Pergi ke kandungan

Bajau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Orang Bajau)
Orang Bajau Laut
Wanita Sama-Bajau menyauhkan kapal (banglo) keluarga di Malaysia Penempatan Sama-Bajau biasa di kepulauan Filipina
Jumlah penduduk
Sekurang-kurangnya 470,000 di kepulauan Filipina; sekurang-kurangnya 436,672 di Sabah, Malaysia;[1]348,000 di Indonesia. [2]
Kawasan ramai penduduk
 Filipina
(Kepulauan Sulu, Semenanjung Zamboanga, Davao del Sur, Mindanao, Bangsamoro)

 Malaysia
(Sabah)


 Indonesia
(Kalimantan, Sulawesi, Kepulauan Maluku, pesisir pantai Papua Barat)


Tempat lain
Bahasa
Bahasa Bajau, Bahasa Tausūg, Bahasa Sepanyol Chavacano, Bahasa Cebu, Bahasa Tagalog, Bahasa Melayu (termasuk loghat Sabah serta baku-baku Malaysia dan Indonesia)
Agama
Islam Sunni (kebanyakan),
anutan adat dan animisme
Kumpulan etnik berkaitan
Iranun,
Tausūg, orang Moro, Orang Tagalog
Orang Melayu, Bugis, dan orang Austronesia lain secara luasnya

Orang Bajau adalah masyarakat rumpun Austronesia yang pindarandah serata kawasan perairan Laut Sulu dan Laut Sulawesi, petempatan daratan mereka terletak bertaburan di pesisiran Sabah utara Borneo, Kepulauan Sulu dan pesisiran Mindanao di Filipina serta Sulawesi.[3]

Bancian dilakukan serata Sabah milik Malaysia tahun 2010 membilang mereka sebagai etnik kedua teramai negeri itu.[4] Pengiraan ini tidak termasuk kelompok etnik sebudaya yang bertempat di kawasan lautan yakni Bajau Laut yang dinafikan hak kewarganegaraan oleh pihak berkuasa baik peringkat Negeri Sabah mahupun persekutuan Malaysia sendiri yang tidak mengambil peduli keadaan mereka yang serba kekurangan sarana hidup dan terabai malah melayan kejam mereka;[5] media arus utama Malaysia sering menggelarkan mereka dengan nama hina Palauh diberikan orang-orang Bajau lain[6] atau Luwa'an dari orang Suluk dalam bahasa mereka ("ludahan") yang percaya kononnya orang Bajau hidup kehanyutan di laut kerana melanggar perintah Tuhan.[7]

Pembahagian

[sunting | sunting sumber]

Orang Bajau di Sabah dikelompokkan lanjut mengikut lokasi petempatan darat:

Suku Bajau yang berada di Semporna di pecahkan kepada pelbagai sub etnik. Bajau Pantai Timur Khasnya di daerah Semporna terbahagi kepada Bajau darat dan Bajau laut yang mana Bajau darat lebih tertumpu kepada sektor Pertanian Manakala Bajau laut lebih tertumpu kepada sektor Penangkapan Hasil laut walaupun ada segelintir Bajau darat juga tertumpu kepada penangkapan hasil laut.

Bajau Samah yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat dikenali di seluruh dunia sebagai 'koboi Timur' kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Iranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi mutunya dan senang diperolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.

Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berlainan dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisional, pemakanan, adat resam dan budaya hidup, mereka adalah sangat berlainan. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dalam pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuat parang dan pesawah[8] serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies"[9], Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.

Makanan tradisional

[sunting | sunting sumber]

ian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima, tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.

Tarian Tradisional

[sunting | sunting sumber]

TariaLimbai & Runsai (Bajau Samah Kota Belud)

[sunting | sunting sumber]

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.

Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Tarian limbai diiringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Selain tarian Limbai, Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum Bajau Samah di Kota Belud. Runsai selalu ditarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Pakaian Tradisional

[sunting | sunting sumber]

Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud dikenali sebagai "Badu Sipak". Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Bajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan nama "Alal Bimbang"

Kosa kata Bahasa-bahasa Bajau

[sunting | sunting sumber]

Kepada pembaca yang boleh berbahasa bajau, anda dialu-alukan untuk menyumbangkan sedikit kosa di bawah ini, mengikut sebutan bahasa tempat tinggal masing-masing, agar ia dapat dijadikan sumber rujukan di samping kita dapat mempelajari dan mengenali bahasa ini dengan lebih tuntas lagi. Berikut ialah kosa kata Bajau:

Bajau Samah Kota Belud/Tuaran/Papar

[sunting | sunting sumber]

