Universiti Malaysia Sabah
Moto | Bertekad Cemerlang برتيكد چمرلڠ |
---|---|
Jenis | Universiti Awam |
Ditubuhkan pada | 1994 |
Canselor | Tun Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Naib Canselor | Professor Datuk Dr. Kasim Hj Mansor |
Lokasi | , |
Kampus | Kota Kinabalu cawangan di Labuan (Kampus Antarabangsa), Sandakan (Kampus Pertanian Lestari) dan Kudat (Kampus Perubatan Desa) |
Penggabungan | ASAIHL |
Laman sesawang | www.ums.edu.my |
Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.
Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9 buah sekolah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan.
Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi.
Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai' (The Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.
Pada tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi.
Lagu Universiti
[sunting | sunting sumber]UMS Lambang Puncak Jaya
Pancaran Perjuangan Semangat Waja
Pembentuk Citra Pelindung Budaya
Memandu Bangsa Memaju Negara
Di Sini Dicanai Segala Fikiran
Di Sini Dikaji Segala Wawasan
Ilmu Iman Sumber Pedoman
Bakti Curah Kasih Budiman
Bayu Bertiup Nafasmu Sejati
Bumi Terhampar Tubuhmu Abadi
Samudera Biru Wajahmu Berseri
Suria Menyinar Tenagamu Murni
Kaulah Harapan Bangsa Maju
Kaulah Jambatan Nusa Bersatu
Berdiri Megah Gagah Bermutu
Menunjuk Arah Bakal Dituju
UMS Kaulah Tunggak Negara
Warisan Sejati Malaysia Tercinta
Bertekad Cemerlang Menjadi Budaya
Semoga Unggul dan Sejahtera
Lagu: Abdul Jamal Abd. Hamid
Lirik: Tuan Haji Salleh Haji Yusof
Akademik
[sunting | sunting sumber]Sebelum ini terdapat 13 buah sekolah dan 9 buah institut kajian yang ditawarkan di UMS. Pada tahun 2014, penstrukturan 13 buah sekolah yang sedia ada telah dijadikan kepada 10 buah fakulti sejajar dengan transformasi akademik bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 UMS [1].
Fakulti (Sains)
[sunting | sunting sumber]- Fakulti Kejuruteraan (dulu dikenali sebagai Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat)
- Fakulti Sains dan Sumber Alam (dulu dikenali sebagai Sekolah Sains dan Teknologi)
- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (dulu dikenali sebagai Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan)
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (dulu dikenali sebagai Sekolah Perubatan)
- Fakulti Perhutanan dan Tropika (dulu dikenali sebagai Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa)
- Fakulti Komputeran dan Informatik (UMSKK) (dulu dikenali sebagai Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat)
- Fakulti Pertanian Lestari (dulu dikenali sebagai Sekolah Pertanian Lestari)
- Fakulti Komputeran dan Informatik (UMSKAL) (dulu dikenali sebagai Sekolah Sains Informatik Labuan)
Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Kejuruteraan telah ditubuhkan pada tahun 1996. Program prasiswazah yang ditawarkan adalah kejuruteaan awam, kejuruteran kimia, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan komputer, dan kejururteraan elektrik dan elektronik. Fakulti ini juga menawarkan program pascasiswazah dalam penyelidikan seperti Doktor Falsafah(Ph.D.), Sarjana Falsafah (MPhil.), Sarjana Kejuruteraan (MEng), dan Sarjana Sains (MSc.).
Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Sains dan Sumber Alam dulu dikenali sebagai Sekolah Sains dan Teknologi dan Sekolah Perhutanan. Fakulti menawarkan empat belas (10) program pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian sains fizikal dan sains biologikal.
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan(FSMP)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan dahulunya dikenali sebagai Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan dibuka pada tahun 1997. Antara program yang ditawarkan adalah sains makanan dan pemakanan, teknologi makanan dan bioproses, dan perkhidmatan makanan.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menawarkan dua program utama, iaitu doktor perubatan dan kejururawatan.
Fakulti Perhutanan dan Tropika (FPT)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Perhutanan Tropika menawarkan lima (5) program pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian sains perhutanan dan sains biologi. Menyediakan ilmu asas yang kukuh dan profesional dalam bidang perhutanan yang memberi penekanan terhadap pengurusan hutan secara mampan, pemuliharaan biologi, pengurusan taman alam semulajadi dan rekreasi, teknologi dan industri kayu, serta perladangan hutan dan perhutani.
Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI UMSKK)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI UMSKK) yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat telah berpecah dengan Fakulti Kejuruteraan untuk menjadi satu fakulti baharu di kampus utama. Program yang ditawarkan hanyalah 3 iaitu Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Rangkaian dan Sains Data.
Fakulti Pertanian Lestari (FPL)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Pertanian Lestari dulu dikenali sebagai Sekolah Pertanian Lestari ditubuhkan pada 4hd Mei 2006. Lokasi terkini adalah di Sandakan, Sabah. Program yang ditawarkan oleh FPL adalah Pengeluaran Tanaman (HG34), Hortikultur dan Landskap (HG35), dan Pengeluaran Tanaman (HG36).
Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI UMSKAL)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Komputeran dan Informatik dulu dikenali sebagai Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) ditubuhkan pada Mei 1999. Ia beroperasi di Kampus Antarabangsa Labuan sehingga kini. FKI menawarkan pengajian dalam bidang komputeran dan teknologi maklumat.
Fakulti (Kemanusiaan)
[sunting | sunting sumber]- Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (dulu dikenali sebagai Sekolah Pengajian Seni)
- Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (dulu dikenali sebagai Sekolah Sains Sosial)
- Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (dulu dikenali sebagai Sekolah Perniagaan dan Ekonomi)
- Fakulti Psikologi dan Pendidikan (gabungan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial)
- Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (dulu dikenali sebagai Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan)
- Fakulti Pengajian Islam
Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)
[sunting | sunting sumber]Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) ditubuhkan pada 7 Mei 2021. Penubuhan ASTiF dilakukan selaras dengan perstrukturan semula bidang Sains Sosial dan Seni yang sebelum ini digabungkan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Melalui ASTiF, seni kembali menjadi sebuah bidang pengajian khusus seperti yang pernah dicitrakan melalui penubuhan Sekolah Pengajian Seni pada 13 April 1999. ASTiF menawarkan dua ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Seni Visual dengan Kepujian dalam pengkhususan berikut: Seni Kreatif, Seni Muzik dan Teknologi Seni Visual.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) terdiri daripada enam (6) program pengajian iaitu Komunikasi, Hubungan Industri, Sosiologi dan Antropologi Sosial, Hubungan Antarabangsa, Geografi dan Sejarah. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu berpandukan modul-modul khas oleh para pensyarah yang pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan , Universiti Malaysia Sabah (UMS) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Perniagaan dan Ekonomi telah ditubuhkan pada 1995. Antara program yang ditawarkan di FPEP adalah Keusahawanan (HE02), Pengurusan Kewangan dan Perbankan (HE06), Pengurusan Perhotelan (HE08), Perniagaan Antarabangsa (HE09), Pemasaran (HE10), Pengurusan Pelancongan (HP08), Pembangunan dan Perancangan Ekonomi (HE07), Ekonomi Sumber Manusia (HE11) and Perakaunan (HE02).
Dari segi pengajian pascasiswazah, FPEP menyediakan pascasiswazah secara kursus:
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
- Sarjana Pengurusan Modal Manusia (MHCM)
- Sarjana Ekonomi (MEcons.)
secara penyelidikan
- Doktor Falsafah (Ph.D),
- Sarjana Perakaunan (MAcc.)
- Sarjana Perniaangaan (MBuss.)
- Sarjana Ekonomi (MEcons.)
Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Psikologi dan Pendidikan merupakan hasil gabungan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Program yang ditawarkan adalah:
Psikologi : Psikologi Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling, Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga, Kerja Sosial
Pendidikan : Pendidikan dengan TESL, Pendidikan dengan Sains Sosial, Pendidikan dengan Sains, Pendidikan dengan Ekonomi, Penuguran Pendidikan, Sains Sukan
Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. FKAL menawarkan 5 program Sarjana muda dalam bidang-bidang Kewangan Antarabangsa, Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa, Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam.
