Europe: Why Not?". Institute for Security & Development Policy.
- ^ "Kazakhstan/Qazaqstan Constitution". Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ "Census2010". Stat.kz. Dicapai pada 1 Jun 2010.
- ^ "Перепись населения Республики Казахстан 2009 года. Краткие итоги. (Census for the Republic of Kazakhstan 2009. Short Summary)" (PDF) (dalam bahasa Russian). Republic of Kazakhstan Statistical Agency. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Disember 2010. Dicapai pada 10 Disember 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "The results of the national population census in 2009". Agency of Statistics of the Republic of Kazakhstan. 12 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 21 Januari 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Marcus Goncalves; Erika Cornelius Smith (27 Jun 2016). Eastern European Economies: A Region in Transition. Business Expert Press. m/s. 210–. ISBN 978-1-63157-400-9.
- ^ The constitution of Kazakhstan, CONSTITUTION OF THE REPUBLIC OF KAZAKHSTAN: 1. The state language of the Republic of Kazakhstan shall be the Kazakh language. 2. In state institutions and local self-administrative bodies the Russian language shall be officially used on equal grounds along with the Kazakh language.
- ^ Auyezov, Olzhas (19 Mac 2019). "Kazakhstan's Leader Nazarbayev Resigns After Three Decades in Power". US News. Dicapai pada 1 April 2019.
- ^ "Nazarbayev ally wins big in Kazakhstan election after hundreds arrested". The Guardian. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ^ Kazakhstan – MSN Encarta. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2008.
- ^ "World Economic Outlook Database, Oktober 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 3 November 2019.
- ^ "The World Factbook". CIA.gov. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 12 Mac 2019.
- ^ "Uranium Supplies: Supply of Uranium". world-nuclear.org.
- ^ "Uranium in Kazakhstan - Nuclear Power in Kazakhstan". world-nuclear.org.
- ^ "№ 1 in the world". The Atomic Company Kazatomprom, Kazatomprom.kz. 30 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 1 Jun 2010.
- ^ "Uranium and Nuclear Power in Kazakhstan". world-nuclear.org. 17 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2011.
- ^ "The results of the national population census in 2009". Agency of Statistics of the Republic of Kazakhstan. 12 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 21 Januari 2010.
- ^ Paul Brummell (7 September 2018). Kazakhstan. Bradt Travel Guides; Third edition. m/s. 22. ISBN 978-1-78477-092-1.
- ^ "The Languages spoken in Kazakhstan". Studycountry (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Ogos 2017.
- ^ "Lost in translation? Kazakh leader bans cabinet from speaking Russian". Reuters. 27 Februari 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Kazakhstan di Wikimedia Commons
- Takrifan kamus kazakhstan di Wikikamus
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Kazakh
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari 2014
- Rencana dengan pengenalan kawasan MusicBrainz
- Rencana dengan pengenalan UKPARL
- Kazakhstan
- Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
- Republik
- Negara di Asia
- Negara di Eropah
- Negara dan wilayah berbahasa Rusia