Utok=otak

moto=mata

telingo=telinga

buat=berat

derakan=dada

tut=lutut

bukut=belakang

tekok=kepala

kelong=leher

lindoh=dahi

bentingol=degil

luara'=susah/kesusahan

sekinam=berlawan

ngeredok=nyenyak

setio=berjauhan

sesikot=berdekatan

sedembila=bersebelahan

pungkau=bangun

mantau=berdiri

alap=baik

ya'=malu

ningko=duduk

pekom/pekam=bertiarap

pesirip=mengiring

kepoh=lompat/terjun

tatak=jatuh

iyak=baling

sesembet=berkejaran

selegundi'=layang-layang

ngelantu = lapar
limpang/pelimpang = baring
lumaan tanak = jalan/berjalan kaki
mapi = masak
kiti = kita
benad betis = lenguh/kebas kaki
somo = sama
mangan = makan
yan abar = apa khabar
turi = tidur
saging = pisang
dendo = perempuan
laruk = tapai
jomo = orang
kambul = selimut
gaai/segai = mereka
payau = rusa
dela = lelaki
baie = basi
yangto'o = nenek
tarum = terung
mato'o = datuk
ngeluteh = lesu
eyang = emak
kilik = cerek
iram/irom = hitam
peberinut = beransur balik
ema = bapa
sian = siapa
luma'an = jalan/berjalan
parak = berkecai/hancur
nguta = muntah
limbo = lemas
tio = jauh
seruan = bertunang
sikot = dekat
limpas/pelimpas = lalu/tumpang lalu
lulaai = lari
ngantuk = mengantuk
sekelat = selimut
tegega = terkejut
odon = tangga
ingin = suka
beluang = pintu
gali/kernuan = geli
pendawan = tingkap
tito'o = ketawa sesapu = penyapu
pinggo = pergi ke mana
temang = lidi
minggo = mana/di mana
kuri-kuri/beragam = main-main, bermain
songom = malam
kaleh = dengar
sekul = sekolah mekaleh = mendengar
iyan/iyen = apa
betutur = bercakap
kinum-kinum = senyum
beserita = bercerita
delak' = lidah
mandi badak = malam berinai
urung = hidung
sabuk = gayung/cebok
moto = mata
situn = tempayan
telingo = telinga
kebentianan = ????
siyen/sian = siapa
suang = sungai
isak = satu
regisin = tali air
duo = dua
ungkab = terkopek/buka
telu = tiga
empat = empat
limo = lima
enom/enam = enam
pituk = tujuh
wauk' = lapan
siom/siam = sembilan
sepu' = sepuluh
buas = nasi
gulai/rapa = sayur
diing/di'eng = ikan
tarak/ratas = redah
Gu'uk/badi = parang
bet'ta/tegol = lama
nongot = berpeluh
pesak/parak = pecah/ hancur ai siku elling= sudah aku bilang

- bei nu mangan? = sudah kau makan?

  1. ^ https://joshuaproject.net/people_groups/10582/ID. Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ https://joshuaproject.net/people_groups/12978/BX
  3. ^ Lotte Kemkens. Living on Boundaries: The Orang Bajo of Tinakin Laut, Indonesia (PDF) (Tesis). University of Utrecht. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 November 2011. Dicapai pada 21 March 2011.
  4. ^ "Sabah's People and History". Kerajaan Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2016. Dicapai pada 25 March 2015. The Kadazan-Dusun is the largest ethnic group in Sabah that makes up almost 30% of the population. The Bajaus, or also known as "Cowboys of the East", and Muruts, the hill people and head hunters in the past, are the second and third largest ethnic group in Sabah respectively...
  5. ^ Wan Shawaluddin Wan Hassan; Diana Peters (Disember 2020). "The Vulnerability of Bajau Laut as Stateless People in Sabah". Jurnal Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. 26 (2): 183–196.
  6. ^ Sather, Clifford (2004). "Keeping the Peace in an Island World: The Sama Dilaut of Southeast Asia". Dalam Kemp, Graham; P. Fry, Douglas (penyunting). Keeping the Peace: Conflict Resolution and Peaceful Societies Around the World. New York: Routledge. m/s. 126. ISBN 0-415-94762-6.
  7. ^ Kiefer, T.M. (1972). The Tausug violence and law in Philippines Moslem society. New York: Holf, Reinhart and Winston. m/s. 22–3. ISBN 0 03 085618 3.
  8. ^ Nornis Hj. Mahali, Saidatul (2015). Dikir Mistik dalam Masyarakat Bajauː Satu Pemerhatian Awal pada Perubahan Minda terhadap Upacara penanaman. International Journal of the Malay World and Civilisation. m.s. 35-43
  9. ^ "Bajau Laut". Sea Gypsies | The Nomads of the Sea. 29 March 2017.