Fakulti Pengajiam Islam (FIS)
[sunting | sunting sumber]Fakulti Pengajian Islam (FPI) atau Faculty Of Islamic Studies (FIS) telah diluluskan oleh Senat UMS pada mesyuarat ke 182 Bil:1, 2021 pada 21 Februari 2021. Mesyuarat Lembaga telah meluluskan penubuhan FPI/FIS pada pada 23 Mac 2021 dalam mesyuarat LPU kali yang ke 98 Bil:3/2021. Kementerian Pengajian Tinggi dalam surat bertarikh 10 Mei 2021 telah memperakukan penubuhan Fakulti Pengajian Islam. Fakulti ini menawarkan program Pendasaran Islam (HI15).
Pusat
[sunting | sunting sumber]Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah menyediakan program Pascasiswazah seperti Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran secara sepenuh masa atau separuh masa.
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Sebagai permulaan pusat ini diletakkan di bawah Sekolah Sains dan Teknologi untuk menjalankan Program Asasi Sains.
Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) mula dikenali sebagai Program Pengajian Luar Kampus (PPLK) dan telah ditubuhkan pada Oktober 1999 di Sandakan, Sabah.
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1994 dengan tujuan menawarkan kursus-kursus teras universiti kepada semua pelajar daripada pelbagai sekolah di UMS.
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah. PKPP ditubuhkan pada 1hb Jun 2002
Pusat Perakaunan UMS ditubuhkan pada 16 Oktober 2006.
Pusat Kecemerlangan
[sunting | sunting sumber]- Institut Penyelidikan Marin Borneo
- Institut Penyelidikan Bioteknologi
- Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan
Unit Penyelidikan
[sunting | sunting sumber]- Pusat Penyelidikan & Pembangunan Keusahawanan
- Unit Kajian Primat Borneo
- Unit Kajian Orkid
- Unit Remote Sensing & GIS
- Unit Penyelidikan Etnografi & Pembangunan
- Unit Penyelidikan Psikologi & Kesihatan Sosial
- Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar
- Unit Kajian Bencana Alam
- Unit Kajian Bahan & Mineral
- Unit Pembangunan Pelancongan BIMP-EAGA
- Unit Penyelidikan Air
- Unit Kajian Kecerdikan Buatan
- Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari
- Food Safety and Quality Unit
- Unit Penyelidikan Warisan Borneo (BOHRu)
Kolej Kediaman
[sunting | sunting sumber]Pada Majlis Amanat Naib Canselor 2014, Prof. Datuk Harun mengumumkan penukaran nama kolej kediaman dalam kampus.[2]
Lokasi | Kolej Kediaman | Nama asal | Nota | |
---|---|---|---|---|
(1) | Kampus induk Kota Kinabalu |
Kolej Kediaman Tun Mustapha | Kolej Kediaman AB | Kolej Kediaman dalam kampus |
(2) | Kolej Kediaman Tun Fuad Stephens | Kolej Kediaman CD | ||
(3) | Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae | Kolej Kediaman E | ||
(4) | Kolej Kediaman Kingfisher and Non-Resident | - | Hostel Luar kampus | |
(5) | Kolej Kediaman Usia 1B | |||
(6) | Kolej Kediaman Sri Angkasa | |||
(7) | University Apartment 1/ University Apartment 2/ University Condominium Apartment |
- | Hostel luar kampus (untuk pelajar Pascasiswazah) | |
(8) | Kampus antarabangsa Labuan (UMS-KAL) |
Kolej Kediaman Alpha | - | Kolej Kediaman dalam kampus |
(9) | Kolej Kediaman Beta | |||
(10) | Kolej Kediaman Mutiara | |||
(11) | Kampus Sandakan UMS FPL |
Kolej Kediaman Lestari | - | Kolej Kediaman dalam kampus |
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pintu utama UMS
-
Taman Puspa Sarjana
-
Air terjun di UMS
-
Statue Wawasan 2020 UMS (Canselori)
-
Muzium UMS
-
Galleri UMS
-
Kompleks sukan UMS
-
UMS ODEC
-
Perpustakaan UMS
-
Dewan Kuliah Pusat
-
Dewan Kuliah Pusat Ke-2
-
Kompleks DKP2
-
Masjid UMS
Teknologi pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sejak 2005, UMS telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle yang diberi nama SmartUMS.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.ums.edu.my/v5/index.php/ms/berita/1009-10-fakulti-ums-diisytihar.html
- ^ http://www.ums.edu.my/v5/index.php/ms/berita/747-pelajar-adalah-keutamaan-amanat-naib-canselor-2014.html
- ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.